💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud.

Khas untuk pelajar SPM! Kelas Sekejap menawarkan latihan English SPM melibatkan beberapa kemahiran.

Daripada vocabulary EN: vocabulary Kumpulan perkataan yang kita tahu dan boleh guna dalam sesuatu bahasa. "vo-KEB-yu-la-ri" BM: perbendaharaan kata dan grammar EN: grammar Peraturan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul, termasuk tenses dan susunan ayat. "GRA-ma" BM: tatabahasa , hinggalah listening, reading, speaking dan writing.

Nak master semua sekali gus memang boleh rasa penat.

Tapi macam mana kalau setiap kemahiran korang ada kawan belajar sendiri?

Kelas Sekejap memperkenalkan ruang untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 berlatih English sambil meneroka dunia hutan bersama enam study buddy!

Apa itu Kelas SPM English?

Di Kelas SPM English, korang boleh pilih tingkatan masing-masing dan mula meneroka laluan dalam hutan.

Sepanjang perjalanan, ada enam hentian, dengan setiap pit stop memberi tumpuan kepada satu kemahiran English.

Jawab soalan pendek seperti:

Selepas latihan, korang boleh melihat jawapan yang betul bersama penjelasan ringkas.

Jadi, bukan sekadar tahu jawapan, tapi faham juga sebabnya.

Nak cuba? Layari spm.kelassekejap.com.

Kenali enam kawan belajar korang!

1. Ollie si memerang — Vocabulary 🦦

Kad watak gaya piksel: Ollie si memerang coklat berdiri melambai tangan dengan sapu tangan leher biru kehijauan, dalam latar hutan. Teks kad: Stop 1 · Trail Start, OLLIE, Si memerang, VOCABULARY.
Ollie si memerang

Ollie menyambut korang di permulaan laluan.

Di sini, korang boleh membina vocabulary atau perbendaharaan kata.

Lagi banyak perkataan yang korang kenal, lagi mudah untuk memahami teks dan menyampaikan idea sendiri.

2. Kiki si kancil — Grammar 🦌

Kad watak gaya piksel: Kiki si kancil berbulu coklat dengan beg sandang ungu, mengangkat kaki depan seperti melambai, di atas denai berbatu. Teks kad: Stop 2 · Ranger Hut, KIKI, Si kancil, GRAMMAR.
Kiki si kancil

Di pondok renjer, Kiki membantu korang berlatih grammar atau tatabahasa, termasuk susunan ayat, tenses dan penggunaan perkataan.

Bila grammar semakin kemas, lebih mudah untuk korang menyampaikan maksud dengan jelas.

3. Tomo si tapir — Listening 👂

Kad watak gaya piksel: Tomo si tapir biru gelap berperut putih, membawa beg sandang kuning dan melambai tangan di atas denai berbatu. Teks kad: Stop 3 · Bird-Feeding Post, TOMO, Si tapir, LISTENING.
Tomo si tapir

Di hentian Tomo, tiba masanya untuk pasang telinga! Korang boleh berlatih listening, iaitu memahami English yang didengar.

Kemahiran ini berguna apabila mendengar perbualan, arahan atau orang bercakap dalam English.

4. Lilac si arnab — Reading 🐰

Kad watak gaya piksel: Lilac si arnab putih berpita leher ungu dan beg sandang oren, melambai tangan di hadapan pondok kayu. Teks kad: Stop 4 · Hut Noticeboard, LILAC, Si arnab, READING.
Lilac si arnab

Lilac menunggu di papan kenyataan hutan untuk membantu korang berlatih reading.

Bukan sekadar membaca perkataan, tapi memahami maksud teks, sama ada notis pendek atau petikan yang lebih panjang.

5. Roly si tenggiling — Speaking 🗣️

Kad watak gaya piksel: Roly si tenggiling bersisik merah dengan sapu tangan leher biru dan beg galas hijau, melambai tangan di tepi jambatan kayu. Teks kad: Stop 5 · Campfire Circle, ROLY, Si tenggiling, SPEAKING.
Roly si tenggiling

Roly mengajak korang berlatih speaking di sekitar unggun api.

Rasa malu atau takut tersalah cakap itu biasa. Yang penting, mulakan dengan latihan sedikit demi sedikit untuk membina keyakinan.

6. Fern si penyu — Writing 🐢

Kad watak gaya piksel: Fern si penyu kuning dengan cengkerang hijau bercorak lingkaran, anak pokok tumbuh di atasnya dan beg sandang biru, melambai tangan di tepi sungai. Teks kad: Stop 6 · Forest Postbox, FERN, Si penyu, WRITING.
Fern si penyu

Di hujung laluan, Fern menunggu di peti surat hutan.

Bersama Fern, korang boleh berlatih writing, daripada membina ayat dan perenggan hingga menulis emel atau karangan.

Di sinilah vocabulary, grammar dan idea korang boleh digunakan bersama!

Siapa boleh cuba?

Kelas SPM English sesuai untuk:

  • Pelajar Tingkatan 1 hingga 3 yang mahu membina asas English.
  • Pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mahu mengulang kaji untuk SPM.
  • Ibu bapa yang mencari cara santai untuk anak-anak berlatih English di rumah.

Tak kisahlah korang nak tambah vocabulary, faham grammar atau lebih yakin bercakap, setiap latihan kecil ialah satu langkah ke depan.

Jom mulakan pengembaraan English korang di spm.kelassekejap.com!