💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud!
Ibu bapa yang hantar anak ke sekolah tidak sepatutnya perlu bimbang sama ada anak-anak selamat atau tidak.
Kes Irene Sofiya berlaku hampir setahun selepas seorang pelajar perempuan maut di sebuah sekolah, Bandar Utama pada Oktober tahun lalu.
Apakah langkah keselamatan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?
Bagaimana pula dan kita sebagai komuniti boleh memastikan anak-anak sentiasa berada dalam pengawasan sehingga pulang ke rumah?
Kelas Sekejap berkongsi perbincangan ini dengan guru, ibu tunggal dan wanita berkerjaya untuk mendengar pandangan mereka isu keselamatan di sekolah.
Perluasan CCTV Antara Langkah KPM
KPM sedang memperkukuh keselamatan sekolah melalui beberapa langkah, antaranya pemantauan, sokongan emosi murid dan kesiapsiagaan EN: preparedness kesiapsagaan BM: Keadaan bersedia untuk menghadapi sesuatu, terutama kecemasan. warga sekolah.
Ini termasuk pemasangan CCTV EN: CCTV rakaman litar tertutup BM: Sistem kamera yang digunakan untuk memantau dan merakam aktiviti di sesuatu kawasan. di sekolah berasrama secara berperingkat sejak 2025:
- RM3 juta untuk 200 sekolah berasrama (siap November 2025)
- RM5 juta tambahan untuk 333 lagi sekolah berasrama (fasa 2026)
Pada Januari lepas, KPM mendedahkan hasil audit keselamatan menunjukkan hanya 28.94% daripada 850 sekolah yang diaudit mempunyai CCTV yang berfungsi sepenuhnya.
Selain itu, seramai 523 guru bimbingan dan kaunseling baharu ditempatkan di sekolah.
Disertai 600 pembantu warden asrama dilantik sepenuh masa bagi memperkukuh pengawasan di asrama, terutama selepas waktu persekolahan.
Jangan Sekadar Prosedur Atas Kertas – Guru
Aina, 30, seorang guru yang kini berkhidmat di Selangor, berkata insiden yang menimpa pelajar perempuan baru-baru ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pendidik.
"Sebagai seorang guru, kejadian yang menimpa pelajar di sekolah turut mengubah persekitaran di sekolah.
"Sejujurnya, sebagai pendidik, kes-kes seperti ini memang membimbangkan. Saya sendiri rasa perlu sentiasa berwaspada terhadap keselamatan pelajar," katanya.
Jelasnya, keselamatan pelajar memerlukan kerjasama sekolah, ibu bapa dan pihak berkuasa.
Di peringkat KPM, prosedur perlu jelas, aduan diambil serius dan pemantauan disusuli tindakan segera.
Menurut Aina, mindset EN: mindset cara fikir BM: Cara seseorang melihat sesuatu yang mempengaruhi sikap dan tindakannya sesetengah ibu bapa wajar diubah dalam usaha membentuk tingkah laku anak muda ke arah positif juga bermula dengan didikan di rumah.
Apa Yang Sekolah, Ibu Bapa Boleh Buat?
Sekolah boleh memantau kawasan seperti tangga, stor, dewan dan laluan sunyi, termasuk waktu ia digunakan tanpa pengawasan.
Semakan perlu meliputi sepanjang hari, bukan waktu pagi sahaja, termasuk aktiviti petang dan waktu malam di asrama.
Hasilnya perlu diikuti tindakan: baiki lampu, hadkan akses ke stor, ubah laluan atau tambah rondaan.
Tetapkan siapa jaga murid selepas waktu sekolah
Bagi kelas tambahan, sukan atau kelab, tetapkan guru bertugas, senarai kehadiran, waktu tamat dan aturan murid pulang.
Sediakan ruang menunggu yang mudah dipantau dan prosedur menghubungi penjaga jika murid belum dijemput.
Pastikan aduan sampai kepada pihak berwajib
Murid perlu tahu siapa yang boleh ditemui apabila dibuli, diugut atau berasa tidak selamat.
Sediakan lebih daripada satu saluran supaya mereka ada pilihan.
Setiap aduan perlu direkodkan, dinilai dan disusuli, dan murid yang mengadu dilindungi daripada tindakan balas.

Pantau Penggunaan Internet Anak
Bagi Nur Shaida Azwa, 32, isu keselamatan kanak-kanak secara amnya membuatkan beliau risau akan keselamatan anak perempuan tunggalnya.
"Anak saya seorang perempuan," katanya, sambil mengingatkan ibu bapa supaya tidak memandang ringan pendedahan content manosphere EN: content manosphere kandungan benci perempuan BM: Kandungan menyebarkan pandangan yang merendahkan wanita di media sosial.
Justeru, beliau menekankan kepentingan ibu bapa memantau penggunaan internet anak-anak.
"Penggunaan internet tanpa kawalan dan pemantauan ibu bapa menjadikan internet tempat yang berbahaya.
"Ibu bapa perlu berhenti menjadi enabler EN: enabler Pihak yang membiarkan perbuatan salah BM: Orang yang memudahkan perbuatan salah berterusan kepada tingkah laku buruk anak, sebaliknya memikul tanggungjawab penuh terhadap kelakuan anak dan mengambil tindakan sepatutnya," katanya.

Apa Yang Ibu Bapa Boleh Tanya?
Melalui sekolah atau PIBG, ibu bapa boleh bertanya:
- Siapa memantau murid sebelum dan selepas kelas?
- Bagaimana murid melaporkan ancaman, dan siapa yang membuat tindakan susulan?
- Bila CCTV terakhir diuji, dan bagaimana kerosakan dibaiki?
- Apa prosedur jika murid cedera atau berlaku kecemasan?

Kanak-Kanak Golongan Paling Terdedah Kepada Keganasan
Menilai isu ini sebagai seorang wanita, Atiqah, 30, menekankan nilai empati dan rasa hormat perlu diterapkan kepada anak-anak daripada usia muda.
“ Social media EN: social media media sosial BM: Platform dalam talian untuk berkongsi kandungan dan berinteraksi dengan orang lain. menjadi tempat anak-anak terdedah kepada kandungan/tingkah laku bahaya tanpa kematangan untuk memproses perkara itu.
“Jadi, saya rasa usaha menjaga keselamatan anak-anak kita memerlukan tanggungjawab di setiap peringkat.
Kes Irene Sofiya memberi peringatan dekat kita, sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita.
CCTV memang membantu, tetapi tidak mampu menghulurkan protection. EN: protection perlindungan BM: Usaha menjaga seseorang atau sesuatu daripada bahaya atau kecederaan.
Sebab itu SOP yang jelas dan difahami semua warga sekolah sangat penting.
Tapi ingat, tanggungjawab ini bukan pada sekolah sahaja. Kita semua boleh bantu:
- Ajar anak-anak berani bersuara.
- Didik empati dari rumah, supaya mereka tahu menghormati orang lain.
- Jangan buat tak tahu kalau nampak sesuatu yang tak kena.
Setiap anak berhak ke sekolah dengan rasa selamat, dan pulang kembali kepada ibu bapa.
KPM menyediakan saluran aduan buli di aduanbuli.moe.gov.my, termasuk pilihan aduan tanpa nama.
Untuk kecemasan, hubungi 999 atau dapatkan bantuan segera di balai polis dan hospital berdekatan.