๐Ÿ’ก Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah โ€” jangan skip!

Pagi beli kopi ZUS. Petang singgah Tealive. Bateri kereta mati, panggil Bateriku. Nak tukar kereta, buka Carsome.

Tanpa sedar, ramai antara kita sudah jadi pelanggan " startup EN: startup Syarikat baharu yang cuba membesar cepat, biasanya dengan produk teknologi dan duit pelabur. "START-ap" BM: syarikat permulaan ".

Bulan ini, 100 startup teknologi Malaysia diumumkan menjana RM8.5 bilion dalam setahun.

Separuh duit datang dari jalan raya

Daripada RM8.5 bilion itu, RM4.5 bilion, iaitu lebih separuh (53%), datang dari satu kumpulan sahaja: kereta dan logistik.

Jual beli kereta terpakai. Tukar bateri. Hantar parcel. Gudang dan penghantaran.

Bahagian lain jauh lebih kecil:

Ya, AI yang semua orang sebut setiap hari itu cuma menyumbang RM0.2 bilion. Kurang daripada 3%.

Siapa pemain besarnya?

Hanya dua syarikat dalam senarai ini menjana lebih RM500 juta setahun:

  • Carsome (kereta terpakai)
  • Loob Holding (syarikat di sebalik Tealive dan Bask Bear Coffee)

Sembilan lagi berada dalam kelas RM100 juta hingga RM500 juta:

  • ZUS Coffee โ€” kopi melalui aplikasi
  • Bateriku โ€” tukar bateri kereta di tepi jalan
  • EasyParcel โ€” tempah kurier untuk peniaga online
  • CompAsia โ€” jual telefon dan laptop terpakai yang dibaiki
  • Borong โ€” pasaran borong untuk syarikat
  • Lapasar โ€” bekalan barang untuk kedai runcit dan restoran
  • Exabytes โ€” hosting laman web
  • Etherscan โ€” penjejak transaksi kripto, digunakan seluruh dunia
  • Aonic โ€” dron untuk ladang dan industri

Maksudnya, 11 syarikat sahaja sudah menyumbang sekurang-kurangnya RM1.9 bilion. Baki 89 syarikat lain jauh lebih kecil.

"Tumbuh 87%" itu, betul ke?

Betul. Tapi ia bukan bermaksud apa yang kebanyakan orang fikir.

Bayangkan anda dan seorang kawan.

  • Abu (kerja tetap): gaji tahun lepas RM10,000, gaji tahun ini RM10,500 โ€” naik 5%
  • Siti (part-time): gaji tahun lepas RM1,000, gaji tahun ini RM3,000 โ€” naik 200%

Kalau kita ambil purata (average) kenaikan: (5% + 200%) รท 2 = 102.5%.

Wah, purata gaji naik lebih 100%!

Tapi kalau kita campur gaji mereka berdua, RM11,000 jadi RM13,500. Itu naik 22.7% sahaja.

Siti yang gajinya kecil tapi melonjak tinggi menarik purata naik.Purata ini dipanggil skewed EN: skewed Tertarik ke satu arah sehingga tidak menunjukkan gambaran yang adil. "SKYUD" BM: condong atau berat sebelah , condong ke satu arah.

Begitulah juga dengan 100 startup ini. Ramai startup kecil membesar lebih 200% setahun, jadi purata naik ke 87%.

Tapi kalau kita campur duit semua syarikat sekali gus:

Itu hampir dua kali ganda dalam tiga tahun, atau lebih kurang 24% setahun.

Masih bagus. Cuma bukan 87%.

Kalau benar duitnya naik 87% setahun, RM4.5 bilion sepatutnya sudah jadi hampir RM30 bilion.

Sektor paling besar sebenarnya sedang mengecil

Ingat kumpulan kereta dan logistik yang menyumbang separuh duit tadi?

Sejak 2022, duit sektor ini jatuh 25%.

Tapi purata pertumbuhannya masih dilaporkan 68% setahun.

Sebabnya, angka itu hanya membandingkan 2021 dengan 2024, dan startup kecil seperti iMotorbike dan POMEN yang melonjak lebih 200% menarik purata naik.

Pemain besar seperti Carsome pula hanya tumbuh 1% hingga 20%, dan EasyParcel menurun.

Satu lagi: banyak duit tak semestinya banyak untung

Duit masuk ( revenue EN: revenue Jumlah duit yang masuk ke syarikat daripada jualan, sebelum ditolak kos. Bukan untung. "RE-ve-nyu" BM: hasil atau duit masuk ) bukan sama dengan untung.

Daripada 100 startup ini, hanya 36 yang membuat untung bersih RM1 juta atau lebih.

Startup fintech, secara purata, masih rugi ( margin EN: margin Berapa peratus daripada duit masuk yang tinggal sebagai untung. Margin negatif bermaksud rugi. "MAR-jin" BM: margin untung -2.6%). Startup HR, kesihatan dan pendidikan pun sama (margin -7.7%).

Jadi, apa pengajarannya?

Startup Malaysia memang sedang membesar. Hampir dua kali ganda dalam tiga tahun bukan perkara kecil.

Tapi di sebalik angka RM8.5 bilion dan 87%, gambaran sebenar lebih ringkas:

Kalau startup paling besar di Malaysia ialah syarikat kereta terpakai, teh susu dan kopi, adakah itu tanda ekosistem kita kuat, atau tanda kita belum cukup banyak startup teknologi tinggi?