Apa yang yang wanita boleh dapat dalam belanjawan kali ini?

👶 Lebih cuti untuk ibu


Jumlah cuti bersalin penjawat awam diumumkan naik daripada 360 kepada 490 hari sepanjang perkhidmatan.

Dengan maksimum 98 hari setiap kelahiran.

🧸 Taska dan pengasuh diperkukuh


RM20 juta untuk menambah baik taska kerajaan.

Geran padanan RM100 juta daripada yayasan GLIC dan GLC pula merangkumi latihan 6,000 pengasuh di lebih 50 kawasan baharu dalam sembilan negeri.

💼 Ada kemahiran, perlukan sokongan?


Geran Sejahtera MADANI RM200 juta menyediakan peralatan dan latihan kepada 40,000 penerima, khususnya wanita.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula menyediakan RM3 bilion pembiayaan mikro untuk membantu 360,000 pengusaha.

🤝 Bantuan buat yang menjaga


Bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik naik daripada RM500 kepada RM600 sebulan.

3,000 penjaga OKU baharu juga akan dibekalkan kemahiran khusus.

🩺 Jangan lupa periksa kesihatan


Penerima STR dan pasangan berumur 40 tahun ke atas ditawarkan saringan kesihatan percuma melalui PeKa B40, bersama bantuan alat perubatan dan insentif rawatan kanser.

🌸 Sokongan untuk yang mencuba hamil


Program BuAi menawarkan rawatan kesuburan mampu milik kepada 2,000 pasangan.

BONUS!

💰 Bujang pun ada sokongan


Bagi rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR, korang boleh dapat SARA MADANI RM100 sebanyak dua kali diumumkan: sebelum Aidilfitri dan menjelang Merdeka.