Sejak Jumaat lalu, Anak Krakatau kembali meletus di Selat Sunda, antara Jawa dan Sumatera.

Letusan EN: Eruption Letusan BM: Proses apabila lava, abu, gas atau bahan gunung berapi keluar dari kawah. itu menghasilkan pancutan lava, bunyi dentuman dan kepulan abu sekitar 50,000 kaki, hingga menjejaskan hampir 3,000 penerbangan dan serta lebih 340,000 penumpang terkandas.

Setakat 7 September, aktiviti letusan mula reda, tetapi gunung berapi itu masih aktif dan terus dipantau.

Gunung berapi ini muncul daripada kawasan kaldera EN: Caldera Kaldera BM: Lekukan besar yang terbentuk apabila bahagian gunung berapi runtuh selepas letusan besar. yang terbentuk selepas letusan besar Krakatau pada 1883.

Letusan itu mencetuskan tsunami besar, dengan ombak mencecah kira-kira 40 meter di sesetengah kawasan dan mengorbankan sekitar 36,000 orang.

Beberapa dekad kemudian, aktiviti gunung berapi di kawasan tersebut membentuk sebuah pulau baharu.

Pulau itulah yang kita kenali hari ini sebagai Anak Krakatau.

Apa Yang Berlaku Sekarang?

Sejak malam 4 September, Anak Krakatau kembali menunjukkan aktiviti letusan yang kuat.

Antaranya termasuk pancutan lava, bunyi gemuruh dan kepulan abu yang naik sehingga kira-kira 50,000 kaki.

Aktiviti itu turut menjejaskan penerbangan dan menyebabkan beberapa lapangan terbang ditutup sementara.

Menjelang 7 September, aktiviti letusan berterusan dilaporkan mula berkurangan, tetapi gunung berapi itu masih aktif dan terus dipantau.

Kenapa Ramai Risau Tentang Tsunami?

Sebelum ini, Anak Krakatau pernah mencetuskan tsunami apabila sebahagian badan gunung berapi itu runtuh ke dalam lautan sebelum pada Disember 2018.

Tiada gempa bumi besar berlaku sebelum kejadian.

Tetapi runtuhan tersebut cukup untuk mengalihkan air laut dan menghasilkan tsunami yang melanda kawasan sekitar Selat Sunda.

Lebih 430 orang terkorban.

Sebab itu, setiap kali Anak Krakatau aktif semula, kebimbangan terhadap tsunami itu wujud.

Adakah tsunami boleh berlaku lagi?

Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia tidak melihat tanda bahawa letusan ini akan menghasilkan tsunami seperti pada 2018.

Aktiviti semasa melibatkan lava dan abu, bukannya runtuhan besar gunung berapi ke dalam laut.

Apa Langkah Keselamatan Yang Diambil?

Pihak berkuasa masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan menguatkuasakan zon larangan 3 kilometer di sekitar kawah.

Kawasan pantai di Banten dan Lampung juga terus memantau keadaan dan mengekalkan kesiapsiagaan laluan pemindahan.

Orang ramai pula dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi dan tidak menyebarkan amaran tsunami yang belum disahkan.

Tidak semua letusan gunung berapi membawa risiko yang sama.

Tapi dalam kes Anak Krakatau, tsunami 2018 bukan berlaku kerana gempa bumi besar.

Ia berlaku kerana sebahagian gunung berapi runtuh ke dalam laut.

Jadi apabila pakar menilai risiko sesuatu letusan, mereka bukan sekadar melihat sama ada lava sedang keluar atau abu sedang naik.

Perubahan struktur gunung berapi, aktiviti seismik EN: Seismic activity Aktiviti seismik BM: Pergerakan atau gegaran dalam kerak bumi yang biasanya dikesan melalui gempa kecil atau getaran bawah tanah. dan keadaan di sekelilingnya perlu diambil kira.