E-mel kerja menjadi first impression sebelum orang sempat berjumpa dengan anda.
Cara anda memilih ayat boleh membuatkan e-mel kedengaran profesional atau kurang sesuai untuk urusan kerja.
Ini 5 frasa mudah yang boleh anda gunakan.
1. Emel Follow Up
Dah hantar e-mel tapi masih belum dapat jawapan? Elakkan ayat seperti “Why haven’t you replied?” atau “Please reply ASAP.”
Cuba:
“I wanted to follow up on my previous email regarding [topic]. Please let me know if you need any further information from my end.”
Ayat ini mengingatkan penerima tanpa kedengaran seperti mendesak atau menyalahkan mereka.
2. Arahan Kurang Jelas
Kalau arahan yang diterima kurang jelas, “What do you mean?” boleh kedengaran agak keras dalam e-mel.
Cuba:
“Could you please clarify what you mean by [item]? I want to make sure I understand correctly before proceeding.”
Ini menunjukkan anda mahu mendapatkan kepastian sebelum meneruskan kerja.
3. Melakukan Kesilapan
Meminta maaf memang penting apabila anda melakukan kesilapan. Tetapi kalau kelewatan berlaku kerana proses tertentu atau anda masih menunggu pihak lain, anda tak semestinya perlu berulang kali berkata “sorry”.
Cuba:
“Thank you for your patience while we finalise this. I appreciate your understanding.”
Nada masih sopan, tetapi kedengaran lebih yakin dan profesional.
4.Hantar Cadangan
Untuk menghantar cadangan, jadual atau draf, “Is this okay?” kadang-kadang boleh kedengaran terlalu kasual.
Cuba:
“I’ve attached the draft for your review. Please let me know if this works for you, or if you’d like any changes.”
Anda masih membuka ruang untuk maklum balas tanpa kedengaran terlalu ragu-ragu dengan kerja sendiri.
5.Terbuka Untuk Berbincang
Ayat seperti “Let me know if you have any question” biasa digunakan dalam percakapan harian, tetapi struktur grammarnya kurang sesuai untuk e-mel profesional.
Cuba:
“Happy to discuss further if needed. Just let me know a good time to connect.”
Ia menunjukkan anda terbuka untuk berbincang sambil mengekalkan nada yang kemas dan profesional.
Tips: Elakkan menterjemah ayat Bahasa Melayu terus ke English perkataan demi perkataan. Contohnya, bukan “reply my email”, tetapi “reply to my email.”
Sebelum tekan send, baca semula e-mel anda.
Kalau ayat itu kedengaran janggal apabila dibaca, biasanya ada cara yang lebih natural untuk menyampaikannya.