💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud.

Cuba tengok label baju anda. Ada tulis polyester?

Daripada jersi bola sampai tudung, bahan ini memang biasa kita pakai. Ringan, cepat kering dan tak mudah berkedut.

Tapi tahu tak, poliester EN: poliester Kain sintetik yang dibuat daripada plastik PET, bahan yang sama digunakan untuk botol air mineral. "po-li-ES-ter" BM: polyester sebenarnya sejenis plastik? Apa jadi bila kita basuh dan buang baju ini?

1. Baju dan botol air boleh guna bahan sama

Poliester yang biasa digunakan untuk pakaian ialah PET, bahan yang turut digunakan untuk membuat botol air mineral.

Bezanya, untuk jadi kain, plastik ini diproses menjadi serat halus, kemudian dijadikan benang.

Sebab itu poliester dipanggil bahan sintetik, iaitu dihasilkan melalui proses kimia. Kapas pula berasal daripada tumbuhan.

Poliester juga membentuk 59% pengeluaran gentian dunia pada 2024. Lebih separuh!

2. Bila basuh baju, serat plastik boleh terlepas

Pakaian boleh melepaskan serat halus apabila dipakai, dibasuh atau dikeringkan. Proses ini dipanggil shedding.

Kalau bajunya poliester, serat itu ialah plastik. Serpihan plastik lebih kecil daripada 5 milimeter pula dikenali sebagai mikroplastik EN: mikroplastik Serpihan plastik yang lebih kecil daripada 5 milimeter, termasuk serat halus yang terlepas daripada pakaian sintetik. "mai-kro-PLAS-tik" BM: microplastic .

Serat ini boleh masuk ke dalam air basuhan atau terlepas ke udara.

Kajian di Lembah Klang pada 2020 turut menemui serat poliester, nilon dan akrilik dalam air buangan mesin basuh di rumah.

3. Lebih banyak mikroplastik, belum tentu lebih tinggi risiko

Satu kajian kecil University of Memphis membandingkan udara di sekeliling 10 sukarelawan ketika mereka memakai baju kapas dan baju yang mengandungi poliester.

Menurut laporan Earth.com, purata zarah mikroplastik dalam udara sekitar mereka 42% lebih tinggi pada hari memakai poliester.

Namun, lebih banyak mikroplastik dalam udara tak semestinya bermaksud lebih tinggi risiko penyakit.

Kajian kecil ini belum mengukur kesan terhadap kesihatan, jadi masih terlalu awal untuk kata baju poliester membahayakan si pemakai.

4. Buang baju tak bermaksud ia terus hilang

Poliester sukar terurai. Lama-kelamaan, ia boleh pecah menjadi serpihan lebih kecil.

Menurut data SWCorp, Malaysia menjana kira-kira 433,000 tan sisa fabrik pada 2021. Ini termasuk pelbagai jenis fabrik, bukan poliester sahaja.

Bila baju dibeli, dipakai beberapa kali kemudian dibuang, sisa pun bertambah.

Baju mungkin murah. Tapi sisanya boleh tinggal lama.

5. “Kitar semula” tak semestinya daripada baju lama

Nampak label recycled polyester? Jangan terus bayangkan baju lama bertukar jadi baju baharu.

Menurut angka oleh Textile Exchange, kira-kira 98% poliester kitar semula berasal daripada botol plastik.

Label itu juga tak bermaksud baju tersebut mudah dikitar semula selepas digunakan.

Dan ya, ia masih poliester yang boleh melepaskan serat plastik.

6. Jadi, kena buang semua baju poliester?

Tak perlu. Kalau masih elok, teruskan pakai. Membuangnya hanya menambah sisa.

Poliester ada kegunaannya: tahan lasak, cepat kering dan biasanya lebih mampu milik. Kita boleh mula dengan langkah kecil:

  • Pakai lebih lama. Baiki kerosakan kecil kalau boleh.
  • Basuh bila perlu. Ikut arahan pada label.
  • Semak bahan. Cotton blend pun boleh mengandungi poliester.
  • Semak pusat pengumpulan. Pastikan mereka menerima jenis dan keadaan baju anda.

Tak perlu tukar satu almari. Mulakan dengan menjaga baju yang dah ada.

Pada anda, siapa patut buat lebih banyak untuk kurangkan sisa pakaian: pengguna, jenama atau kerajaan?