💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud.

Baru hujan sekejap, jalan dah dinaiki air.

Perjalanan balik kerja pun bertambah lama. Bagi warga KL, situasi ini bukan perkara baharu.

Pada 6 Mei, stesen hujan Universiti Malaya merekodkan 96.5mm hujan dalam sejam.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, hujan lebat itu mencetuskan banjir di beberapa kawasan termasuk Segambut Dalam dan Pantai Dalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, DBKL memperuntukkan RM84.6 juta untuk mitigasi EN: mitigation Usaha mengurangkan risiko atau kesan buruk sesuatu kejadian. "mi-ti-GEI-shen" BM: mitigasi banjir pada 2026.

Antara langkah yang diambil:

1 · Tumpukan kerja di lokasi kerap banjir

Menurut Hannah, jumlah hotspot banjir KL berkurang daripada 30 kepada 14 dalam tiga tahun.

Sasaran seterusnya ialah 10 lokasi.

Antara kawasan yang dikenal pasti pada Mei ialah Jalan Sultan Azlan Shah, Lebuhraya Sultan Iskandar, Bulatan Datuk Onn dan Jalan Tun Sambanthan.

Kawasan ini diberi keutamaan untuk kerja naik taraf saliran dan usaha mengurangkan banjir.

2 · Gerakkan pasukan apabila hujan melebihi 22mm sejam

DBKL menubuhkan pasukan khas yang digerakkan apabila hujan melebihi 22mm sejam.

Tugasnya termasuk membersihkan daun dan sampah yang menutup lubang masuk air di tepi jalan, atau inlet.

3 · Buang kelodak sungai lebih kerap

Menurut Hannah, kerja membuang kelodak di Sungai Toba ditingkatkan daripada dua kepada enam kali setahun.

Pada Mei, DBKL turut mengumumkan rancangan melakukan kerja serupa di Sungai Kerayong.

Lumpur dan pasir yang mendap di dasar sungai dipanggil kelodak.

Semakin banyak yang terkumpul, semakin cetek sungai dan semakin kurang air yang boleh dialirkan.

4 · Gunakan pam untuk keluarkan air

Di kawasan rendah, air kadangkala memerlukan bantuan pam untuk dialirkan keluar.

Menurut laporan DBKL tahun lalu, terdapat 36 rumah pam kawalan banjir dengan 135 unit pam di ibu negara ketika itu.

Pam ini diaktifkan secara automatik apabila air mencapai paras tertentu.

Rumah pam turut dilengkapi penjana diesel supaya operasi boleh diteruskan jika bekalan elektrik terputus.

Air kemudian disalurkan ke sungai atau kolam takungan.

5 · Pantau paras air melalui sensor dan CCTV

Data hujan, paras air dan CCTV disalurkan ke Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC).

Pusat ini menyelaras maklumat dengan agensi seperti JPS, polis dan APM.

Apabila paras air naik, amaran automatik dihantar kepada pasukan di lapangan supaya mereka boleh bertindak lebih awal.

6 · Takung air dahulu, lepaskan perlahan-lahan

Sistem On-Site Stormwater Detention (OSD) menahan air hujan buat sementara sebelum melepaskannya secara terkawal.

Ini mengurangkan jumlah air yang memasuki saliran serentak.

Antaranya ialah projek sekitar Padang Merbok, yang diumumkan sedang dilaksanakan pada Januari 2026.

Projek ini merangkumi pembinaan tangki OSD dan naik taraf saliran.

Kawasan hijau juga membantu menyerap air hujan.

Sebab itu, usaha menjadikan KL sebuah “bandar span” turut melibatkan perlindungan kawasan lapang.

Pada 15 April, kerajaan mengumumkan 539 kawasan hijau dan lapang di KL telah diwartakan.

7 · Ketatkan syarat pembangunan

Pada Mei, Hannah menyatakan kebenaran merancang bagi pembangunan di kawasan kolam takungan tidak akan diluluskan sehingga syarat JPS dipenuhi.

Kerja tanah di kawasan cerun pula perlu dibuat secara berfasa.

Ini mengurangkan kawasan tanah terdedah yang boleh dihanyutkan hujan lalu menyumbat longkang dan sungai.

Kontraktor yang gagal mematuhi syarat boleh dikenakan tindakan, termasuk arahan menghentikan kerja.

Jadi, kenapa masih banjir?

Semua kemudahan ini perlu berfungsi bersama. Kalau longkang tersumbat, sungai cetek atau air masuk lebih cepat daripada kemampuan EN: capacity Jumlah maksimum yang boleh ditampung oleh sesuatu tempat atau sistem. "ka-PA-si-ti" BM: kapasiti, daya tampung pam, banjir masih boleh berlaku.

Pada 8 November, Tan Sri Lee Lam Thye menggesa audit menyeluruh sistem perparitan, penguatkuasaan terhadap pemaju dan laporan kemajuan projek secara berkala. Beliau mahu pencegahan jangka panjang diberi keutamaan.

Bagi warga KL, hasilnya perlu terasa dalam kehidupan harian: jalan kurang kerap banjir, air lebih cepat surut dan rumah serta kenderaan lebih terlindung daripada kerosakan.