“Are you a team player?”, jangan sekadar jawab “Yes”
Soalan ni nampak mudah. Jawab saja “Yes, of course!”, kan?
Tapi penemuduga nak tahu macam mana anda bekerja dengan orang lain, terutama bila ada perbezaan pendapat atau kerja tak berjalan seperti dirancang.
Jadi, jawapan anda perlukan contoh.
Apa yang interviewer nak tahu?
- Komunikasi: Anda berkongsi perkembangan kerja atau tunggu orang tanya?
- Cara menangani perbezaan pendapat: Boleh berbincang dan cari jalan penyelesaian?
- Tanggungjawab: Anda buat bahagian sendiri dan bantu pasukan bila perlu?
- Kebolehan berdikari: Boleh siapkan tugasan tanpa sentiasa menunggu arahan?
Team player tak bermaksud anda perlu setuju dengan semua orang. Yang penting, anda boleh bekerjasama untuk capai matlamat yang sama.
Elakkan kesilapan ini
- Jawab tanpa contoh.“I work well with others” tak memberi gambaran tentang cara anda bekerja.
- Dakwa tak pernah berbeza pendapat. Lebih meyakinkan jika anda ceritakan cara menguruskannya dengan baik.
- Ambil semua kredit atau burukkan pasukan lama. Jelaskan sumbangan anda sambil menghargai usaha orang lain.
Guna formula: Ya → Contoh → Hasil → Seimbang
1. Ya: Terangkan secara ringkas apa maksud kerjasama bagi anda.
2. Contoh: Pilih satu pengalaman daripada kerja, latihan industri, projek universiti atau aktiviti sukarela. Nyatakan tindakan anda.
3. Hasil: Ceritakan kesannya. Ada angka atau pencapaian sebenar? Boleh masukkan.
4.Seimbang: Tunjukkan anda juga boleh bekerja sendiri apabila perlu.
Sasarkan jawapan sekitar 45 saat hingga satu minit.
Contoh jawapan
Gunakan contoh ini sebagai panduan dan sesuaikan dengan pengalaman sebenar anda.
Untuk graduan baharu
“Yes. For me, being a team player means doing my part and keeping everyone updated.
During my final-year project, some tasks overlapped, so I suggested a shared task list and weekly check-ins. This helped us divide the work clearly, and we submitted the project a week early.
I also handled the data analysis independently and shared my findings with the group.”
Untuk calon berpengalaman
“Yes, I enjoy working with people who bring different strengths.
In my previous role, our marketing and sales teams had different priorities that delayed campaigns.
I helped organise regular meetings so we could agree on deadlines and responsibilities earlier.
This reduced delays and made coordination easier. I also took responsibility for completing my own tasks without constant follow-up.”
Untuk khidmat pelanggan atau runcit
“Yes. In retail, teamwork makes a big difference to the customer experience.
During a busy sale weekend, we were short-staffed. I helped with restocking and managing queues, while my colleagues covered my counter when needed.
We kept the store running smoothly and received positive customer feedback. I was also comfortable handling routine customer enquiries independently.”
Kalau anda lebih suka bekerja sendiri
Tak perlu berpura-pura. Tunjukkan bagaimana anda tetap menyumbang kepada pasukan.
“I tend to focus best when working independently, but I value teamwork.
I regularly share updates and ask for input on important tasks.
Once, a colleague’s feedback helped me catch an error in a report before submission.
I’m comfortable working on my own, while staying involved and supporting the team.”
Bersedia untuk soalan susulan...
“Tell me about a time you disagreed with a teammate.”
Terangkan cara anda mendengar, berbincang dan mencapai penyelesaian.
“Do you prefer working alone or in a team?”
Jelaskan bagaimana anda menyesuaikan cara bekerja mengikut tugasan.
“What role do you usually play in a team?”
Nyatakan peranan sebenar anda, seperti menyelaras kerja, memberi idea atau memantau jadual. Sertakan contoh ringkas.
Sebelum temuduga, sediakan satu atau dua pengalaman yang menunjukkan apa anda buat dan bagaimana tindakan itu membantu pasukan.
Cerita yang jelas lebih meyakinkan daripada sekadar “Yes, I’m a team player.”