Apple melancarkan iPhone 18 Pro dengan harga permulaan yang sama di Malaysia iaitu iPhone 18 Pro pada harga RM5,499.
Diikuti iPhone 18 Pro Max pada RM5,999.
Tapi laporan mendedahkan pembeli perlu sediakan duit lebih untuk storage, sebab harga iPhone berbeza apabila pilih kapasiti storan yang lebih besar.
Apa Yang Naik?
Berbanding tahun lalu:
- Model 1TB naik RM1,000.
- Pro Max 2TB kini RM11,999 naik RM2,000.
Di Amerika Syarikat, kenaikan harga berlaku lebih awal.
Model asas iPhone 18 Pro kini berharga AS$100 lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya.
Kenapa Storage Makin Mahal?
Cip memori menyimpan foto, video, aplikasi dan fail dalam telefon.
Menurut TrendForce, kos memori untuk iPhone 18 Pro 256GB hampir 400% lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Ini dianggarkan menaikkan jumlah kos komponennya sekitar 38%.
Lebih besar storan, lebih banyak cip memori diperlukan. Sebab itu model 1TB dan 2TB menerima kenaikan terbesar.
Adakah AI Puncanya?
Sebahagiannya kerana pusat data kecerdasan buatan (AI) memerlukan cip memori dalam jumlah besar.
Apabila pengeluar mengutamakan pasaran ini, bekalan untuk telefon dan peranti pengguna menjadi semakin terhad.
Kilang baharu boleh menambah bekalan, tetapi pembinaannya mengambil masa bertahun-tahun.
Jadi, harga mungkin tidak turun dalam masa terdekat.
Kenapa Harga Asas Masih Kekal?
Penganalisis percaya Apple menanggung sebahagian daripada kos tambahan dengan menerima margin keuntungan lebih kecil.
Ini dengan menggunakan strategi mengekalkan jualan iPhone, kemudian jana pendapatan melalui perkhidmatan seperti iCloud, Apple Music dan Apple TV.
Apa Maknanya Untuk Korang?
Model asas 256GB menawarkan nilai terbaik tahun ini.
Sebelum membayar lebih untuk 1TB atau 2TB, semak dahulu jumlah storan yang benar-benar anda gunakan.
Masalah ini juga bukan berlaku kepada iPhone sahaja.
Kekurangan cip memori juga boleh menaikkan harga komputer riba, tablet dan konsol permainan.
Microsoft baru-baru ini menaikkan lagi harga Xbox sebanyak AS$100 hingga AS$150.
Ini menyebabkan sesetengah harga model yang terkini sehingga AS$300 lebih mahal berbanding ketika dilancarkan.
Malah, harga beberapa komputer riba dan tablet Surface Pro turut meningkat sehingga AS$500 berbanding harga permulaan asal.
Jadi, pastikan buat perancangan kewangan yang tepat kalau korang ada plan nak beli gadget baharu!