💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!
Lembut, comel, berbau wangi. Datang dalam bentuk ladu, roti, kucing, aiskrim.
Squishy kini dijual di platform dalam talian, kedai RM5 dan gerai depan pagar sekolah.
Tapi di sebalik trend ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyita 5,801 unit squishy bernilai RM70,428 dalam operasi khas seluruh negara.
Operasi dari 1 hingga 14 Oktober 2026 itu memeriksa sebanyak 1,845 premis diperiksa dan 15 kes dibuka.
Sebabnya? Mainan dijual gagal mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan, atau tanda MC.
Jadi jawapannya mudah: beli yang ada tanda MC, kan?
Lepas Bahan Kimia Tahap Tinggi
Pada Ogos 2018, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Denmark (Danish EPA) menguji 12 squishy selepas menerima aduan tentang bau yang kuat.
Hasilnya, kesemua 12 sampel melepaskan bahan kimia berbahaya pada tahap tinggi, termasuk dimethylformamide (DMF), styrene EN: styrene Sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik dan busa. Wapnya boleh merengsakan mata dan saluran pernafasan. "STAI-rin" BM: stirena dan toluene EN: toluene Bahan kimia pelarut yang digunakan dalam cat, gam dan proses pembuatan plastik. "TOL-yu-in" BM: toluena .
Susulan itu, kerajaan Denmark kemudian mengarahkan squishy yang terlibat ditarik balik daripada jualan.
Di Sweden, ujian pada 2018 terhadap 21 squishy daripada 13 syarikat turut menemukan risiko.
Laporan menunjukkan semua sampel melepaskan bahan kimia meruap pada paras yang boleh merengsakan mata dan saluran pernafasan.
Pada 2026, squishy kembali popular di media sosial, termasuk TikTok, dengan mainan seperti NeeDoh dan squishy berbentuk ladu menjadi perhatian.
Bersama populariti itu, pasaran dibanjiri barang tiruan ( counterfeit EN: counterfeit Barang tiruan yang dibuat menyerupai produk asli berjenama. "KAUN-ter-fit" BM: barang tiruan ).
Pada 25 Jun 2026, Pejabat Keselamatan dan Standard Produk UK (OPSS) mengeluarkan arahan tarik balik untuk "Squeezy Dumplings".
Kenapa Squishy Boleh "Bernafas" Keluar Bahan Kimia?
Kebanyakan squishy jenis slow-rising EN: slow-rising Jenis squishy yang kembali ke bentuk asal secara perlahan-lahan selepas dipicit. "SLOH-raiz-ing" BM: kembang perlahan dibuat daripada polyurethane foam EN: polyurethane foam Busa lembut yang terhasil daripada tindak balas kimia, digunakan untuk membuat squishy, span dan tilam. "po-li-YUU-ri-thein fohm" BM: busa poliuretana .
Bahan ini terhasil melalui tindak balas kimia di kilang.
Sisa bahan kimia daripada proses pembuatan boleh perlahan-lahan meruap ke udara, terutama ketika mainan baru dibuka. Proses ini dipanggil off-gassing EN: off-gassing Proses bahan kimia meruap keluar ke udara daripada barang baharu, terutama ketika baru dibuka. "OF-gas-sing" BM: pelepasan gas .
Ini penting kerana kanak-kanak bukan sekadar memicit squishy.
Ada yang mencium, memeluk dan tidur bersama squishy toys menjadikan jarak mainan ke muka serta tempoh pendedahan penting dalam penilaian keselamatan.
Tahukah anda? Pelepasan bahan kimia paling tinggi ketika squishy masih baru dan kadarnya menurun dari masa ke masa. Bau "kilang" kuat ketika buka bungkusan adalah petanda awal.
Apa kesannya pada kesihatan? Bergantung pada jenis bahan dan tempoh pendedahan.
Undang-Undang Di Malaysia?
Di Malaysia, mainan untuk kanak-kanak bawah 14 tahun mesti mematuhi standard dalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Standard Keselamatan bagi Mainan), di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).
Mainan yang lulus ujian makmal akan diberi Perakuan Pematuhan (CoC), dan barulah boleh dicetak tanda MC.
Ini standard dalam Jadual Pertama peraturan:

Tanda MC menunjukkan mainan mematuhi standard keselamatan tertentu.
Tetapi untuk tahu sama ada gas kimia yang dilepaskannya turut diuji, kita perlu semak laporan ujian produk itu.
Kenapa Squishy Tiruan Paling Berisiko?
Squishy asli daripada jenama besar biasanya melalui ujian makmal pihak ketiga sebelum dijual di pasaran yang ketat seperti EU, UK dan AS.
Squishy tiruan pula skip EN: skip Melangkau atau tidak melakukan sesuatu langkah yang sepatutnya dibuat. "skip" BM: langkau semua itu.
Barangan ini dihasilkan pantas untuk mengejar trend viral, dijual murah, dan selalunya tiada maklumat pengilang, amaran umur atau tanda keselamatan.
Di UK, beberapa tindakan penguatkuasaan melibatkan squishy yang tidak memenuhi syarat keselamatan, termasuk produk disyaki tiruan.
Di Swansea, ujian terhadap sampel mainan yang disita dilaporkan mengesan etilbenzena, stirena dan xilena, sehingga menimbulkan kebimbangan keselamatan.
Apa Kata Ibu Bapa?
Bagi Siti Sorhana Mokhtar, 31, seorang pekerja swasta dan ibu, label pada bungkusan ialah perkara pertama yang disemak sebelum squishy sampai ke tangan anak.
"Sejujurnya, saya tidak akan membeli squishy sembarangan tanpa melihat label pada bungkusan.”
“Saya juga lebih mementingkan kualiti sebelum membeli," katanya.
Namun, pengalaman Siti Sorhana menunjukkan bahawa tidak semua squishy di pasaran sama.
"Ada squishy yang berbau wangi, ada yang berbau pelik.”
“Bila pecah, teksturnya juga agak pelik, bergantung pada jenis yang dibeli. Setakat ini, belum pernah berlaku kulit menjadi gatal," jelasnya.
Pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Ireland menasihatkan pengguna supaya berhenti menggunakan squishy yang berbau kimia kuat, koyak atau bocor.
Negara Pengeluar Kini Lebih Ketat?
Kebanyakan squishy di pasaran dunia dikilangkan di China.
Menurut STC, China kini memperkenalkan keperluan wajib ujian pelepasan VOC EN: VOC Volatile organic compounds, iaitu bahan kimia organik yang mudah meruap menjadi gas pada suhu bilik. "vi-oh-SI" BM: sebatian organik meruap untuk mainan.
Ini termasuk formaldehid, benzena, toluene, xylene dan jumlah VOC (TVOC), standard baharu yang berkuat kuasa pada 1 November.
Maksudnya, negara pengeluar sendiri sedang mengetatkan peraturan pelepasan gas kimia dalam mainan, sesuatu yang belum disebut secara khusus dalam senarai standard mainan Malaysia.
Apa Ibu Bapa Boleh Buat Sekarang
- Semak tanda MC pada mainan atau bungkusan. Untuk pembelian online, minta penjual hantar gambar label.
- Semak maklumat pengilang, amaran umur dan amaran keselamatan. Ketiadaan maklumat ini ialah petanda barang tiruan.
- Cium dulu. Jika bau kimia sangat kuat, seperti petrol atau pembuang cat kuku, jangan beri kepada anak.
- Biarkan "bernafas" di tempat berangin beberapa hari sebelum digunakan, kerana pelepasan kimia paling tinggi ketika baru.
- Jangan biar anak tidur memeluk squishy atau mencium rapat ke muka untuk tempoh lama.
- Jangan tinggalkan squishy dalam kereta. Jika tertinggal, biarkan sejuk dahulu dan biar orang dewasa yang mengambilnya.
Bukan semua squishy terbukti berbahaya, tetapi rupa comel dan tekstur lembut tidak memberi jaminan selamat.