Kelas Sekejap telah memperkenalkan ekosistem EN: ecosystem Sekumpulan produk dan perkhidmatan yang berhubung dan berfungsi bersama sebagai satu sistem. /ˈiː.kəʊˌsɪs.təm/ — "I-ko-sis-tem" BM: ekosistem pembelajaran berkuasa AI yang merangkumi pelbagai format, platform dan pengalaman pembelajaran.
Diasaskan oleh Isaac Tan, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, Kelas Sekejap pada awalnya bermula sebagai aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris berasaskan AI.
Sejak dilancarkan secara terbuka pada 26 Januari 2026, aplikasi perbualan tersebut telah merekodkan lebih 15,000 pengguna berdaftar dan lebih 6,000 perbualan aktif dengan AI.
Menurut Kelas Sekejap, matlamat utamanya adalah untuk menyesuaikan pembelajaran ke dalam masa yang sedia ada dalam kehidupan seharian masyarakat.
Menurut Pengasas Bersama Kelas Sekejap, Isaac Tan, teknologi tidak mampu menggantikan peranan guru — sebaliknya ia dapat dijadikan alat bantuan pembelajaran.
"Seorang guru yang hebat melakukan lebih daripada sekadar menyampaikan maklumat — mereka mendidik, mencabar dan memberi inspirasi. Teknologi tidak boleh menggantikan itu, tetapi ia boleh memperluas jangkauan mereka.
"Kami percaya pembelajaran tidak berhenti apabila kelas tamat, dan setiap pelajar berhak mempunyai ruang untuk bertanya soalan di luar bilik darjah," katanya.

Sebelum mengasaskan bersama Kelas Sekejap, beliau bersama SUPA, salah sebuah syarikat infrastruktur data AI terbesar di Asia Tenggara, yang kemudiannya diambil alih oleh TDCX.
Di Kelas Sekejap, beliau melihat kemajuan AI bukan sekadar untuk mengajar mesin, tetapi untuk membantu masyarakat belajar dengan lebih baik.
Peralihan ini mengembangkan Kelas Sekejap daripada sebuah produk tunggal kepada ekosistem pembelajaran yang membentuk satu rangkaian — dengan matlamat menjadikan pembelajaran lebih mudah didekati dan memberi pengguna lebih banyak ruang untuk berlatih mengikut rentak masing-masing.
Ekosistem yang diperluas ini turut menampilkan AI Avatar, ciri perbualan yang menjadi teras aplikasi asal. Kini, pengguna bukan sahaja boleh belajar Bahasa Inggeris, tetapi turut meneroka topik seperti berita, kerjaya, kewangan dan budaya.
Ekosistem tersebut turut merangkumi video pendek, artikel, infografik dan Perkataan Hari Ini untuk menjadikan pembelajaran lebih ringkas, mudah diakses dan menarik. Sementara itu, pembelajaran untuk Bahasa Malaysia dan Mandarin pula sedang dalam perancangan.
Kelas Sekejap Bawa Pembelajaran AI Ke Tempat Kerja
Kelas Sekejap turut terus membangunkan dua tawaran sedia ada dalam ekosistemnya.
Kelas Sekejap for Enterprise membantu organisasi mengubah pengetahuan dalaman syarikat menjadi bimbingan berkuasa AI yang boleh diskalakan EN: scalable Boleh dikembangkan kepada lebih ramai pengguna tanpa kos meningkat sama banyak. "SKEY-le-bel" BM: boleh dikembangkan untuk pasukan kerja.
Program Kelas SPM pula menyediakan latihan pertuturan dan mendengar berkuasa AI untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, selaras dengan silibus kebangsaan.
Kelas Sekejap turut memperkenalkan Branded Learning, satu model yang menjemput jenama-jenama untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran itu sendiri — melalui siri pendidikan berbentuk pendek, penceritaan berkuasa AI dan senario interaktif "Learn by Talking".
Antara komponen lain termasuk membolehkan pengguna mendapat ganjaran EN: incentive Ganjaran yang mendorong seseorang melakukan sesuatu. /ɪnˈsen.tɪv/ — "in-SEN-tiv" BM: insentif daripada jenama-jenama Malaysia selepas menyelesaikan pelajaran dan pencapaian pembelajaran EN: milestone Pencapaian penting yang menandakan kemajuan. /ˈmaɪl.stəʊn/ — "MAIL-ston" BM: pencapaian penting tertentu.
Dalam pada itu, Pengasas Bersama, Khairy Jamaluddin mendedahkan peralihan AI ini boleh dilihat sebagai pembentukan semula bilik darjah, bukan ancaman untuk guru-guru.
"Hari ini, sesiapa sahaja boleh bertanya AI untuk jawapan dalam beberapa saat. Itu menjadikan peranan guru lebih penting, bukan kurang penting. Bilik darjah sentiasa lebih daripada sekadar menghafal fakta."
"Di situ kita belajar cara berfikir secara kritis, mempersoal idea dan membentuk perspektif sendiri. Masa depan milik mereka yang tahu cara mengendalikan pengetahuan, bukan sekadar akses," akhirinya.

Kandungan pendidikan Kelas Sekejap telah pun melepasi 150,000 tontonan merentasi semua platform.
AI Avatar, kandungan berbentuk pendek, artikel dan Branded Learning boleh diakses di laman web kelassekejap.com, Instagram (@kelas_sekejap) dan Facebook (@kelas.sekejap). Kelas Sekejap juga boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.
Bersedia untuk menjadikan pembelajaran sebahagian daripada rutin harian anda? Terokai Kelas Sekejap di kelassekejap.com atau muat turun aplikasi Kelas Sekejap di App Store dan Play Store hari ini.