💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud dalam English!
Lebih RM500 juta jumlah pembiayaan mikro yang diluluskan antara 15 Mei hingga 26 Jun tahun ini, melibatkan 30,000 usahawan.
Kerajaan sedang memperluas sokongan kepada peniaga kecil dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berdepan tekanan kos akibat konflik di Asia Barat.
Kerajaan sebelum ini menyediakan lebih RM5 bilion kemudahan pembiayaan mikro bagi 2026, dengan pinjaman sehingga RM100,000 untuk membantu usahawan kecil mendapatkan modal.
Kemudahan ini disalurkan melalui agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Simpanan Nasional (BSN), TEKUN Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agrobank dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).
Jumlah itu kemudian dinaikkan kepada RM6 bilion pada akhir Ogos.
Kenapa Peniaga Kecil Masih Perlukan Bantuan Khas?
Salah satu cabaran utama ialah cagaran EN: Collateral Cagaran BM: Aset yang dijadikan jaminan untuk mendapatkan pinjaman. . Bagi bank, bukan keuntungan sahaja yang dinilai.
Bank turut melihat keupayaan membayar balik, rekod kredit, aliran tunai, kedudukan kewangan dan risiko keseluruhan perniagaan.
Namun, masih ramai peniaga mikro mungkin tidak mempunyai rumah, tanah atau aset bernilai tinggi yang boleh dijadikan cagaran.
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) sendiri mengakui kekurangan cagaran boleh menyukarkan perniagaan mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.
Di sinilah skim jaminan kerajaan memainkan peranan.
Melalui Skim Jaminan Bantuan Kerajaan MADANI, SJPP boleh menyediakan jaminan sehingga 80% daripada pembiayaan yang diluluskan.
Secara mudah, kerajaan membantu berkongsi sebahagian risiko dengan bank supaya perniagaan yang kekurangan cagaran masih mempunyai peluang mendapatkan pembiayaan.
Bagi tempoh 15 Mei hingga 30 Jun 2026, SJPP meluluskan RM219 juta jaminan pembiayaan kepada lebih 300 PMKS, khususnya dalam sektor agro, pembinaan, logistik EN: Logistics Logistik BM: Proses mengurus pergerakan barangan dari satu tempat ke tempat lain. dan pelancongan.
Di bawah skim berkenaan, kadar jaminan boleh mencecah 80%, dengan yuran jaminan 0.75% setahun dan tempoh sehingga 10 tahun, tertakluk kepada syarat skim.
BNM Perkenal SME SRF Berjumlah RM5 bilion
Bank Negara Malaysia pula memperkenalkan SME Stabilisation Relief Facility (SME SRF) bernilai RM5 bilion.
Ia menyediakan pembiayaan sehingga RM750,000, bagi tempoh sehingga lima tahun, dengan kadar maksimum 3.75% setahun termasuk yuran jaminan.
Pembiayaan ini turut disokong jaminan sehingga 80% daripada CGC atau SJPP, khususnya bagi PKS yang tidak mempunyai cagaran mencukupi.
Setakat 7 Ogos 2026, BNM melaporkan RM2.8 bilion telah diluluskan, melibatkan lebih 4,900 akaun PKS.
Cara Bank Nilai Perniagaan Kini Berubah
Penilaian pembiayaan juga semakin berkembang.
Sebagai contoh, Maybank memperkenalkan proses penilaian pantas menggunakan data transaksi dan hubungan perbankan sedia ada untuk mempercepatkan penilaian permohonan sesetengah PKS.
Dalam pembiayaan mikro pula, penyata akaun bank beberapa bulan memang digunakan sebagai antara dokumen untuk membuktikan pendapatan dan operasi perniagaan.
Bank dan penyedia pembiayaan kini semakin menggunakan data seperti rekod transaksi dan aliran tunai EN: Cash flow Aliran Tunai BM: Pergerakan wang masuk dan keluar dalam perniagaan. untuk menilai keadaan sebenar sesebuah perniagaan.
Namun, ini tidak bermaksud cagaran sudah tidak lagi penting. Sebaliknya, data aliran tunai menjadi salah satu faktor tambahan dalam proses penilaian pembiayaan.
FMM Dakwa Dana Besar Sahaja Tidak Cukup
Kerajaan baru-baru ini menambah kemudahan pembiayaan mikro sebanyak RM1 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan bagi tahun ini daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion.
Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Jacob Lee Chor Kok menyambut baik langkah itu.
Tetapi katanya, tambahan dana perlu disertakan dengan prosedur permohonan lebih mudah, terma pembiayaan berpatutan serta proses kelulusan dan pembayaran yang lebih pantas.
“Kerajaan perlu memastikan akses pembiayaan mencukupi untuk pengilang kecil dan perniagaan berkaitan pembuatan yang layak.
“Langkah-langkah ini dapat membantu menyediakan sumber untuk perniagaan mengekalkan operasi, mengekalkan pekerja dan melaksanakan pelaburan yang meningkatkan produktiviti,” katanya.