Profil palsu yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dan panggilan video deepfake EN: Deepfake Deepfake BM: Gambar, video atau suara palsu yang dihasilkan AI untuk menyerupai orang sebenar. menjadikan scam dalam aplikasi janji temu semakin sukar dikesan.
Namun buat masa ini, kerajaan Malaysia belum bercadang mewajibkan pengesahan identiti pada aplikasi dating.
Rakyat Malaysia Rugi RM32.7 Juta Akibat Love Scam
Dalam tempoh empat tahun hingga Jun, 462 rakyat Malaysia dilaporkan kerugian RM32.7 juta akibat scam yang bermula di platform dating.
Lebih 70 peratus mangsa berusia antara 21 hingga 40 tahun dan melibatkan modus operandi EN: Modus operandi Method of operation BM: Kaedah atau cara yang digunakan untuk melakukan sesuatu, termasuk jenayah atau penipuan. scam yang semakin rumit.
Penipu biasanya tidak terus meminta wang.
Sebaliknya, golongan itu membina kepercayaan terlebih dahulu melalui dating apps sebelum membawa mangsa ke platform lain seperti WhatsApp, laman pelaburan palsu atau scam mata wang kripto.
Maksudnya, scam ini bukan lagi berlaku dalam satu aplikasi sahaja, ia boleh bergerak dari satu platform ke platform lain.
Kenapa Kerajaan Tidak Wajibkan ID Verification?
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata kerajaan belum mempunyai rancangan untuk mewajibkan identity verification pada dating apps.
Menurut Teo, pengesahan identiti sahaja tidak semestinya dapat menghentikan scam.
Penipu masih boleh menggunakan identiti dicuri, akaun yang digodam atau akaun keldai untuk melepasi proses pengesahan.
Jadi, akaun yang mempunyai tanda “verified” tidak semestinya selamat.
Kerajaan sebaliknya menilai beberapa pendekatan lain termasuk pengesahan identiti, pengesahan umur, pemeriksaan integriti akaun dan langkah keselamatan platform.
Setiap langkah dinilai berdasarkan keberkesanan, kesan terhadap privasi dan kesesuaiannya dengan undang-undang Malaysia.
Malaysia Pilih Pendekatan Berasaskan Risiko
Jelas Teo, tiada satu langkah yang mampu menghapuskan ancaman scam sepenuhnya.
Sebab itu, pendekatan kerajaan lebih bersifat berlapis dan berasaskan risiko.
Antaranya, platform digital perlu mengesan dan membuang akaun palsu serta rangkaian scam.
Selain itu, syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk mengurangkan penyalahgunaan rangkaian komunikasi.
Institusi kewangan pula perlu mengesan transaksi mencurigakan dan bertindak sebelum wang dipindahkan, sementara National Scam Response Centre (NSRC) membantu mempercepatkan tindakan terhadap kes scam.
Pada masa sama, kempen seperti Kempen Internet Selamat memberi fokus kepada kesedaran pengguna supaya mereka lebih peka terhadap taktik penipuan dalam talian.
Kenapa Langkah Pencegahan Penting?
Love scam EN: Love scam (penipuan cinta) Love scam BM: Penipuan yang menggunakan hubungan romantik untuk mendapatkan wang atau keuntungan daripada mangsa. sebenarnya bukan masalah dalam aplikasi janji temu semata-mata.
Sebaliknya, banyak kes bermula di media sosial atau aplikasi mesej sebelum berpindah ke platform lain.
Dengan AI, scam juga menjadi lebih meyakinkan melalui gambar palsu, suara klon dan video deepfake.
Jadi, cabaran sebenar bukan sekadar mengawal satu aplikasi, tetapi melindungi pengguna merentasi keseluruhan ekosistem digital.