💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!
Pada 21 November lalu, wakil Israel, Danielle Yablonka, naik ke pentas Miss Universe di Puerto Rico dengan jubah yang tertera perkataan “damai” dalam tiga bahasa, Ibrani, Arab dan Inggeris.
Pada jubah itu juga ada gambar Kota Lama Baitulmaqdis, pokok zaitun dan oren Jaffa.
Ketika Yablonka memperagakannya, sebahagian penonton dilaporkan menyorak “boo”.
Apa yang membuatkan penonton marah?
Apa kaitan pokok zaitun dan oren Jaffa?
Menurut delegasi Israel, kostum bertajuk Where the Desert Blooms itu meraikan sejarah dan pencapaian pertanian negara mereka.
Namun, bagi ramai rakyat Palestin, kedua-dua tanaman itu juga sebahagian daripada sejarah keluarga mereka.
Ambil pokok zaitun, rantingnya ada pada lambang rasmi Israel.
Di Tebing Barat pula, keluarga Palestin menuai buah zaitun turun-temurun.
Hasil jualannya menjadi sumber pendapatan mereka.
Oren Jaffa pula mula ditanam oleh petani Palestin pada abad ke-19 dan dieksport melalui pelabuhan Jaffa.
Selepas 1948, oren itu dilaporkan menjadi lambang kejayaan pertanian Israel.
Bagi keluarga Palestin yang terpaksa meninggalkan kebun, buah yang sama mengingatkan mereka pada kampung halaman.
Kenapa perkataan “damai” turut dipersoalkan?
Pada September lalu, Reuters melaporkan tentera Israel menggunakan jentolak untuk mencabut pokok zaitun di sebuah kampung Palestin berhampiran Ramallah, hanya beberapa hari sebelum musim menuai.
Itulah yang membuatkan mesej pada jubah itu sukar diterima oleh sebahagian penonton.
Mereka melihat pokok zaitun diraikan di pentas dunia ketika petani Palestin sendiri kehilangan pokok yang mereka harapkan untuk mencari rezeki.
Yablonka kemudian menjelaskan bahawa kostum itu membawa harapan untuk keamanan.
Jelasnya, beliau tidak berniat memadamkan sejarah sesiapa.
Bagi pengkritiknya, persoalan yang masih tinggal ialah bagaimana sejarah petani Palestin turut diceritakan apabila hasil tanaman mereka ditampilkan di pentas dunia.