💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud dalam English dan cara sebut. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Cadangan menetapkan RM3,100 sebagai kadar gaji minimum EN: Gaji Minimum Minimum wage BM: Gaji minimum ialah kadar gaji terendah yang wajib dibayar majikan. baharu menjadi perbualan hangat minggu ini susulan reaksi pelbagai yang dipaparkan oleh masyarakat dan majikan di Malaysia.

Jadi, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan RM3,100 sebagai rujukan untuk gaji minimum baharu, dengan alasan angka ini lebih mencerminkan kos sara hidup masa kini.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, menyifatkan cadangan itu munasabah susulan peningkatan kos sara hidup, termasuk makanan, perumahan, pengangkutan dan keperluan asas.

Ketika ini, gaji minimum di negara ini sekarang kekal pada RM1,700, bermakna cadangan tersebut mewakili kenaikan lebih 80 peratus.

Susulan cadangan itu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Persatuan SME Malaysia menyuarakan bantahan.

Mereka memberi amaran bahawa kenaikan itu boleh memberi tekanan besar kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang menjadi antara tonggak utama ekonomi negara.


Tapi, Dari Mana Sebenarnya Angka RM3,100 Ini Datang?

RM3,100 bukan angka yang muncul secara rawak.

Ia sudah digunakan sebagai penanda aras EN: penanda aras benchmark BM: standard atau rujukan untuk membuat perbandingan gaji kehidupan wajar bagi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ia turut digunakan di bawah inisiatif GEAR-uP, berdasarkan kos sara hidup dan Panduan Belanjawanku 2024/2025.

Namun, Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman menegaskan bahawa gaji kehidupan wajar dan gaji minimum berkanun ialah dua perkara berbeza.

Menurutnya, kadar yang sesuai untuk syarikat besar dan stabil tidak semestinya mampu ditanggung semua perniagaan.

Tegasnya, kadar itu akan memberi impak khususnya kepada PMKS yang beroperasi dengan margin lebih kecil.

Kenapa Majikan Bimbang?

Bantahan ini bukan sekadar tentang lonjakan RM1,700 ke RM3,100 itu sendiri.

Ini yang digelar oleh pakar ekonomi sebagai kesan riak EN: kesan riak ripple effect BM: Kesan daripada satu perubahan yang kemudian mempengaruhi perkara lain. (ripple effect).

Apabila gaji minimum naik ke RM3,100, pekerja yang bergaji sekitar RM2,000 hingga RM3,000 mungkin mengharapkan pelarasan untuk mengekalkan jurang gaji adil.

Menurut MEF, kenaikan itu dikhuatiri menyebabkan majikan membekukan pengambilan, mengurangkan kerja lebih masa atau beralih kepada automasi, sekali gus menjejaskan pekerja muda dan berkemahiran rendah.


Jadi, Apa Yang Akan Berlaku?


Setakat ini, belum ada apa-apa keputusan muktamad lagi.

MEF menegaskan sebarang keputusan berkaitan gaji sewajarnya dibincangkan melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

MPGN merupakan forum rasmi yang direka khusus untuk perundingan tiga pihak antara kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja.

Justeru, cadangan gaji minimum RM3,100 boleh dibincangkan mengikut saluran yang tepat, bukan terus menerima pakai satu angka secara langsung tanpa pertimbangan lanjut.

Gaji minimum yang lebih tinggi memang penting ketika inflasi dan kos sara hidup terus meningkat.

Namun, cabaran utama adalah mencari kadar yang mampu melindungi kuasa beli pekerja tanpa membebankan perniagaan secara mendadak.