💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Baru buka pada 1 November lepas, 118 Mall di kaki Menara Merdeka 118 sudah menjadi bualan di media sosial.

Di media sosial ramai yang melaporkan masalah lif, eskalator dan paip air di tandas.

Malah, seorang pengguna turut berkongsi video penghadang kedai yang belum siap tumbang ke laluan pejalan kaki, serta kebocoran air.

Ada juga dakwaan sebuah keluarga terperangkap dalam lif selama kira-kira 40 minit.

Pada hari pembukaan, 158 daripada lebih 300 kedai yang dirancang sudah beroperasi.

Penghadang kayu sebuah kedai yang belum siap tumbang ke laluan pejalan kaki di 118 Mall, dengan siling terbuka dan ruang kedai kosong di belakangnya
Kredit: _mathan

1. Kenapa buka kalau banyak kedai belum siap?

Setiap penyewa mengambil masa berbeza untuk menyiapkan kedai, daripada memasang lampu dan rak hingga menyusun barang.

Jadi, ada mall yang memilih untuk buka secara berperingkat.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata lebih banyak kedai dijangka dibuka dalam beberapa bulan akan datang.

2. Biasalah bangunan baru, betul ke?

Ada masalah yang hanya dikesan selepas bangunan mula digunakan, walaupun sistemnya sudah diuji. Dalam bahasa Inggeris, masalah awal seperti ini disebut sebagai teething problems atau sekadar satu hiccup EN: hiccup Gangguan kecil yang sementara dan biasanya mudah diperbaiki. "HI-kap" BM: gangguan kecil .

Namun, belum tentu itu punca insiden di 118 Mall. Kita juga tak boleh terus menyalahkan jumlah pengunjung atau capacity EN: capacity Jumlah maksimum yang boleh ditampung oleh sesuatu tempat atau sistem. "ka-PA-si-ti" BM: kapasiti, daya tampung bangunan tanpa hasil pemeriksaan.

Penghadang tumbang dan dakwaan terperangkap dalam lif perlu melalui scrutiny EN: scrutiny Pemeriksaan atau pemerhatian yang rapi dan teliti. "SKRU-ti-ni" BM: penelitian rapi yang betul, bukan dianggap perkara biasa hanya kerana mall itu baru dibuka.

3. Jadi, siapa kena uruskan?

Pengurusan perlu memastikan kawasan bermasalah dikawal, pengunjung dibantu dan perkembangan pembaikan dimaklumkan.

Siapa yang perlu membayar kos pembaikan pula bergantung pada punca kerosakan dan kontrak dengan pihak terlibat.

Bagi pengunjung, soalannya mudah: kemudahan mana yang boleh digunakan, dan ke mana nak minta bantuan kalau ada masalah?