πŸ’‘ Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah β€” jangan skip!

Kalau anda makan gaji, sebahagian gaji bulanan biasanya terus masuk ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bersama caruman majikan.

Simpanan persaraan tetap berjalan setiap bulan.

Tapi kalau anda content creator, freelancer atau peniaga kecil, anda sendiri yang perlu mengasingkan duit untuk hari tua.

Bila pendapatan tak menentu, simpanan persaraan mudah tertolak ke belakang.

Di sinilah i-Saraan boleh membantu.

Bagi setiap RM100 yang anda carum melalui i-Saraan, kerajaan menambah RM20, sehingga maksimum RM500 setahun, tertakluk kepada syarat kelayakan.

Dengan tahun 2026 berbaki kira-kira dua bulan, masih ada masa untuk menambah simpanan anda.

Tapi kenapa kerajaan menawarkan insentif ini? Dan adakah berbaloi memasukkan wang ke KWSP jika anda mungkin memerlukannya untuk perniagaan?

Apa itu i-Saraan?

i-Saraan ialah program caruman sukarela (voluntary contribution) KWSP untuk membantu golongan bekerja sendiri, mereka yang tiada pendapatan tetap dan pekerja ekonomi gig membina simpanan persaraan.

Berbeza dengan caruman melalui majikan, anda sendiri menentukan bila dan berapa banyak yang mahu dicarum.

Program ini diteruskan dalam Belanjawan 2026 dengan insentif padanan 20%, sehingga RM500 setahun.

Had insentif terkumpul ialah RM5,000 seumur hidup atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun, yang mana lebih awal.

Siapa yang layak?

Antara syarat utamanya:

  • Warganegara Malaysia
  • Telah berdaftar sebagai ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap atau bekerja dalam sektor ekonomi gig

Ini merangkumi freelancer, pencipta kandungan, jurugambar bebas dan peniaga kecil yang memenuhi syarat.

Bagaimana pula dengan pemandu e-hailing dan p-hailing?

Mulai 2026, terdapat i-Saraan Plus khusus untuk golongan ini.

Kadar insentifnya juga 20%, tetapi hadnya lebih tinggi: RM600 setahun dan RM6,000 seumur hidup, atau sehingga umur 60 tahun, yang mana lebih awal.

Untuk menerima RM600 penuh, caruman tahunan yang diperlukan ialah RM3,000.

Penyertaan melibatkan caruman melalui penyedia platform, jadi pemandu perlu menyemak aturan platform masing-masing.

Macam mana nak dapat RM500 penuh?

Dua perkataan penting untuk memahami i-Saraan ialah padanan dan had.

Kerajaan memberi incentive EN: incentive Ganjaran yang mendorong seseorang melakukan sesuatu. /Ιͺnˈsen.tΙͺv/ β€” "in-SEN-tiv" BM: insentif atau insentif sebanyak 20% daripada caruman tahunan anda.

Namun, insentif itu mempunyai cap EN: cap Had maksimum yang dibenarkan. "kap" BM: had maksimum , iaitu had maksimum RM500 setahun.

Pengiraannya mudah:

RM2,500 Γ— 20% = RM500

Maksudnya, anda perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun untuk mendapat insentif penuh, tertakluk kepada kelayakan dan baki had insentif seumur hidup.

Caruman anda setahun β†’ insentif kerajaan β†’ jumlah caruman + insentif

  • RM500 β†’ RM100 β†’ RM600
  • RM1,000 β†’ RM200 β†’ RM1,200
  • RM2,500 β†’ RM500 β†’ RM3,000
  • RM5,000 β†’ RM500 β†’ RM5,500

Walaupun anda mencarum RM5,000, insentif kerajaan kekal RM500 kerana sudah mencapai had tahunan.

Kalau dibahagikan sepanjang 12 bulan, RM2,500 bersamaan kira-kira RM209 sebulan, atau sekitar RM7 sehari.

Namun, jika anda baru bermula pada hujung Oktober, jumlah yang perlu disediakan sebelum akhir tahun tentu lebih besar.

Jangan tersalah anggap bahawa menyimpan RM7 sehari untuk baki dua bulan sudah mencukupi untuk mendapat RM500 penuh.

Kenapa kerajaan bantu orang yang bekerja sendiri?

Sebabnya berkait dengan satu masalah: simpanan persaraan tidak terbina secara automatik bagi semua orang.

Pekerja bergaji yang dilindungi caruman wajib mempunyai rutin simpanan bulanan, termasuk sumbangan majikan.

Bagi orang yang bekerja sendiri, pendapatan mungkin banyak bulan ini tetapi merosot bulan depan.

Selepas membayar sewa, bil, stok dan perbelanjaan keluarga, belum tentu ada baki untuk disimpan.

Insentif padanan memberi dorongan tambahan: setiap kali anda menyimpan, kerajaan turut menambah sebahagian wang untuk persaraan anda.

Namun, insentif sahaja tidak menyelesaikan semuanya.

Untuk mendapat RM500 penuh, seseorang masih perlu mampu menyediakan RM2,500 setahun.

Sebelum mencarum, fikirkan dua perkara:

  1. Berapa banyak simpanan persaraan anda boleh bertambah?
  2. Berapa banyak wang yang anda perlukan untuk kegunaan sekarang?

Kelebihan i-Saraan

  • Tambahan daripada kerajaan. Insentif padanan membantu meningkatkan simpanan anda, tertakluk kepada had.
  • Dividen tahunan. Simpanan KWSP turut menikmati dividen yang diisytiharkan.
  • Caruman mengikut kemampuan. Anda boleh membuat bayaran sekali atau menetapkan caruman berulang.
  • Potensi pelepasan cukai. Tertakluk kepada syarat dan had yang ditetapkan LHDN.

Perkara yang perlu difikirkan

1. Akses kepada wang tertakluk kepada peraturan KWSP

Simpanan KWSP mempunyai akaun dan syarat pengeluaran yang berbeza.

Anda tidak boleh menganggap keseluruhan wang itu boleh digunakan pada bila-bila masa seperti baki akaun bank.

Bagi ahli bawah 55 tahun, insentif kerajaan dikreditkan ke Akaun Persaraan.

Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, insentif masuk ke Akaun Emas.

2. Aliran tunai perniagaan tetap penting

Bagi peniaga kecil, wang yang sama mungkin diperlukan untuk membeli stok, membayar pembekal atau menampung bulan yang kurang pelanggan.

Insentif tambahan memang membantu, tetapi pastikan caruman itu tidak menjejaskan perbelanjaan asas, dana kecemasan atau modal pusingan.

3. Semak syarat semasa

Kadar dan had insentif tertakluk kepada ketetapan kerajaan. Semak maklumat rasmi sebelum membuat perancangan untuk tahun berikutnya.

4. Tak perlu paksa diri mengejar RM500

Jika anda hanya mampu mencarum RM500 tahun ini, insentifnya ialah RM100, tertakluk kepada kelayakan.

Anda masih menambah simpanan tanpa perlu memaksa diri menyediakan RM2,500 sekali gus.

Apa yang perlu dibuat sebelum akhir tahun?

Jika anda mahu mencarum untuk tahun 2026, mulakan dengan empat langkah ini:

  1. Semak kelayakan dan status pendaftaran i-Saraan anda.
  2. Semak jumlah yang sudah dicarum tahun ini.
  3. Tentukan jumlah tambahan yang mampu disimpan.
  4. Buat bayaran lebih awal dan semak rekod transaksi.

Contohnya, jika anda sudah mencarum RM1,500 tahun ini, anda hanya perlu menambah RM1,000 lagi untuk mencapai jumlah RM2,500.

Pengiraan insentif mengambil kira caruman tahun semasa.

Cara daftar i-Saraan

Anda boleh mendaftar melalui:

  1. Aplikasi KWSP i-Akaun β€” ikuti langkah pendaftaran i-Saraan dalam aplikasi.
  2. Terminal Layan Diri atau SST KWSP β€” sediakan MyKad untuk pendaftaran.
  3. Pejabat KWSP β€” bawa MyKad dan lengkapkan borang KWSP 16G (M).

Selepas berdaftar, caruman boleh dibuat melalui i-Akaun, perbankan internet dan saluran bayaran lain yang disenaraikan KWSP.

Jadi, berbaloi atau tidak?

i-Saraan memberi peluang kepada orang yang bekerja sendiri untuk menambah simpanan persaraan dengan bantuan kerajaan.

Tetapi jumlah caruman yang sesuai bergantung pada keadaan kewangan masing-masing.

Ada orang mampu mengejar insentif penuh. Ada pula perlu bermula dengan jumlah kecil sambil menjaga aliran tunai.

Yang penting, faham cara program ini berfungsi dan pilih jumlah yang anda mampu simpan secara konsisten.

Kalau anda ada lebihan RM2,500 hari ini, berapa banyak yang boleh disimpan untuk persaraan tanpa mengganggu keperluan harian dan perniagaan?