Faham bila orang cakap English, tapi bila tiba giliran kita menjawab, terus tak tahu nak cakap apa.

Takut salah sebut dan ayat tunggang-langgang.

Aplikasi Kelas Sekejap memberi anda ruang untuk berlatih bercakap dengan kecerdasan buatan (AI) melalui telefon.

Anda boleh cuba, buat silap dan cuba lagi mengikut keselesaan sendiri.

Jom kenali empat cara untuk mula:

  1. Bersembang dengan Shahril
  2. Pilih topik yang anda minat
  3. Belajar frasa asas
  4. Selesaikan misi dan kumpul syiling

Sebelum mula, kenali lima ikon di bar menu bawah skrin:

  • Home: lihat pelajaran hari ini
  • Topics: pilih topik dan berita semasa
  • Phrases: belajar frasa mengikut bab
  • Quests: lihat misi harian dan kumpul syiling

1. Sembang dengan Shahril

Apabila mula guna app, anda akan menerima mesej suara alu-aluan daripada AI sama ada Khairy Jamaluddin atau Shahril Hamdan.

Cara nak mula:

  1. Dengar mesej suara tersebut. Tekan Show transcript jika anda mahu membaca teksnya sekali.
  2. Tekan butang mikrofon oren dan jawab menggunakan suara.
  3. Belum bersedia untuk bercakap? Taip dahulu jawapan anda di ruang Type a reply.

Tak perlu fikir ayat yang panjang. Mulakan dengan jawapan ringkas, kemudian cuba tambah satu atau dua ayat apabila semakin selesa.

Tahukah anda? App ini menggunakan suara AI Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan, hos podcast Keluar Sekejap.

2. Pilih topik yang anda minat

Suka cerita tentang makanan, melancong atau kehidupan seharian? Mulakan dengan perkara yang anda suka.

Lebih mudah nak bercakap apabila ada sesuatu untuk dikongsi.

Cara nak pilih:

  1. Tekan tab Topics di bar menu bawah.
  2. Tekan Add Topics dan pilih sekurang-kurangnya tiga topik, seperti Travel & Food atau Everyday Life.
  3. Untuk berbincang tentang berita semasa, skrol ke bahagian In the Headlines dan tekan Start.

Dalam In the Headlines, anda boleh berlatih menyampaikan pandangan tentang isu harian. Cari sesi berlabel Free untuk cuba app secara percuma.

Tahukah anda? Tab Topics turut menawarkan 10 pelajaran asas Mandarin melalui kerjasama Kelas Sekejap x Kunkwan. Antaranya, cara memperkenalkan diri dan bercerita tentang hobi.

3. Mula dengan frasa asas

Belum yakin untuk terus bersembang?

Cuba belajar frasa pendek dahulu, seperti cara memberi salam dan mengucapkan selamat tinggal.

Cara nak belajar:

  1. Tekan tab Phrases di bar menu bawah.
  2. Tekan butang oren untuk memulakan bab First Steps in English, yang bermula dengan Hello & Goodbye.
  3. Tekan Review untuk ulang kaji atau Favourites untuk menyimpan frasa pilihan anda.

Pelajaran disusun dalam 12 bab, bermula dengan frasa paling asas.

Anda juga boleh meneroka Featured Phrases untuk mencuba topik lain.

Cuba sebut frasa itu dengan kuat, kemudian gunakan dalam perbualan harian.

4. Selesaikan misi dan kumpul syiling

Nak sedikit dorongan untuk terus berlatih? Selesaikan misi harian dan kumpul syiling.

Cara nak kumpul:

  1. Tekan tab Quests, iaitu ikon trofi.
  2. Selesaikan misi harian dalam senarai Keep Going.
  3. Apabila selesai, tekan Claim untuk menerima syiling anda.

Misi harian:

  • Daily Word Play: selesaikan satu permainan perkataan (5 syiling)
  • Daily Bonus: log masuk setiap hari (2 syiling)
  • Daily Learn by Talking: selesaikan satu sesi bercakap (10 syiling)

Jumlah syiling anda tertera di penjuru atas skrin. Untuk melihat ganjaran yang boleh ditebus, tekan tab Rewards di sebelah Quests.

Tip supaya lebih mudah nak konsisten

  • Mulakan dengan lima minit sehari. App turut merekodkan streak, iaitu jumlah hari anda berlatih secara berturut-turut.
  • Cuba jawab dengan ayat penuh. Jika ditanya waktu anda bangun, jawab “I woke up at seven,” berbanding “Seven” sahaja.
  • Beri ruang untuk diri sendiri tersilap. Kalau tersekat, cuba ayat yang lebih mudah. Tak perlu tunggu English sempurna untuk mula bercakap.

Dah berlatih? Cuba guna di luar app

Selepas berlatih dengan AI, cuba gunakan satu ayat ketika bercakap dengan rakan atau rakan sekerja.

Mulakan dengan sesuatu yang mudah, seperti “How was your weekend?”

Latihan dalam app boleh menjadi langkah pertama untuk membiasakan diri bercakap dalam situasi sebenar.

Jangan lupa juga muat turun aplikasi Kelas Sekejap dan practice English anda hari ini!

Kalau boleh pilih satu topik untuk berlatih hari ini, anda nak sembang tentang apa?