💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!


Nak siapkan resume, tetapi gambar yang ada cuma selfie EN: selfie swafoto BM: Gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon atau kamera. dengan latar belakang bilik?

Anda boleh cuba gunakan ChatGPT untuk mengemaskan foto tersebut.

Muat naik gambar sendiri, kemudian tulis arahan tentang perubahan yang anda mahu. ChatGPT boleh menyunting gambar berdasarkan arahan itu.

Arahan ini dipanggil prompt. EN: prompt arahan BM: Arahan atau soalan yang diberikan kepada AI untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Tak perlu ayat rumit atau tulis dalam English. Yang penting, jelaskan rupa gambar anda mahukan dan perkara yang perlu dikekalkan.

1. Pilih gambar asal yang jelas

Mulakan dengan gambar yang menunjukkan wajah anda dengan jelas.

Sebaiknya, pilih gambar yang:

  • Diambil dari hadapan, dengan kamera pada paras mata.
  • Mempunyai pencahayaan yang cukup.
  • Menunjukkan kepala dan bahu.
  • Tidak menggunakan penapis kecantikan.
  • Tidak menutup wajah dengan aksesori.

Anda juga boleh ambil gambar baharu menggunakan telefon. Berdiri menghadap tingkap untuk mendapatkan cahaya semula jadi.

2. Muat naik gambar dan salin prompt ini

Buka ChatGPT, lampirkan gambar anda dan hantar arahan berikut:

Sunting gambar yang saya muat naik menjadi foto profesional untuk resume. Kekalkan identiti dan ciri wajah asal saya, termasuk bentuk muka, warna kulit, mata, hidung dan senyuman.

Tukar latar belakang kepada kelabu muda yang polos. Kemaskan pencahayaan supaya wajah jelas dan nampak semula jadi. Gunakan potongan gambar dari kepala hingga dada, dengan ruang sedikit di atas kepala.

Kekalkan pakaian asal saya. Jangan ubah umur, bentuk badan, gaya rambut atau tudung. Elakkan kulit yang terlalu licin dan kesan penapis kecantikan. Saya mahu hasil yang kemas, realistik dan masih menyerupai diri saya.

Kenapa prompt ini lebih jelas? Ia menyatakan tujuan gambar, perubahan yang dimahukan dan ciri yang perlu dikekalkan.

Arahan “buat gambar nampak profesional” sahaja memberi lebih banyak ruang kepada AI untuk membuat pilihan sendiri.

3. Nak ubah pakaian? Tambah arahan khusus

Jika mahu mencuba penampilan dengan blazer EN: blazer jaket formal BM: Jaket bergaya formal yang boleh dipakai bersama seluar atau skirt, tanpa perlu menjadi satu set sut. , tambah ayat ini:

Tukar pakaian kepada blazer biru gelap dengan baju polos di bahagian dalam. Pastikan pakaian nampak semula jadi dan sesuai dengan posisi badan asal. Kekalkan semua ciri wajah saya.

Jika anda bertudung, boleh tambah:

Kekalkan tudung asal saya, termasuk warna dan cara pemakaiannya.

Anda juga boleh kekalkan pakaian yang sudah kemas dalam gambar asal dan hanya menukar latar belakang serta pencahayaan.

4. Kalau hasil kurang sesuai, minta satu perubahan dahulu

Contohnya, jika wajah nampak terlalu licin:

Kurangkan kesan kulit licin. Kembalikan tekstur kulit yang semula jadi dan kekalkan bahagian lain seperti sekarang.

Jika latar belakang terlalu gelap:

Tukar latar belakang kepada kelabu yang lebih cerah. Kekalkan wajah, pakaian dan pencahayaan yang lain.

Arahan yang khusus membantu menjelaskan bahagian yang perlu diubah. OpenAI turut menyarankan supaya pengguna menyatakan perkara yang perlu kekal apabila meminta suntingan tertentu.

5. Semak sebelum masukkan dalam resume

Bandingkan hasil suntingan dengan gambar asal.

Adakah bentuk mata, hidung dan muka masih sama? Adakah warna kulit tepat?

Periksa juga bahagian rambut, tudung, kolar dan bahu untuk melihat jika ada bentuk yang pelik.

Arahan mengekalkan wajah tidak menjamin hasilnya akan sama sepenuhnya.

Jika wajah berubah ketara, gunakan gambar asal atau ambil foto baharu.

Matlamatnya ialah menghasilkan foto anda yang lebih kemas dan masih mudah dikenali apabila hadir ke temu duga.

Satu lagi perkara: foto bukan wajib untuk setiap resume.

Semak arahan permohonan kerja dahulu.

Jika anda memilih untuk menyertakannya, gunakan gambar yang jelas, terkini dan sesuai.