Soalan ini selalu muncul dalam temu duga, tetapi ramai calon masih terperangkap dengan jawapan yang kurang 'perisa'.

Contohnya: “Saya rajin, cepat belajar dan boleh bekerja dalam pasukan.”

Jawapan itu tidak salah, cuma sukar membezakan anda daripada calon lain kerana hampir semua orang boleh ulang skrip yang sama.

Sebenarnya, penemu duga mahu tahu satu perkara:

Apakah kekuatan anda yang paling relevan dengan jawatan ini, dan bagaimana kekuatan itu membantu anda menjalankan tugas dengan baik?

Mulakan Dengan Kerja

Sebelum pilih kekuatan, tengok semula iklan jawatan dan cari apa yang syarikat perlukan.

Kalau jawatan banyak melibatkan:

  • data → tonjolkan ketelitian atau pemikiran analitikal
  • pelanggan → tonjolkan komunikasi atau empati
  • deadline → tonjolkan pengurusan masa atau kebolehan bekerja di bawah tekanan
  • kerja berpasukan → tonjolkan kolaborasi atau kepimpinan

Baru pilih kekuatan yang paling dekat dengan keperluan itu.

Satu Kekuatan Dah Cukup

Ramai calon cuba nampak hebat dengan menyebut terlalu banyak perkara sekaligus.

Contohnya:

“Saya rajin, teliti, kreatif, cepat belajar dan seorang team player.”

Namun, tiada satu pun benar-benar menonjol di dalam kenyataan itu.

Lebih baik pilih satu kekuatan utama, kemudian buktikan dengan pengalaman sebenar.

Gunakan struktur ini:

Apa kekuatan anda → Bila anda gunakannya → Apa hasilnya

Contoh:

“Saya seorang yang teliti. Semasa praktikal, saya mengurus rekod penghantaran harian dan pernah mengesan beberapa kesilapan invois yang berulang.
Selepas rekod itu disusun semula, kesilapan dapat dikurangkan. Saya rasa kekuatan ini sesuai untuk jawatan yang banyak melibatkan dokumentasi dan data.”

Kalau Boleh, Tunjukkan Hasil

Contoh yang baik biasanya ada hasil yang jelas. Tidak semestinya kena ada angka besar.

Hasil kerja yang anda boleh kongsi:

  • kerja siap lebih cepat
  • kesilapan berkurang
  • pelanggan lebih mudah faham
  • pasukan lebih tersusun
  • deadline berjaya dipenuhi

Kalau ada angka, lagi bagus. Ini akan buat jawapan anda lebih kuat.

Contohnya:

“Saya mengurus lebih 200 pesanan sebulan.”

atau

“Closing rate saya meningkat daripada dua kepada lima pelanggan bagi setiap 10 enquiry.”

Contoh Ikut Jenis Jawatan

Admin / Operations

“Kekuatan saya ialah saya sangat organised. Semasa praktikal, saya perlu mengurus beberapa rekod dan tugasan serentak.
Saya buat sistem tracking sendiri supaya semua deadline mudah dipantau. Ia membantu saya elakkan kerja tertinggal dan saya rasa kemahiran itu sangat penting untuk jawatan ini.”

Sales

“My strength is understanding what customers actually need before recommending anything.
In my previous role, I started asking more questions about budget and priorities before pitching. That helped me improve my closing rate, and I think that approach fits this role because it involves dealing directly with customers.”

Team Lead / Supervisor

I’m good at organising team workflows. At my previous job, I introduced weekly task planning and a quick check-in every Monday.
After that, everyone had a clearer idea of what they needed to do, and fewer tasks were missed.