💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud.
Sebanyak 52 peratus pekerja yang memilih untuk menarik diri daripada Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) merupakan golongan berpendapatan rendah
Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), 53 peratus yang menarik diri berasal dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, diikuti Johor (11%) dan Pulau Pinang (9%).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz, berkata keadaan ini membimbangkan kerana ramai pekerja berpendapatan rendah tidak mempunyai perlindungan lain.
Data Bank Negara Malaysia juga menunjukkan hanya 45.5 peratus rakyat Malaysia memiliki insurans hayat EN: Life insurance Insurans Hayat BM: Perlindungan kewangan yang memberikan bayaran kepada penerima manfaat apabila pemegang polisi meninggal dunia .
Sementara itu, kadar dalam kalangan B40 yang memilik insurans sama sekitar empat peratus.
Mohammed Azman menegaskan bahawa insurans swasta EN: Private insurance Insurans swasta BM: Perlindungan kewangan yang dibeli daripada syarikat insurans swasta untuk menampung risiko tertentu tidak boleh dianggap sebagai pengganti perlindungan sosial.
Menurutnya, pekerja sektor formal EN: Formal sector worker Pekerja sektor formal BM: Individu yang bekerja secara rasmi dengan majikan berdaftar, mempunyai kontrak atau rekod pekerjaan hanya dilindungi ketika bekerja dan dalam perjalanan pergi atau pulang dari tempat kerja, iaitu kira-kira 33 peratus daripada setahun.
Tambahnya, tempoh untuk menarik diri daripada skim itu berakhir pada 31 Ogos.
Bagaimanapun, mereka yang pernah menarik diri masih boleh menyertai semula, dengan hampir 10,000 pekerja dilaporkan telah berbuat demikian.
Kredit: The Star & Awani