💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud.

Pada 17 November, pemeriksaan rutin di Pangkalan Udara Subang menemukan dadah dalam lima bagasi dan sebuah kotak yang bakal dimuatkan ke dalam pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Susulan kejadian, lima pegawai TUDM ditahan.

Dua hari kemudian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan seorang juruterbang TUDM antara yang disyaki terlibat.

Beberapa bulan sebelum, dalam kes berasingan di Jakarta, dadah ditemui selepas pesawat mendarat.

Pada 29 Julai, sebuah penerbangan dari Kuala Lumpur tiba dengan kira-kira 170 penumpang.

Kastam Indonesia menahan pembantu juruterbangnya selepas menemui 70,114 pil ekstasi dalam bagasinya.

Lelaki warga Malaysia berusia 39 tahun itu dipercayai dijanjikan RM50,000 untuk membawa dadah tersebut ke Jakarta.

Kenapa juruterbang menjadi pilihan sindiket (syndicate)?

1. Apa peranan “keldai dadah”?

“Keldai dadah” ( courier EN: courier Orang yang menghantar atau membawa barang bagi pihak orang lain. "KUR-ri-er" BM: pembawa, penghantar barang ) ialah orang yang membawa dadah bagi pihak sindiket.

Dalam kes ini, menurut polis, suspek diarahkan membawa bagasinya ke sebuah hotel di Jakarta.

Anggota sindiket lain kemudian akan datang mengambilnya.

Pembahagian tugas ini membolehkan dalang ( mastermind EN: mastermind Orang yang merancang dan mengatur sesuatu operasi dari belakang tabir. "MAS-ter-maind" BM: dalang ) mengatur penghantaran dari jauh, sementara orang yang membawa bagasi berdepan risiko ditangkap.

2. Kenapa juruterbang?

Bagi juruterbang, perjalanan ke luar negara ialah sebahagian daripada rutin kerja.

Menurut Ketua Kastam Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Hengki, anak kapal dianggap sebagai pengembara berisiko rendah ( low-risk traveller EN: low-risk traveller Pengembara yang dinilai berisiko rendah oleh pihak berkuasa, jadi kurang berkemungkinan diperiksa secara rapi. "lo-RISK TRA-ve-ler" BM: pengembara berisiko rendah ) dan menggunakan laluan khas untuk kru.

Kepercayaan terhadap anak kapal inilah yang cuba diambil kesempatan ( exploit EN: exploit Mengambil kesempatan terhadap sesuatu keadaan atau seseorang untuk kepentingan sendiri. "eks-PLOIT" BM: mengambil kesempatan ) oleh sindiket, menurut kastam Indonesia.

Namun, bagasi kru tetap diperiksa. Hengki berkata standard pemeriksaan yang sama terpakai kepada kru dan penumpang.

3. Bagaimana ditangkap?

Ketika mengimbas bagasi juruterbang itu di Soekarno-Hatta, pegawai kastam terlihat imej yang mencurigakan.

Apabila bagasi dibuka, mereka menemui 14 bungkusan berisi 70,114 pil ekstasi dengan berat keseluruhan lebih 25 kilogram.

Pihak berkuasa turut melaporkan bahawa ujian air kencing suspek positif bagi metamfetamin, MDMA dan kokain.

Rampasan ( seizure EN: seizure Tindakan pihak berkuasa merampas barang yang menyalahi undang-undang. "SII-zyer" BM: rampasan ) itu kemudian membantu siasatan di Malaysia.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN, maklumat daripada pihak berkuasa Indonesia membantu polis Malaysia mengenal pasti pembekal, pengangkut dan individu yang menguruskan wang sindiket.

Tujuh warga Malaysia ditahan antara 20 Ogos hingga 6 September 2026.

Apa berlaku semasa pemeriksaan di KLIA?

Sebelum berlepas ke Jakarta, pembantu juruterbang itu dan bagasinya melalui pemeriksaan wajib di KLIA.

Menurut Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), pegawai tidak mengesan apa-apa yang mencurigakan ketika itu.

Selepas pesawat mendarat di Jakarta, imej pada imbasan sinar-X menarik perhatian pegawai kastam Indonesia.

Apabila bagasi itu dibuka, mereka menemui lebih 70,000 pil ekstasi.

Adakah suspek dibantu orang dalam?

Menurut Bukit Aman, siasatan tidak menemukan petunjuk bahawa kakitangan KLIA terlibat.

Polis percaya suspek bertindak sendirian ketika melalui pemeriksaan.

Susulan kes, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut membangkitkan soal keselamatan penumpang.

CAP menggesa syarikat penerbangan memperketat tapisan ketika mengambil juruterbang dan terus memantau risiko penyalahgunaan dadah sepanjang mereka berkhidmat.

Apa yang boleh kita pelajari daripada dua kes ini?

Dalam kes TUDM di Subang, pemeriksaan rutin menemukan dadah sebelum bagasi dimuatkan ke dalam pesawat.

Dalam kes penerbangan dari KLIA pula, dadah hanya ditemui selepas pesawat tiba di Jakarta.

Di sinilah pentingnya pemeriksaan di kedua-dua hujung perjalanan.

Apa yang terlepas di tempat berlepas masih boleh dikesan di destinasi.

Dalam kes Jakarta, penemuan itu juga memberi polis Malaysia petunjuk untuk menyiasat pihak yang disyaki mengatur penghantaran tersebut.