💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud!

Dengan peningkatan kes keganasan terhadap remaja perempuan dan wanita baru-baru ini di Malaysia, ramai yang meluahkan kekecewaan dan kemarahan di media sosial.

Ada sesetengah yang berpendapat systematic problem EN: systemic problem masalah sistemik BM: Masalah yang berpunca daripada cara sesuatu sistem berfungsi ini hanya memfokuskan peranan wanita bagi menyelesaikan isu-isu sosial khususnya femicide EN: femicide femisid BM: Pembunuhan wanita atau kanak-kanak perempuan kerana jantina mereka .

“Minta cerai dibunuh, mintak ayam gepuk kena cekik. Men do better, you’re supposed to be our protector and leader, not the person we need protection from,” demikian luahan seorang pengguna media sosial.

Bagi pensyarah dari Universiti Sains Malaysia, Dr. Norazrizal Aswad Abdul Rahman, kerja rumah, peluang kerjaya dan keselamatan keluarga turut melibatkan lelaki.

Jadi, kenapa feminisme sering dianggap isu wanita sahaja?

Perkara ini dibangkitkan Aswad yang menegaskan beliau mahu lebih ramai lelaki menjadi feminis, atau sekurang-kurangnya memahami perspektif tersebut.

1. Feminisme bukan maksud benci lelaki

Secara asas, feminisme memperjuangkan hak dan peluang yang sama untuk wanita dan lelaki.

Ia tentang menangani inequality EN: inequality ketidaksamaan BM: Keadaan apabila hak, peluang atau sumber tidak dinikmati secara setara , peluang dan layanan antara wanita dengan lelaki, bukan satu pihak mengambil alih kuasa daripada pihak lain.

Tegasnya, kesaksamaan bukan soal menukar siapa yang berada di atas atau siapa yang perlu tunduk kepada siapa.

“Tidak boleh negatif hanya kerana feminisme berkait dengan idea Barat, liberalisme atau nilai dianggap bertentangan dengan agama dan budaya.

“Seseorang boleh mengkritik sesuatu ideologi atau organisasi tanpa menolak semua persoalan yang dibangkitkan.

“Bersetuju bahawa wanita patut dilayan dengan adil tidak bermakna kita wajib menerima setiap pandangan yang membawa nama feminisme,” tambahnya.

2. Sama-sama bekerja, tetapi siapa urus rumah?

Jika suami dan isteri sama-sama mencari pendapatan, adakah tanggungjawab di rumah turut dikongsi?

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), wanita menghabiskan purata enam jam tujuh minit sehari untuk kerja domestik dan penjagaan tanpa bayaran pada 2025.

Bagi lelaki, purata lebih rendah iaitu sekitar empat jam 20 minit sehari.

Ini termasuk kerja yang memastikan kehidupan keluarga berjalan: memasak, mengemas dan menjaga ahli keluarga.

Analisis Khazanah Research Institute (KRI) pula mendapati 62.1% wanita di luar tenaga buruh mendedahkan kerja rumah sebagai punca utama tidak mencari pekerjaan.

Bagi lelaki dalam kategori yang sama, angkanya hanya 4%.

Maksudnya, lebih ramai wanita melepaskan peluang kerja dan berkorban demi membina keluarga

Tidak dinafikan, menjadi suri rumah juga satu sumbangan yang bernilai.

Persoalannya ialah sama ada keputusan itu dibuat secara rela dan bersama, atau kerana tiada pilihan lain.

3. Lelaki tegas, wanita “emosional”?

Dalam pada itu, Aswad turut membangkitkan bagaimana masyarakat kita memberikan reaksi berbeza terhadap tingkah laku yang sama oleh wanita atau lelaki.

Seorang lelaki yang tegas mungkin dianggap berkarisma dan berkebolehan memimpin.

Tetapi apabila wanita menunjukkan ketegasan sama, dia mungkin dilabel terlalu emosional atau difficult to deal with.

Inilah contoh double standard EN: double standard pilih kasih dalam penilaian BM: Perbuatan yang sama dinilai secara berbeza bergantung pada siapa yang melakukannya , atau penilaian berbeza terhadap perkara yang sama.

Ketidakadilan bukan hanya soal undang-undang atau gaji. Ia juga boleh muncul melalui cara kita bercakap dan menilai orang setiap hari.

Cuba tanya diri: kalau orang berlainan jantina buat perkara yang sama, adakah reaksi kita tetap sama?

4. Keganasan rumah tangga perlu dibincangkan dengan jujur

Pada 2025, polis merekodkan laporan 7,391 kes keganasan rumah tangga.

Daripada jumlah itu, 1,961 kes melibatkan mangsa lelaki, iaitu sekitar satu daripada empat kes.

“Kau lelaki, kenapa tak lawan?”, menurut Women's Aid Organisation (WAO), stigma tentang masculinity (kelelakian) boleh menghalang mangsa lelaki daripada mendapatkan bantuan.

Ia wajar diambil serius susulan norma patriarki turut memberi kesan kepada golongan tersebut.

Tetapi kalau ia hanya dibangkitkan untuk menutup isu wanita, akhirnya kita sibuk menyalahkan satu sama lain tanpa membantu sesiapa.

Jadi, feminisme anti-lelaki?

Tidak. Pada asasnya, feminisme memperjuangkan hak dan peluang yang setara, dengan memberi perhatian kepada diskriminasi terhadap wanita.

Memperjuangkan keselamatan wanita tidak bermaksud penderitaan lelaki boleh diketepikan.

Ahli sejarah, Gerda Lerner mendedahkan pembentukan sistem patriarki bermula dalam masyarakat Timur Dekat purba (Ancient Near East) sekitar 3,000 hingga 4,000 tahun lepas.

Patriarki terbentuk melalui aturan sosial yang diwarisi, bukan sesuatu yang semula jadi atau mustahil untuk diubah.

Kita boleh mula ubah masyarakat dengan menegur isu seperti: jenaka rogol, victim blaming EN: victim blaming menyalahkan mangsa BM: Meletakkan kesalahan pada mangsa atas kejadian yang menimpanya atau alasan “dia gurau je” untuk mempertahankan kawan yang melakukan gangguan seksual.

Semua ini contoh rape culture, iaitu budaya yang menganggap gangguan dan keganasan seksual sebagai perkara remeh, menyalahkan mangsa atau memberi alasan kepada pelaku.

Kalau mahu mangsa lelaki berani bersuara, kita perlu mendengar tanpa mengejek.

Bila wanita dihina atau diganggu pula, lelaki juga perlu berani menegur, termasuk kawan sendiri.

Sebab kalau lelaki terus diam apabila wanita dan anak-anak diperlakukan secara tidak adil..

Atau rasa tak affected pun dengan keadaan sekeliling, isu ini akan kekal menjadi bahas semata-mata.