Soalan ini nampak hampir sama dengan “Kenapa nak kerja di sini?”, tetapi fokusnya berbeza.
“Kenapa nak kerja di sini?” - Jawapan fokus pada syarikat sahaja.
“Kenapa berminat dengan jawatan ini?” - Jawapan fokus pada tugas dan tanggungjawab jawatan tersebut.
Apa Yang Interviewer Nak Dengar?
Mereka nak tahu sama ada anda:
- Faham skop jawatan
- Benar-benar berminat dengan tugasnya
- Ada pengalaman atau kemahiran yang relevan
- Tahu apa yang anda boleh sumbangkan
Struktur Mudah
Apa yang menarik minat anda → Pengalaman/kemahiran berkaitan → Apa yang anda boleh sumbangkan
Contoh Jawapan
“I’m interested in this role because it combines analytical work, communication and problem-solving.
From my previous experience, I realised that I enjoy breaking down complex problems while also working closely with people. This role would allow me to use both of those skills.”
Contoh Kerja Sales / Business Development
“What interests me about this role is the combination of relationship-building and target-driven work.
During my internship, I enjoyed understanding what clients needed before suggesting a solution. I’d like to build on that experience and learn how to manage the full sales process.”
Contoh Kerja Technical / Software
“This role interests me because it combines technical work with collaboration. In my final-year project, I often had to explain technical limitations to non-technical teammates, and I enjoyed being that bridge between both sides.”
Contoh Kerja Admin / Operations
“I’m interested in this role because I enjoy organising things and solving day-to-day problems.
In my previous job, I was often the person people came to when something needed to be coordinated quickly, so this role feels like a natural fit.”
Jangan Keliru Dengan “Kenapa Nak Kerja Di Sini?”
Kenapa nak kerja di sini?
→ cerita tentang syarikat, budaya, produk atau misi.
Kenapa berminat dengan jawatan ini?
→ cerita tentang tugas, kemahiran dan jenis kerja yang anda akan lakukan.
Kalau jawapan untuk kedua-dua soalan boleh digunakan tanpa banyak perubahan, besar kemungkinan jawapan anda masih terlalu umum.
Tip: Sebelum interview, baca semula job description dan pilih 2–3 tanggungjawab yang benar-benar menarik minat anda.