💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud.
Nak buka akaun media sosial biasanya mudah. Isi nama, e-mel dan tarikh lahir, kemudian terus daftar.
Namun, proses yang ringkas ini juga memudahkan pengguna bawah umur mengaku lebih dewasa untuk melepasi syarat pendaftaran EN: Registration requirements syarat pendaftaran BM: Syarat yang perlu dipenuhi untuk mendaftar, seperti had umur dan maklumat peribadi .
Kini, semakin banyak negara mahu mengetatkan proses tersebut bagi menangani jenayah dalam talian dan risiko keselamatan kanak-kanak.
Antaranya dengan menetapkan had umur minimum antara 15 hingga 16 tahun.
Australia Negara Pertama Mulakan Sekatan

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga negara sudah memulakan sekatan akaun media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun, iaitu Australia, Indonesia dan Malaysia.
Australia menjadi negara pertama melaksanakan sekatan yang pada 10 Disember tahun lalu.
Platform bertanggungjawab menghalang pengguna bawah umur daripada membuka atau mengekalkan akaun.
Syarikat yang gagal mematuhi peraturan boleh berdepan denda sehingga A$49.5 juta, manakala kanak-kanak dan ibu bapa tidak dikenakan penalti.
Indonesia menyusul pada 28 Mac 2026, dengan pelaksanaan berperingkat terhadap platform yang dikategorikan berisiko tinggi.
Antaranya TikTok, Instagram, Facebook, YouTube dan Roblox.
Malaysia pula memulakan penguatkuasaan pengesahan umur EN: pengesahan umur Proses mengesahkan umur sebenar pengguna sebelum akaun dibenarkan dibuka, tidak lagi bergantung pada tarikh lahir yang ditaip sendiri. age verification bagi pendaftaran dan pembukaan akaun media sosial pada 1 Jun lalu.
Langkah ini bertujuan menghalang kanak-kanak bawah 16 tahun daripada membuka akaun sendiri.
Platform yang terlibat perlu menyemak umur pengguna dan menyekat pendaftaran mereka yang belum mencapai had tersebut.
Beberapa Negara Akan Menyusul
Di Eropah, United Kingdom merancang larangan media sosial bagi pengguna bawah 16 tahun, dengan sasaran pelaksanaan sekitar tahun 2027.
Di Timur Tengah pula, Emiriah Arab Bersatu menetapkan umur minimum 15 tahun.
Selain itu, memberi platform tempoh 12 bulan untuk mematuhi peraturan pengesahan umur.
Di Amerika Utara, Kanada mencadangkan sekatan akaun bagi pengguna bawah 16 tahun.
Dengan kemungkinan pengecualian untuk platform yang dapat membuktikan perlindungan mencukupi daripada kandungan berbahaya.
Namun, tidak semua rancangan kerajaan di beberapa negara ini berjalan lancar.
Perancis Lulus Parlimen, Tapi Disekat
Di Perancis, rancangan melarang pengguna bawah 15 tahun mengakses media sosial tergendala selepas Majlis Perlembagaan menyekat undang-undang yang diluluskan Parlimen itu pada 14 Ogos.
Majlis itu memutuskan bahawa sekatan tersebut terlalu menyeluruh dan tidak seimbang dengan hak kanak-kanak untuk bersuara serta berkomunikasi.
Perlindungan privasi turut menjadi persoalan kerana larangan itu memerlukan semua pengguna, termasuk orang dewasa, membuktikan umur mereka.
Namun, undang-undang tersebut tidak memperincikan syarat dan batas pengesahan umur dengan jelas.
Ini sekali gus menyebabkan larangan itu belum dapat dikuatkuasakan dan perlu digubal semula.
Apa Kesan Untuk Pengguna Malaysia?
Penguatkuasaan di Malaysia dilaksanakan melalui Kod Perlindungan Kanak-Kanak dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.
Perubahan utamanya platform perlu mengesahkan umur pengguna ketika akaun media sosial dibuka.
Tarikh lahir yang ditaip sendiri bukan lagi satu-satunya asas untuk menentukan kelayakan seseorang.
Bagi pengguna, ini bermakna proses pendaftaran boleh melibatkan langkah tambahan.
Cabaran Masih Perlu Diatasi
Menurut UNICEF Malaysia, sekatan umur sahaja tidak cukup untuk menjamin keselamatan kanak-kanak dalam talian.
Pengguna yang mahu memintas sekatan boleh cuba menggunakan identiti orang lain atau berpindah ke aplikasi yang tidak dikuatkuasakan.
Keberkesanan sekatan ini juga tidak boleh dinilai berdasarkan jumlah akaun yang ditutup sahaja.
Lebih penting, adakah kanak-kanak dilindungi daripada kandungan berbahaya, gangguan dan interaksi yang mengancam keselamatan mereka?
Had umur boleh menjadi langkah awal.
Namun, usaha melindungi kanak-kanak perlu diteruskan melalui penguatkuasaan EN: penguatkuasaan Tindakan memastikan sesuatu undang-undang atau peraturan dipatuhi, termasuk melalui pemantauan dan hukuman. enforcement yang konsisten dan ciri keselamatan platform yang lebih baik.