💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud dalam English!

Angka pelancongan Malaysia terus menunjukkan peningkatan.

Dalam separuh pertama 2026, negara merekodkan 21.1 juta ketibaan pelawat antarabangsa, meningkat 2.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tidak dinafikan, Kempen Visit Malaysia 2026, penambahan laluan penerbangan dan promosi pelancongan memainkan peranan.

Tetapi, ada satu lagi faktor yang semakin penting iaitu fandom EN: Fandom Komuniti peminat BM: Sekumpulan orang yang berkongsi minat dan sokongan kuat terhadap artis, pasukan, filem. .

1.Apabila Peminat Sanggup Travel Demi Konsert

Konsert besar, perlumbaan motorsport EN: Motorsport Sukan permotoran BM: Sukan atau pertandingan yang melibatkan kenderaan bermotor. dan acara hiburan kini bukan sekadar mengisi stadium.

Ia turut membawa masuk pelancong yang sanggup merentas negeri atau negara semata-mata untuk menghadiri sesuatu acara.

Sebagai contoh, ketika jualan awal tiket konsert BTS di Kuala Lumpur dibuka melalui Trip.com pada Jun, platform itu mencatat lonjakan lebih 640% pengguna aktif.

Lebih 12,000 tiket terjual, manakala lebih 24,000 ahli baharu mendaftar pada platform tersebut.

Angka ini secara tidak langsung mendedahkan kekuatan fandom juga boleh merancakkan ekonomi sesebuah negara.

2.Bukan Tertumpu Kepada K-Pop Sahaja

Separuh kedua 2026 turut dipenuhi beberapa acara antarabangsa besar.

My Chemical Romance dijadualkan mengadakan dua persembahan di Stadium Nasional pada November, manakala Evanescence akan kembali ke Malaysia selepas lebih sedekad.

Dalam tempoh yang sama, Formula 1 kembali ke Sepang buat pertama kali sejak 2017, diikuti perlumbaan MotoGP.

Ini bermakna dalam tempoh beberapa bulan sahaja, Malaysia menarik peminat daripada dunia K-pop, rock dan motorsport.

3.Setiap Fandom Membawa Pelancong Berbeza

Yang menarik, setiap komuniti peminat mempunyai profil berbeza.

Peminat muzik generasi baharu mungkin lebih biasa dengan pembelian tiket secara digital dan perjalanan rentas sempadan untuk konsert.

Pada masa sama, kumpulan seperti My Chemical Romance dan Evanescence membawa faktor nostalgia.

Sekali gus, menarik peminat yang membesar dengan muzik mereka pada era 2000-an dan kini mempunyai pendapatan sendiri untuk dibelanjakan bagi tiket, hotel dan perjalanan.

4.Kenapa Penting Untuk Pelancongan?

Pelancong yang datang untuk satu acara biasanya tidak hanya membeli tiket.

Mereka juga memerlukan penginapan, pengangkutan, makanan dan mungkin melanjutkan percutian untuk menerokai destinasi lain.

Di sinilah ekonomi fandom menjadi menarik.

Kempen pelancongan biasanya perlu meyakinkan atau menjemput orang ramai untuk melawat ke sesuatu destinasi.

Acara besar pula sudah mempunyai peminat yang memang bersedia untuk melancong dan berbelanja.

Melalui data Trip.com, tempahan hotel sekitar Sepang meningkat selepas pengumuman Formula 1, diikuti kenaikan tempahan penerbangan antarabangsa ke Kuala Lumpur sepanjang tempoh perlumbaan.

5.Peluang Untuk Malaysia

Jadi, Malaysia boleh mengambil peluang dengan membina kalendar acara antarabangsa yang konsisten.

Daripada muzik dan sukan, gaming EN: Gaming Permainan digital BM: Aktiviti bermain permainan video, sama ada secara santai, kompetitif atau dalam kejohanan e-sukan. , festival serta komuniti peminat lain

Bukan hanya memfokuskan untuk membawa lebih banyak konsert atau perlumbaan ke Malaysia.

Jika dilakukan secara strategik, acara sebegini bukan sahaja mampu memenuhi stadium.

Ia juga boleh memberi pelancong satu lagi sebab untuk memilih Malaysia sebagai destinasi.

2026 boleh menjadi petunjuk awal sejauh mana potensi ini boleh berkembang.