Bukan penerima STR pun masih boleh mendapat bantuan melalui SARA MADANI.

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR akan menerima RM100 sebanyak dua kali:

  • RM100 sebelum Aidilfitri.
  • RM100 sempena sambutan 70 tahun kemerdekaan negara.

Jumlah keseluruhannya ialah RM200, dengan sehingga 13 juta rakyat dijangka mendapat manfaat, termasuk golongan M40.

Bantuan ini diberikan pada dua waktu berbeza, jadi RM200 itu bukan bayaran bulanan.

Apa manfaatnya?

Ia memberi tambahan untuk pembelian keperluan, termasuk menjelang musim perayaan ketika perbelanjaan biasanya bertambah.