💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud!
Beberapa pengguna media sosial mengimbau tujuan buka “buku pink” EN: Maternal health record book buku pink BM: Buku rekod kesihatan ibu yang digunakan untuk mencatat pemeriksaan sekarang kini mengingatkan mereka kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Buku itu mungkin kelihatan seperti sebahagian daripada rutin biasa seorang bakal ibu.
Namun, di sebaliknya ada perjalanan panjang usaha membawa penjagaan kesihatan kepada ibu dan anak, termasuk sumbangan Dr Hasmah ketika berkhidmat di Kedah.
Sebelum dikenali sebagai Ibu Negara dan isteri perdana menteri, beliau sudah merawat pesakit, mendidik masyarakat tentang kesihatan dan melatih bidan di kampung.
Selepas pemergiannya pada 28 September lalu di usia 100 tahun, kisah beliau sebagai seorang doktor mula dikongsi penduduk Malaysia.
Ketika berusia 90-an, beliau pernah menjelaskan bahawa “Siti” sebenarnya bukan sebahagian daripada namanya.
“Saya cuma Dr Hasmah,” katanya.
1. Pada mulanya, beliau mahu menjadi wartawan

Perubatan bukan cita-cita pertama Hasmah. Ketika muda, beliau mahu menjadi wartawan.
Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, sebagai anak keenam daripada sepuluh beradik.
Persekolahannya terganggu ketika pendudukan Jepun.
Selepas perang berakhir, beliau menyambung pelajaran dan akhirnya memilih bidang perubatan.
Pada 1947, Hasmah memasuki Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura.
Hasmah satu-satunya wanita Melayu dalam pengambilan tahun tersebut.
Selepas lapan tahun belajar, beliau tamat pengajian pada Jun 1955, dua tahun sebelum Merdeka, menjadi antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini.
Pada 1956, beliau berkahwin dengan Dr Mahathir dan berpindah ke Kedah dan bertugas di Hospital Alor Setar.
Pengalaman di Kedah banyak membentuk pendekatan Allahyarhamah sebagai seorang doktor.
2. Membawa rawatan kepada ibu & anak di kampung
Di Kedah, Dr Hasmah melihat ramai ibu dan anak yang belum mendapat penjagaan kesihatan secukupnya.
Ada ibu yang melalui kehamilan dan bersalin tanpa pemeriksaan berkala.
Ada keluarga yang tinggal jauh dari hospital atau berdepan masalah kewangan.
Pengetahuan tentang penjagaan bayi pula masih terhad dan banyak dipengaruhi pantang larang serta amalan turun-temurun.
Kanak-kanak turut jatuh sakit akibat penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi atau dirawat jika dikesan lebih awal.
Dr Hasmah dan pasukannya turun ke kampung untuk membantu keluarga di daerah yang dilawati.
Mereka membawa rawatan, memberikan vaksin dan berkongsi maklumat kesihatan.
Sebagai seorang doktor, beliau rajin untuk menerangkan penjagaan semasa hamil, selepas bersalin dan penjagaan bayi.
Selain itu, pendidikan tentang perancangan keluarga, pemakanan serta pencegahan penyakit juga menjadi sebahagian daripada usaha mereka.
3. Pemeriksaan kehamilan yang biasa hari ini pernah sukar dicapai
Hari ini, ramai ibu mengenali “buku pink”, buku rekod kesihatan yang dibawa setiap kali pemeriksaan kehamilan.
Perkembangan kehamilan dan kesihatan ibu dicatat untuk membantu petugas kesihatan memantau keadaan mereka.
Ketika Dr Hasmah bertugas di Kedah, ramai ibu belum mendapat pemeriksaan berkala seperti yang biasa dilakukan hari ini.
Usaha beliau dan pasukannya membantu lebih banyak keluarga memahami pentingnya penjagaan sejak hamil, selepas bersalin hingga bayi membesar.
4. Legasi kerjasama bidan kampung

Bagi ramai ibu di luar bandar, bidan kampung EN: Traditional birth attendant bidan kampung BM: Individu dalam komuniti yang membantu ibu semasa bersalin dan selepas kelahiran menggunakan amalan tradisional. ialah orang yang mereka sudah lama kenal dan dipercayai.
Dr Hasmah memahami perkara itu dan menyokong latihan untuk bidan kampung supaya mereka dapat menjaga ibu dan bayi dengan lebih selamat.
Melalui kerjasama ini, penjagaan yang lebih baik dapat sampai kepada keluarga yang masih sukar mendapatkan perkhidmatan hospital atau klinik.
5. Daripada merawat kepada memimpin
Semakin lama berkhidmat, semakin besar tanggungjawab yang dipikul Dr Hasmah.
Menurut rekod UiTM, pada 1963 beliau menjadi wanita pertama menyandang jawatan Pegawai Perubatan Kedah Utara.
Setahun kemudian, beliau memangku jawatan Penguasa Perubatan Hospital Besar Alor Setar.
Pada 1965, beliau dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak di Pejabat Kesihatan Kedah Utara.
Antara 1968 hingga 1974, beliau juga berkhidmat sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Kubang Pasu dan Langkawi, sambil menjadi Pengetua Sekolah Latihan Luar Bandar di Jitra.
Pada 1974, beliau menyandang jawatan Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri Kedah, sebelum berkhidmat di Institut Kesihatan Umum di Kuala Lumpur mulai November tahun itu.

6. Kerjaya beri kekuatan
Usaha meningkatkan kesihatan ibu dan anak melibatkan ramai pihak, daripada petugas kesihatan EN: healthcare worker petugas kesihatan BM: Individu yang terlibat dalam memberikan rawatan, penjagaan atau perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. hingga keluarga yang mendapatkan rawatan.
Dr Hasmah turut membantu memastikan perkhidmatan itu sampai kepada masyarakat yang memerlukannya.
Bagi beliau, kepuasan bekerja datang apabila melihat sendiri perubahan pada pesakit.
Dalam temu bual dengan UNICEF Malaysia, beliau mengenang saat wajah seorang kanak-kanak yang kebiruan kembali kemerah-merahan selepas dirawat, serta reaksi ibunya melihat perubahan itu.
Melihat anak kembali pulih dan ibunya berasa lega menjadikan segala usaha itu lebih bermakna.
7. Selepas bersara, perjuangan kesihatan tidak terhenti
Dr Hasmah bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada 1979.
Beliau kemudian mengajar secara sambilan dalam bidang perubatan sosial di Fakulti Pergigian Universiti Malaya sehingga 1981.
Apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun itu, beliau mendapat ruang yang lebih luas untuk menyuarakan isu yang dekat dengan pengalaman
Beliau terus aktif dalam usaha berkaitan kesihatan wanita, perancangan keluarga, celik huruf, pencegahan penyalahgunaan dadah dan kesihatan mental.
Pada 1992, beliau menghadiri sidang kemuncak mengenai kemajuan ekonomi wanita luar bandar di Geneva, sebelum mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Dunia Keempat mengenai Wanita pada 1995.
8. Pada usia 90 tahun, mengingatkan ibu bapa tentang vaksinasi
Pada usia 90 tahun, Dr Hasmah masih mengajak ibu bapa melindungi anak melalui vaksinasi EN: vaccination vaksinasi BM: Proses pemberian vaksin untuk membantu tubuh membina perlindungan terhadap penyakit tertentu. menerusi video kempen Immunise4Life.
Nasihat yang pernah disampaikan kepada ibu-ibu di Kedah dahulu terus dikongsikan kepada generasi baharu.
Banyak pencapaian besar boleh disebut apabila mengenang Dr Hasmah.
Beliau antara doktor wanita Melayu terawal dan pernah memegang jawatan yang belum pernah disandang wanita sebelumnya.
Ramai akan terus mengenangnya sebagai Ibu Negara.
Tetapi, memori Tun Hasmah sebagai doktor yang rajin turun ke kampung untuk membantu pasti diingati buat semua yang pernah merasai khidmat beliau.