💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud dalam English dan cara sebut. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Dapat offer kerja memang melegakan. Tapi sebelum terus terima, ada satu perkara yang ramai pencari kerja masih teragak-agak untuk buat…

iaitu salary negotiation — dalam BM, runding gaji EN: negotiate Berbincang untuk mencapai persetujuan, contohnya tentang gaji. /nɪˈɡəʊ.ʃi.eɪt/ — "ni-GO-shi-eyt" BM: berunding .

Ramai fikir salary negotiation hanya untuk pekerja yang sudah berpengalaman. Sebenarnya, fresh graduate pun boleh cuba runding gaji, asalkan tahu caranya. Ini 5 perkara yang anda patut tahu.

1 · Jangan Terus Beri Angka Paling Rendah

Bila HR tanya, "Berapa expected salary?", jangan terus berikan angka paling rendah yang anda sanggup terima.

Sebaliknya, berikan salary range EN: salary range Julat gaji dari angka terendah hingga tertinggi yang anda sasarkan. /reɪndʒ/ — "reynj" BM: julat gaji berdasarkan pengalaman, kemahiran, skop kerja dan kadar pasaran EN: market rate Kadar gaji biasa yang dibayar untuk jawatan sama dalam industri. "MAR-kit reyt" BM: kadar pasaran .

2 · Bukan Tentang Gaji Sahaja

Kalau basic salary tidak boleh dinaikkan, masih ada perkara lain yang boleh dibincangkan — bonus, elaun, cuti, medical benefits EN: benefits Faedah pekerjaan selain gaji — insurans, cuti, elaun dan sebagainya. /ˈben.ɪ.fɪts/ — "BEN-e-fits" BM: faedah pekerjaan , flexible working arrangement, atau peluang untuk salary review selepas beberapa bulan.

Kadangkala, pakej pekerjaan secara keseluruhan lebih bernilai daripada basic salary sahaja.

3 · Jangan Guna Komitmen Peribadi Sebagai Alasan

Komitmen kewangan memang berbeza bagi setiap orang. Tetapi dalam salary negotiation, lebih baik fokus kepada nilai yang anda bawa kepada syarikat.

Kemahiran khusus, pengalaman, portfolio atau pencapaian yang relevan boleh menjadi alasan lebih kuat untuk meminta gaji lebih baik.

4 · Timing Sangat Penting

Salah satu masa yang sesuai ialah selepas menerima job offer EN: job offer Tawaran rasmi daripada syarikat untuk mengambil anda bekerja. /ˈɒf.ər/ — "OF-fer" BM: tawaran kerja , apabila syarikat sudah menunjukkan bahawa mereka mahu mengambil anda.

Pada ketika ini, anda mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk berbincang berbanding ketika masih di peringkat permohonan kerja.

5 · Jangan Takut Untuk Bertanya

Salary negotiation bukan bermaksud anda tamak. Ia adalah perbincangan profesional tentang nilai kerja, tanggungjawab dan keseluruhan pakej pekerjaan.

Kalau anda tidak bertanya, anda mungkin tidak akan tahu sama ada terdapat ruang untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik.

Jadi, sebelum menerima sesuatu offer, buat sedikit research, fahami nilai anda dan jangan takut untuk bertanya.