💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud.

Jumlah rumah siap dibina tetapi belum terjual meningkat 8.6 peratus kepada 33,094 unit bernilai RM17.78 bilion pada separuh pertama 2026, berbanding 30,471 (RM17.73 bilion) pada 2025.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, isu itu bukan hanya melibatkan rumah berharga tinggi, malah turut berlaku dalam segmen mampu milik dan pertengahan.

“Sebanyak 27,832 unit kediaman baharu dilancarkan pada separuh pertama 2026, namun hanya 16.6 peratus berjaya dijual.

Walaupun terdapat sedikit pelarasan, pasaran hartanah EN: Property Market Pasaran hartanah BM: Pasaran yang melibatkan urusan membeli, menjual dan menyewa hartanah seperti rumah, bangunan serta tanah. kekal stabil, disokong oleh aktiviti transaksi EN: Transaction Activity Aktiviti transaksi BM: Aktiviti jual beli hartanah yang berlaku dalam tempoh tertentu, diukur melalui jumlah dan nilai transaksi. , pergerakan harga dan pembinaan yang aktif," katanya.

Menurut Amir, purata harga rumah pula mencecah RM506,317 seunit, meningkat tipis 0.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kediaman kekal sebagai penyumbang utama pasaran hartanah dengan 110,998 transaksi bernilai RM47.11 bilion.

Dalam pada itu, kadar penghunian pejabat meningkat kepada 78.5 peratus, manakala pusat beli-belah EN: Shopping centre Pusat beli-belah BM: Bangunan atau kawasan yang menempatkan pelbagai kedai, restoran dan perkhidmatan di satu lokasi. kekal stabil pada 77.9 peratus.

Segmen hartanah industri turut berkembang 3.8 peratus, mencatatkan 3,932 transaksi bernilai RM14.78 bilion.

Bagi separuh kedua 2026, permintaan hartanah dijangka terus disokong oleh kadar pengangguran yang rendah, kenaikan gaji serta bantuan kos sara hidup.