💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Nak renew pasport sebelum bercuti? Sekarang anda boleh pilih tempoh lima atau 10 tahun melalui MyOnline Passport.

Mulai 2 November 2026, kemudahan pembaharuan dalam talian diperluas kepada pasport 10 tahun. Bagi pemohon biasa berumur 18 hingga 59 tahun, harganya RM350, berbanding RM200 untuk lima tahun.

Sekali tengok, 10 tahun nampak lebih berbaloi. Tempoh dua kali ganda, tetapi harga bukan dua kali ganda.

Namun, bukan semua kategori layak. Baki sah laku EN: sah laku Tempoh sesuatu dokumen seperti pasport masih sah dan boleh digunakan, sehingga tarikh luputnya. "VA-li-di-ti" dalam bahasa Inggeris. BM: validity pasport lama juga mungkin tidak dibawa ke pasport baharu, dan permohonan online masih memerlukan anda hadir untuk mengambilnya.

Ini tujuh perkara yang anda perlu tahu sebelum klik “renew”.

1 · Renew online, tetapi masih kena ambil sendiri

MyOnline Passport ialah kemudahan pembaharuan, bukan permohonan pasport kali pertama.

Bagi pemohon dewasa, pasport yang siap perlu diambil sendiri dengan membawa MyKad, pasport semasa dan cetakan resit bayaran.

Pasport semasa juga mesti masih dalam simpanan dan berada dalam keadaan baik. Kalau hilang atau rosak, urusan perlu dibuat di kaunter. Kategori tertentu, termasuk OKU, pelajar ijazah di luar negara dan jemaah haji, turut diarahkan memohon di kaunter.

Jadi, online memudahkan permohonan, tetapi bukan bermaksud seluruh proses boleh diselesaikan dari rumah.

2 · Jimat RM50, tetapi kena bayar RM150 lebih sekarang

Bagi pemohon biasa berumur 18 hingga 59 tahun, pasport lima tahun berharga RM200, manakala pasport 10 tahun berharga RM350.

Jika dibahagikan mengikut tempoh, kosnya ialah RM40 setahun untuk pasport lima tahun dan RM35 setahun untuk pasport 10 tahun.

Kiraan mudahnya: dua pasport lima tahun berharga RM400. Satu pasport 10 tahun pula RM350. Jadi, bezanya RM50, selain mengurangkan satu urusan pembaharuan.

Namun, kiraan ini mengandaikan kadar fi dan kategori pemohon kekal sama. Ia tidak mengambil kira baki sah laku yang boleh dipindahkan atau keperluan mengganti pasport lebih awal.

Persoalannya: adakah anda sanggup membayar RM150 lebih sekarang untuk kemudahan jangka panjang?

3 · Bukan semua kategori layak untuk 10 tahun

Pilihan 10 tahun tersedia kepada pemohon dewasa yang layak. Pemohon bawah 18 tahun pula kekal dengan pasport lima tahun.

Dalam jadual fi EN: fi Bayaran rasmi yang dikenakan untuk sesuatu perkhidmatan atau dokumen kerajaan. Sebut "fii". BM: fee Imigresen, kategori pelajar bawah 21 tahun yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di luar negara serta kategori jemaah haji juga disenaraikan untuk pasport lima tahun sahaja.

Bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas, bayarannya ialah RM175 untuk 10 tahun, berbanding RM100 untuk lima tahun. Pemegang Kad OKU berumur 18 tahun ke atas pula layak mendapat pasport 10 tahun secara percuma.

Namun, layak mendapat pasport 10 tahun tidak semestinya bermaksud layak memohon online. Semak kategori dan kaedah permohonan anda terlebih dahulu.

4 · Baki pasport lama tak dibawa ke pasport 10 tahun

Katakan pasport anda masih berbaki empat bulan.

Jika memilih pembaharuan 10 tahun, pasport baharu akan sah tepat 10 tahun. Baki empat bulan tadi tidak ditambah.

Bagi pembaharuan lima tahun, baki sehingga enam bulan masih boleh dibawa ke hadapan, tertakluk pada syarat. Tempoh pasport baharu boleh menjadi sehingga lima tahun enam bulan.

Perbezaan ini diperjelas pada Ogos lalu selepas beberapa pemegang pasport dengan tempoh melebihi 10 tahun menghadapi masalah ketika daftar masuk dengan syarikat penerbangan tertentu.

Imigresen kemudian mengesahkan pilihan 10 tahun diteruskan, tetapi tambahan tempoh melebihi had itu dihentikan. Penggantian percuma turut ditawarkan kepada pemegang pasport 10 tahun enam bulan yang terlibat.

Masalah tersebut melibatkan tempoh melebihi 10 tahun, bukannya semua pasport 10 tahun.

5 · Hilang atau rosak? Kos gantian lebih tinggi

Bagi pemohon berumur 18 hingga 59 tahun, gantian kali pertama untuk pasport 10 tahun yang masih sah tetapi hilang atau rosak berharga RM550.

Bayaran meningkat kepada RM850 untuk gantian kali kedua dan RM1,350 bagi kali ketiga dan seterusnya.

Sebagai perbandingan, gantian kali pertama untuk pasport lima tahun ialah RM400. Semua angka ini ialah jumlah bayaran gantian dalam jadual Imigresen, bukan caj tambahan yang perlu dicampurkan sekali lagi dengan harga pasport biasa.

Tak semestinya pasport 10 tahun lebih mudah hilang. Namun, jika kehilangan atau kerosakan berlaku, kos gantiannya lebih tinggi.

6 · Pasport lama masih sah? Tak perlu tukar kerana reka bentuk baharu

Pasport baharu diperkenalkan pada 1 Julai 2026, tetapi versi lama tidak terus menjadi tidak sah.

Imigresen mengingatkan bahawa pasport versi lama yang masih mempunyai lebih enam bulan sah laku boleh terus digunakan untuk perjalanan, tertakluk pada syarat destinasi.

Jadi, semak keperluan perjalanan dahulu. Tak perlu tergesa-gesa menukar pasport semata-mata untuk mendapatkan reka bentuk terkini.

7 · “Belum luput” tak semestinya cukup untuk perjalanan

Jangan tengok tarikh luput sahaja. Semak juga baki sah laku yang diperlukan oleh negara destinasi dan negara transit.

Syarat enam bulan sering digunakan sebagai panduan, tetapi ia bukan peraturan yang seragam untuk semua negara. Tempoh yang diperlukan serta cara pengiraannya boleh berbeza.

Sebelum membeli tiket, semak syarat rasmi destinasi dan syarikat penerbangan. Pasport 10 tahun pun masih perlu diperiksa apabila menghampiri penghujung tempohnya.

Jadi, siapa patut pilih 10 tahun?

Jika anda mahu pasport kekal aktif untuk perjalanan jangka panjang, pilihan 10 tahun boleh memudahkan urusan. Anda tidak perlu kerap melancong untuk mendapat manfaatnya. Perjalanan sekali-sekala atas urusan keluarga, kerja atau percutian pun mungkin menjadikan tempoh panjang itu berguna.

Jika mahu mengehadkan belanja sekarang, pasport lima tahun memerlukan bayaran awal RM150 lebih rendah. Ia juga mungkin memadai jika anda hanya mempunyai satu perjalanan yang dirancang dan belum pasti akan ke luar negara lagi selepas itu.

Baki pasport lama juga wajar diambil kira. Memilih lima tahun membolehkan baki sehingga enam bulan dibawa ke hadapan, tertakluk pada syarat. Namun, baki itu sahaja tidak semestinya menjadikan lima tahun pilihan terbaik untuk semua orang.

Bagi yang bakal berumur 60 tahun, buat kiraan berasingan. Anda mungkin layak mendapat kadar warga emas ketika pembaharuan seterusnya, jadi perbandingan penjimatan RM50 tadi mungkin tidak terpakai.

Pasport 10 tahun menawarkan purata kos lebih rendah dan kurang urusan pembaharuan. Pasport lima tahun pula menawarkan bayaran awal lebih rendah. Pilih berdasarkan bajet dan rancangan perjalanan, bukan harga setahun sahaja.

Maklumat disemak pada 3 November 2026. Rujuk Jabatan Imigresen Malaysia untuk syarat dan kadar fi semasa.