💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud.

Waze dah lama jadi teman ramai pemandu: cari jalan, elak kesesakan dan semak bila boleh sampai.

Kini, penjawat awam diarahkan berhenti menggunakannya serta-merta.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara pada 20 Oktober 2026, dan disampaikan melalui surat Ketua Setiausaha Negara bertarikh sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru orang ramai beralih kepada aplikasi tempatan seperti TuJu.

Kerajaan menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan maklumat dan data pergerakan pengguna.

Tapi bukankah Waze sudah dibeli Google pada 2013? Apa pula kaitannya dengan Israel?

1. Pemilik aplikasi tak semestinya pengawal data

Bayangkan sebuah rangkaian besar membeli syarikat tempatan.

Pemiliknya berubah, tetapi syarikat yang dibeli boleh terus beroperasi sebagai entiti undang-undang EN: entiti undang-undang Syarikat atau badan yang diiktiraf undang-undang sebagai 'orang' tersendiri, dengan hak dan tanggungjawabnya sendiri walaupun dimiliki pihak lain. BM: legal entity tersendiri.

Dalam kes Waze, dasar privasinya menamakan Waze Mobile Ltd. sebagai pengawal data EN: pengawal data Pihak yang menentukan tujuan dan cara data peribadi diproses — untuk apa maklumat pengguna dikumpulkan dan bagaimana ia digunakan. BM: data controller , iaitu syarikat yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel, dengan alamat di Tel Aviv.

Pengawal data ialah pihak yang menentukan tujuan dan cara data peribadi diproses.

Contohnya, untuk apa maklumat pengguna dikumpulkan dan bagaimana ia digunakan.

Sebab itu, dua soalan ini berbeza:

Siapa yang membeli Waze?

Google, pada 2013.

Siapa pengawal data yang dinamakan dalam dasar privasinya?

Waze Mobile Ltd., yang diperbadankan di Israel.

Maklumat ini disokong pengumuman pengambilalihan Waze dan dasar privasinya.

Menurut Jabatan Perdana Menteri, status Waze Mobile Ltd. sebagai pengawal data di bawah bidang kuasa EN: bidang kuasa Kuasa undang-undang sebuah negara atau mahkamah ke atas orang, syarikat atau hal tertentu. BM: jurisdiction Israel menjadi antara pertimbangan kerajaan membuat larangan tersebut.

2. Adakah ini bermaksud Israel boleh lihat data kita?

Status syarikat itu sahaja tidak membuktikan akses sedemikian.

Ada tiga perkara yang perlu dibezakan:

  • Pengawal data: pihak yang menentukan bagaimana data diproses.
  • Lokasi pelayan: tempat data disimpan atau diproses.
  • Akses pihak berkuasa: sama ada data diminta atau diserahkan melalui proses undang-undang.

Waze menyatakan data disimpan pada pelayan di seluruh dunia dan boleh diproses di luar negara tempat pengguna tinggal.

Dasarnya turut memperuntukkan pemprosesan data bagi memenuhi kewajipan undang-undang, termasuk permintaan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan.

Ini bukan bermaksud setiap kerajaan mempunyai akses automatik kepada data pengguna.

3. Kenapa data perjalanan dianggap sensitif?

Maklumat perjalanan bukan sekadar titik pada peta.

Jika dikumpulkan secara berulang, data lokasi boleh membantu menunjukkan corak: tempat seseorang selalu berada, waktu mereka bergerak dan laluan yang kerap digunakan.

Waze sendiri menjelaskan bahawa sesetengah cirinya menggunakan maklumat lokasi dan laluan yang terperinci daripada peranti pengguna.

Bagi penjawat awam yang mengendalikan urusan sensitif, corak pergerakan boleh menimbulkan kebimbangan keselamatan.

JPM menyatakan keputusan kerajaan bertujuan melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi rakyat daripada kemungkinan dieksploitasi.

4. Semua rakyat dilarang guna Waze?

Penjawat awam: diarahkan berhenti menggunakan Waze serta-merta.

Orang ramai: diseru berhenti menggunakan Waze dan beralih kepada alternatif tempatan.

5. Apa pula TuJu?

TuJu ialah aplikasi navigasi lebuh raya yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia bersama Prosignal Consortium Sdn. Bhd pada 2025.

Antara cirinya ialah navigasi, maklumat caj tol, keadaan trafik dan akses kepada kamera CCTV lebuh raya menggunakan data peta Google.

Tetapi menggunakan peta daripada penyedia yang sama tidak semestinya bermaksud kedua-dua aplikasi mengumpul, menyimpan dan berkongsi data dengan cara sama.

Untuk anda nilai sendiri, dasar privasi dan pelaksanaan teknikal setiap aplikasi perlu diperiksa.

Soalan yang berguna untuk pengguna ialah:

  • Aplikasi ini mengumpul data apa
  • Siapa yang kawal?
  • Dengan siapa data itu boleh dikongsi?