“Espresso” masih kekal top dalam playlist anda?

Hafal setiap bahagian “Please Please Please”, termasuk bila rentaknya berubah?

Persembahan Sabrina Carpenter pun sudah berulang kali anda tonton?

Sabrina ada gayanya sendiri, muzik pop berinspirasikan retro, lirik yang nakal dan selamba serta kebolehan menjadikan lagu putus cinta terasa seperti pengalaman sinis.

Kalau anda mahu tambah lagu baharu dalam playlist, lima penyanyi ini mungkin kena dengan selera anda.

1. Chappell Roan

Cuba dengar jika anda suka: Persona pentas Sabrina yang ceria dan berlebih-lebihan.

Kalau Sabrina suka mengusik, Chappell Roan pula memang gemar berdrama di atas pentas.

Album The Rise and Fall of a Midwest Princess (2023) penuh warna, daripada lagu pop yang meriah hingga balada dramatik.

Chappell turut memenangi anugerah Artis Baharu Terbaik di Grammy 2025.

Mula dengan: “Good Luck, Babe!”, “HOT TO GO!”, “Pink Pony Club”

2. Olivia Rodrigo

Cuba dengar jika anda suka: Lirik Sabrina yang tajam tentang cinta dan putus hubungan.

Olivia Rodrigo pandai menggambarkan perasaan ramai apabila putus cinta.

Album SOUR (2021) dan GUTS (2023) merupakan balada yang sedih diselangi pop rock lantang.

Mula dengan: “drivers license”, “good 4 u”, “vampire”

3. Tate McRae

Cuba dengar jika anda suka: Lagu Sabrina yang upbeat dan sesuai untuk menari.

Tate McRae bermula sebagai penari, dan pengaruh itu jelas dalam muziknya.

Lagunya mempunyai rentak yang kemas, vokal yang lembut dan korus yang mudah melekat.

Album Think Later (2023) dan So Close to What (2025) pula membawa nuansa pop awal 2000-an.

Mula dengan: “greedy”, “exes”, “It’s ok I’m ok”

4. Gracie Abrams

Cuba dengar jika anda suka: Lagu Sabrina yang lebih perlahan dan terbuka tentang perasaan.

Bukan semua peminat Sabrina datang untuk lagu yang rancak.

Jika anda suka sisi muziknya yang lebih tenang, cuba dengar Gracie Abrams.

Dengan vokal lembut, petikan gitar dan lirik yang penuh butiran kecil, lagunya terasa seperti membaca diari seseorang.

Album The Secret of Us (2024) melonjakkan namanya.

Mula dengan: “That’s So True”, “I Love You, I’m Sorry”, “Risk”

5. Reneé Rapp

Cuba dengar jika anda suka: Vokal kuat dan humor Sabrina.

Reneé Rapp berasal daripada dunia teater muzikal, jadi tidak hairanlah vokalnya bertenaga.

Lagunya menggabungkan balada penuh emosi dengan lirik yang lucu dan straighforward.

Dua sisi itu boleh didengar dalam album Snow Angel (2023) dan Bite Me (2025).

Mula dengan: “Snow Angel”, “Pretty Girls”, “Leave Me Alone”

Siapa masuk playlist anda selepas ini?

Mahukan persembahan penuh warna? Cuba Chappell. Lagu patah hati? Olivia. Lagu untuk menari? Tate.

Something yang lebih lembut? Gracie. Vokal yang besar? Reneé. Siapa yang anda nak dengar dulu?