Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menasihatkan orang ramai supaya tidak tergesa-gesa menukar MyKad kepada versi generasi baharu.

Ini kerana MyKad sedia ada masih sah dan boleh digunakan seperti biasa.

Bagi yang mahu menukar, terdapat 40 cawangan JPN terpilih dengan kemudahan cetakan yang membolehkan MyKad baharu diperoleh pada hari sama, termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Ini senarai cawangan mengikut negeri dan wilayah:

Kuala Lumpur

  • UTC Keramat
  • UTC Kuala Lumpur
  • UTC Sentul
  • JPN Kuala Lumpur

Putrajaya

  • JPN Putrajaya

Selangor

  • UTC Selangor
  • JPN Selangor
  • JPN Petaling Jaya

Negeri Sembilan

  • UTC Negeri Sembilan

Melaka

  • JPN Melaka
  • UTC Melaka

Johor

  • UTC Pasir Gudang
  • UTC Johor
  • JPN Johor

Pahang

  • JPN Pahang
  • UTC Pahang

Perak

  • UTC Perak
  • JPN Perak

Pulau Pinang

  • JPN Seberang Perai Utara
  • UTC Seberang Perai
  • UTC Pulau Pinang
  • JPN Pulau Pinang

Kedah

  • UTC Kedah
  • JPN Kedah
  • UTC Sungai Petani

Perlis

  • UTC Perlis

Kelantan

  • JPN Kelantan
  • UTC Kelantan

Terengganu

  • UTC Terengganu
  • JPN Terengganu
  • JPN Dungun

Sarawak

  • UTC Sibu
  • UTC Miri
  • JPN Sarawak
  • UTC Sarawak

Labuan

  • JPN Labuan

Sabah

  • UTC Keningau
  • UTC Sabah
  • JPN Tawau
  • JPN Sandakan

Bagaimana pula dengan cawangan lain?

Anda masih boleh memohon MyKad generasi baharu di cawangan JPN tanpa kemudahan cetakan.

Namun, anda perlu menunggu lima hari bekerja sebelum mengambilnya.