“Lima tahun lagi, anda nampak diri anda di mana?”
Soalan ini boleh buat calon serba salah. Nak sebut jawatan tinggi, risau nampak terlalu bercita-cita.
Kalau jawab belum pasti, takut dianggap tiada hala tuju.
Anda tidak perlu tilik masa depan, yang penting, tunjukkan anda mahu berkembang dan kaitkan dengan jawatan yang dipohon.
Gunakan formula kemahiran → kepakaran → tanggungjawab lebih besar.
Mulakan dengan kemahiran yang mahu dibina.
Kemudian, terangkan tugas yang anda mahu kendalikan dengan lebih yakin.
Akhir sekali, sebut tanggungjawab yang ingin dipikul apabila pengalaman bertambah, seperti mengetuai projek atau membimbing ahli pasukan.
Contoh 1: Graduan baharu dalam pemasaran
“In three to five years, I’d like to strengthen my skills in campaign planning and data analysis. I hope to manage campaigns independently and eventually help guide newer team members.”
Jawapan ini menunjukkan keinginan untuk belajar, diikuti sasaran mengurus kerja sendiri dan membantu pasukan.
Contoh 2: Calon berpengalaman dalam kewangan
“I’d like to deepen my expertise in financial reporting and gain more experience in budgeting. Over time, I hope to handle more complex work and take the lead on finance projects.”
Jika sudah berpengalaman, fokus pada cara anda mahu mengembangkan kepakaran dan mengambil tanggungjawab lebih besar.
Contoh 3: Bertukar bidang kepada HR
“My first goal is to build a strong foundation in HR. In three to five years, I hope to use my teaching experience to develop and manage staff training programmes.”
Bagi calon yang bertukar bidang, kaitkan pengalaman sedia ada dengan kemahiran yang mahu dibina dalam kerjaya baharu.
Pastikan jawapan jujur, khusus dan relevan dengan jawatan.
Sasaran menjadi pengurus boleh disebut, tetapi jelaskan juga bagaimana anda mahu bersedia untuk peranan itu.