💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud!

Daripada Bella Astillah dan Syed Saddiq (BASS) hingga Brad Pitt dan Angelina Jolie (Brangelina), peminat bukan sekadar mengikuti kisah pasangan selebriti.

Watak fiksyen pun sama. Pada era 90-an, istilah ship EN: Ship (Relationship) To want or support two people becoming a romantic couple BM: Mahu atau menyokong dua orang menjadi pasangan kekasih , daripada perkataan relationship, berkembang dalam kalangan peminat siri The X-Files yang mahu dua watak utama, Mulder dan Scully bercinta.

Gambar promosi siri The X-Files: dua ejen FBI bersut hitam berdiri dalam kepulan asap

Ada yang berharap mereka bersama, siap rasa macam kawan sendiri.

Kenapa kita sangat ambil berat hubungan orang lain?

Dalam psikologi, perasaan ini boleh berkait dengan hubungan parasosial EN: parasocial Describing a one-sided connection with someone who does not know you personally BM: Merujuk kepada hubungan sehala dengan seseorang yang tidak mengenali kita secara peribadi : kita rasa dekat dengan seseorang yang tidak mengenali kita.

Ditambah pula dengan teka-teki “jadi ke tak jadi?”, kisah cinta mereka membuatkan kita mahu terus mengikuti perkembangan hubungan.

Seronok ‘ship’, tapi siapa yang tentukan ceritanya?

Mengikuti pasangan kegemaran boleh jadi hiburan ringan.

Kita berkongsi kegembiraan, berkenalan dengan peminat lain dan ada topik untuk dibualkan.

Tetapi sokongan boleh bertukar menjadi tekanan apabila peminat mula buat spekulasi EN: speculation Guessing about something without having all the facts BM: Membuat tekaan tentang sesuatu tanpa maklumat lengkap dan menetapkan apa yang pasangan itu patut buat.

  • “Bila nak kahwin?”
  • “Kenapa tak muat naik gambar bersama?”
  • “Kenapa dia keluar dengan orang lain?”

Bagi kita, mungkin satu komen sahaja.

Bagi orang yang menerimanya, soalan sama boleh datang beratus-ratus kali.

Tambahan pula, apa yang kita lihat di media sosial bukan keseluruhan hubungan mereka.

Satu klip pendek belum tentu cukup untuk menjelaskan perasaan atau keputusan seseorang.

Kita boleh suka melihat mereka bersama. Tetapi keputusan tentang hubungan itu tetap milik mereka.

Bila mereka bahagia, kita tumpang gembira

Kisah pasangan yang kita ikuti boleh buat kita rasa invested EN: invested Caring deeply about someone or how something turns out BM: Terlibat secara emosi : rasa seronok melihat orang lain menemui kebahagiaan.

Cuma, sebelum menaip “korang mesti bersama”, mungkin kita boleh fikir sekejap:

Kita sedang menyokong pilihan mereka, atau berharap mereka mengikut jalan cerita yang kita mahu?