💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!
Duit road tax yang dibayar melalui MyEG perlu diserahkan kepada kerajaan.
Kini, polis menyiasat dakwaan RM230.9 juta tidak dipindahkan. Kenapa kes ini disiasat sebagai pecah amanah, bukan sekadar hutang?
Pada 19 Oktober, polis memaklumkan bahawa keterangan 15 individu, termasuk 12 pegawai JPJ dan tiga pegawai bank, telah dirakam bagi membantu siasatan membabitkan MyEG dan Zetrix AI.
Untuk memahami kes ini, kita perlu tahu satu perkara: mengutip duit bagi pihak orang lain tidak sama dengan meminjam duit mereka.
1. MyEG kutip duit bagi pihak kerajaan
Apabila anda membayar road tax melalui MyEG, platform itu bertindak sebagai ejen pemungut EN: ejen pemungut Pihak yang dibenarkan mengutip bayaran bagi pihak orang lain, kemudian menyerahkan kutipan itu kepada pihak yang sepatutnya menerimanya. BM: collecting agent .
Bahagian bayaran yang merupakan hasil kerajaan bukan wang yang boleh digunakan sesuka hati oleh ejen.
Bayangkan anda kirim RM100 kepada kawan untuk membayar bil elektrik.
Kawan itu memegang wang anda untuk membayar bil, bukannya menerima pinjaman RM100.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI sebagai ejen pemungut JPJ digantung susulan tunggakan EN: tunggakan Wang yang sepatutnya sudah dibayar atau diserahkan tetapi masih belum dijelaskan. BM: arrears RM314 juta bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026.
2. Bila ia boleh jadi pecah amanah?
Lambat menyerahkan duit sahaja belum membuktikan pecah amanah jenayah.
Bezanya terletak pada apa yang dilakukan terhadap wang tersebut.
Dalam hutang biasa, seseorang menerima wang sebagai pinjaman dan perlu membayarnya semula.
Dalam urusan amanah pula, seseorang dipercayakan memegang atau mengurus wang untuk tujuan tertentu.
Jika wang yang diamanahkan itu diseleweng atau digunakan secara tidak jujur, bertentangan dengan undang-undang atau perjanjian berkaitan, ia boleh menjadi jenayah pecah amanah EN: pecah amanah Perbuatan menyeleweng atau menggunakan secara tidak jujur wang atau harta yang diamanahkan kepada seseorang untuk tujuan tertentu. BM: breach of trust .
Seksyen 405 Kanun Keseksaan menerangkan unsur kesalahan ini.
Seksyen 409 pula melibatkan pihak yang memegang amanah dalam kapasiti tertentu, termasuk ejen.
Sebab itu, siasatan perlu menjawab dua soalan: kenapa wang tidak diserahkan, dan apa yang berlaku kepada wang tersebut?
Kes MyEG disiasat di bawah Seksyen 409. Ini belum bermaksud mana-mana pihak sudah didapati bersalah.
3. RM314 juta dan RM230.9 juta?
RM314 juta ialah jumlah tunggakan yang diumumkan Menteri Pengangkutan.
RM230.9 juta pula ialah jumlah yang disebut polis dalam siasatan jenayah.
4. Pegawai dipanggil polis, suspek ke?
Tidak semestinya.
Polis perlu mendapatkan penjelasan daripada orang yang mengetahui rekod kutipan, akaun dan transaksi.
Pegawai JPJ boleh membantu menjelaskan jumlah yang sepatutnya diterima.
Pegawai bank pula boleh membantu menerangkan rekod transaksi.
Pada 13 Oktober, polis menyebut enam individu awal yang memberikan keterangan sebagai saksi.
Jumlah individu yang dirakam keterangan kemudian meningkat kepada 15 pada 19 Oktober.
Jadi, dipanggil memberikan keterangan tidak secara automatik bermaksud seseorang itu suspek atau bersalah.
Kes ini menunjukkan kenapa tanggungjawab orang tengah penting. Pengguna sudah membuat bayaran, tetapi urusan belum selesai sehingga kutipan diserahkan kepada pihak yang sepatutnya menerima wang itu.
Word of the Day
1. Arrears — Tunggakan
EN: Money that should already have been paid. “The company needs to settle its arrears.” Syarikat itu perlu menjelaskan tunggakannya.
2. Remit — Memindahkan atau menyerahkan wang
EN: To send money to another person or organisation. “The agent must remit the collections to the government.” Ejen perlu menyerahkan kutipan kepada kerajaan.
3. Suspend — Menggantung sementara
EN: To officially stop something temporarily. “The agency decided to suspend the service.” Agensi itu memutuskan untuk menggantung perkhidmatan tersebut.