💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud.
Ada orang minum kopi untuk mulakan pagi. Ada yang jadikannya teman kejar deadline. Ada juga sekadar nak lepak di kedai mamak.
Meski pun hampir setiap hari kita minum, macam mana kopi boleh bagi kesan dekat kita sebenarnya?
1. Kopi buat anda lebih berjaga, tapi tak menggantikan rehat
Dalam otak, ada bahan kimia bernama adenosina EN: Adenosine adenosina BM: Bahan kimia semula jadi dalam badan yang membantu mengawal rasa mengantuk. yang membantu mencetuskan rasa mengantuk.
Kafein menghalang reseptor adenosina buat sementara waktu, menyebabkan kita rasa lebih segar.
Namun, keperluan badan untuk berehat masih ada. Apabila kesan kafein berkurang, rasa mengantuk boleh kembali.
Maksudnya, kopi boleh bantu anda berjaga. Tapi hutang tidur tetap kena bayar dengan tidur mencukupi.
2. Kopi petang boleh terbawa sampai malam
Kafein mengambil masa untuk disingkirkan daripada badan.
Separuh hayatnya lazimnya sekitar lima hingga enam jam, tetapi tempoh ini berbeza mengikut individu.
Bayangkan anda minum kopi pukul 4 petang. Sekitar pukul 9 hingga 10 malam, kira-kira separuh kafein itu mungkin masih ada dalam badan.
Kesannya juga tak sama untuk semua orang. Ada yang susah tidur, ada rasa gelisah atau berdebar.
Kepekaan terhadap kafein dan kadar badan memprosesnya memang berbeza.
3. Lagi pahit tak semestinya lagi tinggi kafein
Kopi dark roast biasanya terasa lebih pahit dan mempunyai aroma sangai EN: Dry-roast sangai BM: Memasak bahan, seperti biji kopi, menggunakan haba kering tanpa minyak. yang kuat.
Tapi rasa itu bukan ukuran tepat kandungan kafein dalam minuman anda.
Jenis biji, jumlah kopi yang digunakan, cara bancuhan dan saiz hidangan semuanya memainkan peranan.
Perbandingan light roast EN: light rose Sangai ringan BM: Biji kopi yang disangai untuk tempoh lebih singkat, mengekalkan lebih banyak rasa asal dengan dark roast juga bergantung pada cara kopi disukat.
Satu shot espresso memang pekat. Namun, secawan besar kopi bancuhan biasa boleh mengandungi lebih banyak kafein secara keseluruhan.
Pekat di lidah tak semestinya lebih tinggi kafein.
4. Kopi tempatan ada cara sangrai sendiri
Rasa kopi tradisional di kopitiam bukan datang daripada biji kopi semata-mata.
Sesetengah pengeluar menyangrai biji bersama gula dan marjerin, menghasilkan rasa serta aroma yang tersendiri.
White coffee Ipoh pula dikaitkan dengan proses sangrai menggunakan marjerin tanpa gula tambahan ketika proses itu.
Namun, resipi boleh berbeza mengikut pengeluar.
5. Tengok apa yang masuk dalam cawan
Kopi hitam tanpa tambahan mengandungi sedikit kalori.
Tetapi apabila ditambah susu pekat manis, sirap, gula dan krim putar, minuman harian anda boleh jadi lebih dekat dengan pencuci mulut.
Kafein pun tetap perlu diambil kira.
Menurut FDA, 400 miligram sehari ialah jumlah yang secara umum tidak dikaitkan dengan kesan negatif bagi kebanyakan orang dewasa.
Namun, itu bukan sasaran yang perlu dicapai, dan tahap toleransi setiap orang berbeza.
Jumlah itu juga merangkumi kafein daripada teh, minuman tenaga dan sumber lain.
Jadi, bilangan cawan sahaja tak cukup untuk mengukur pengambilan anda.
Nak nikmati kopi, boleh. Cuma perhatikan berapa banyak, pukul berapa dan apa yang anda tambah.
Kalau setiap malam susah tidur, mungkin pesanan kopi petang itu yang perlu diubah.