E-mel kepada peminat mencetuskan spekulasi persaraan.

Namun, bagi peminat di Malaysia, satu lagi perkara mencuri perhatian: tiada jelajah di Asia.

Satu e-mel daripada Harry Styles sudah cukup untuk buat peminat tertanya-tanya: dia nak bersara ke?

Pada 9 September, Styles memberitahu peminat bahawa tour Together, Together akan diteruskan pada 2027.

Namun, apabila dia mengakui belum tahu apa yang akan dilakukan selepas tour itu, peminat mula tertanya-tanya sama ada dia mahu bersara.

Setakat ini, Styles belum mengumumkan persaraan.

Apa yang sudah diumumkan ialah tambahan 25 persembahan pada tahun depan.

Tetapi dalam senarai destinasi itu, Asia masih tidak tersenarai.

Tour bersambung, Asia masih menunggu

Pada 10 September, Styles mengumumkan 25 tarikh baharu di 12 bandar, meliputi Amerika Utara, Eropah dan United Kingdom.

Siri persembahan 2027 bermula pada 2 April di Phoenix dan berakhir dengan tiga malam di Wembley Stadium, London, pada Ogos.

Antara persinggahan setakat ini ialah Los Angeles, Toronto, Chicago, Paris dan Rome.

Tiada Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Manila, Tokyo atau Seoul dalam jadual yang diumumkan.

Bagi peminat Malaysia yang berhasrat untuk pergi ke konsert ini, bermakna perlu merancang perjalanan ke luar negara.

Antara destinasi paling dekat ialah Melbourne dan Sydney, yang dijadualkan pada Disember 2026.

Banyak persembahan, tetapi tertumpu di beberapa bandar

Tour Together, Together menggunakan format yang banyak tertumpu pada beberapa bandar, dengan persembahan berulang di lokasi sama.

Jadual 2026 merangkumi 67 persembahan di tujuh bandar: Amsterdam, London, São Paulo, Mexico City, New York, Melbourne dan Sydney.

Dengan tambahan 25 tarikh pada 2027, jumlah yang diumumkan menjadi 92 persembahan di 18 bandar berbeza.

Bagi peminat Malaysia, tiket murah boleh membantu. Namun, ia masih sebahagian kecil daripada bajet jika perlu terbang untuk konsert.

Apa rancangan Styles selepas tour ini masih belum pasti.

Buat peminat di Asia, penantian berterusan, tour dilanjutkan hingga 2027, tetapi rantau ini masih belum tersenarai.