💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!
Nak ke luar negara tapi ada tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Semak dulu status anda.
Di bawah inisiatif Belanjawan 2026, sekatan perjalanan dilaksanakan secara bersasar. Bukan semua peminjam yang ada tunggakan akan disekat.
Ini lapan perkara yang perlu anda tahu.
1. Tunggakan lebih lima tahun & mampu bayar
Peminjam yang mempunyai tunggakan EN: Arrears Tunggakan BM: Bayaran yang sudah lewat tetapi masih belum dijelaskan. melebihi lima tahun, sedangkan mampu membayar balik pinjaman, termasuk dalam kriteria sekatan.
2. Ada penghakiman mahkamah
Sekatan EN: Restriction Sekatan BM: Had atau halangan yang dikenakan terhadap sesuatu tindakan. juga boleh dikenakan kepada peminjam yang telah direkodkan penghakiman mahkamah berkaitan pinjaman mereka.
3. Bekerja di luar negara tetapi gagal membayar
Peminjam yang bekerja di luar negara tetapi gagal membuat bayaran balik turut termasuk dalam kriteria rasmi.
Ketiga-tiga kriteria ini tidak perlu berlaku serentak untuk sekatan dikenakan.
4. Sudah mula bayar, tunggakan lama masih ada
Jika anda mula membayar lewat daripada jadual, ansuran EN: Instalment Ansuran BM: Bayaran sebahagian daripada jumlah hutang yang dibuat secara berkala. yang terlepas sebelum itu masih boleh direkodkan sebagai tunggakan.
5. Bayar setiap bulan pun boleh tertunggak
Contohnya, ansuran anda RM200 tetapi anda hanya membayar RM100. Baki RM100 itu akan terkumpul sebagai tunggakan.
6. Jadual tamat bukan bermaksud hutang selesai
Walaupun tempoh bayaran balik sudah berakhir, baki pinjaman yang belum dijelaskan masih perlu dibayar.
7. Terlepas notis bukan sebab automatik disekat
Namun, anda mungkin terlepas maklumat penting tentang akaun. Pastikan maklumat hubungan dikemas kini dan semak penyata secara berkala.
Perkara 4 hingga 7 menjelaskan bagaimana tunggakan boleh berlaku atau terlepas pandang. Kriteria rasmi sekatan ialah tiga perkara pertama tadi.
8. Semak sebelum berlepas
Semak status sekatan melalui portal Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) (https://sspi.imi.gov.my/sspi/).
Jika tidak mampu menjelaskan tunggakan sepenuhnya, berunding dengan PTPTN melalui aplikasi myPTPTN.
PTPTN menasihatkan rundingan dibuat sekurang-kurangnya lima hari sebelum perjalanan.
Jangan tunggu sampai di lapangan terbang baru nak semak!