Tentang Kelas Sekejap
Kelas Sekejap ialah platform pembelajaran AI Malaysia. Kami percaya belajar tak perlu lama — artikel pendek, video ringkas dan pelajaran interaktif tentang berita, duit, kerjaya, bahasa dan budaya, semua boleh habis dalam beberapa minit.
Kelas Sekejap diasaskan oleh Isaac Tan, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan. Kami bermula dengan pelajaran English untuk peperiksaan dan perbualan sebenar, dan kini berkembang menjadi ekosistem pembelajaran penuh: laman web ini, aplikasi Kelas Sekejap di App Store dan Google Play, serta alat latihan SPM di spm.kelassekejap.com.
Apa yang kami buat
Setiap hari kami terbitkan cerita dan pelajaran dalam Bahasa Melayu dan English — daripada berita semasa yang diterangkan dengan mudah, sehingga tip kerjaya, kewangan dan bahasa yang boleh terus digunakan.
Ikuti kami di Instagram dan TikTok @kelassekejap, atau muat turun aplikasi untuk belajar sambil bercakap dengan suara AI yang mesra.