Soalan ini sebenarnya nak tengok sama ada anda betul-betul berminat dengan syarikat itu, bukan hanya sekadar hantar resume ke banyak tempat.

Kalau jawapan anda boleh digunakan untuk mana-mana syarikat, ia mungkin terlalu umum.

Apa Interviewer Nak Dengar?

  1. Anda sudah buat sedikit kajian tentang syarikat.
  2. Anda tahu apa yang menarik tentang syarikat atau jawatan itu.
  3. Anda boleh kaitkan peluang tersebut dengan minat, kemahiran atau hala tuju kerjaya anda.

Struktur Mudah

Apa yang menarik tentang syarikat → Kenapa anda tertarik → Kenapa ia sesuai dengan anda

Contoh Jawapan

“What attracted me to this company was [specific project/product/initiative].

I’m interested in this area because [reason], and I think this role fits well with the skills I want to develop and the kind of work I want to do.”

Contoh Jawapan Untuk Startup

“I was interested in how your company is using AI to make learning more accessible."

"I like working on products that solve real problems, so this role stood out to me.”

Contoh Jawapan Untuk Korporat

“Your recent expansion into digital banking caught my attention."

"I’ve been building my skills in data analysis, and I’d like to apply them on larger projects.”

Contoh Jawapan Untuk SME

“What stood out to me was the opportunity to take more ownership of my work."

"I’m looking for a role where I can contribute directly and see the impact of what I do.”

Elakkan Jawapan Ini!

  1. Terlalu umum:

“Saya suka syarikat ini sebab reputasinya bagus."

2. Fokus hanya pada gaji:

Gaji penting, tetapi soalan ini lebih kepada kenapa anda berminat dengan syarikat dan jawatan tersebut.

Mudahnya, jawapan yang kuat bukan sekadar puji syarikat.

Tunjukkan anda tahu apa yang syarikat buat, kenapa ia menarik minat anda, dan bagaimana peluang itu sesuai dengan hala tuju kerjaya anda.

Yang penting beranikan diri dan practice dulu sebelum masuk bilik temu duga!