💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud!
Berapa sebenarnya gaji seorang Perdana Menteri (PM)?
Di Malaysia, gaji pokok jawatan PM ialah RM22,826 sebulan.
Jika dicampur bayaran asas sebagai Ahli Parlimen, jumlahnya sekitar RM466,000 setahun.
Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memilih untuk tidak mengambil gaji EN: salary gaji BM: What is the prime minister’s salary? jawatan PM sejak November 2022.
Di Singapura pula, pakej tahunan PM bakal ditetapkan pada S$3.6 juta mulai 15 Oktober 2026, termasuk komponen bonus.
Bagaimana pula dengan Australia, Kanada dan United Kingdom?
Jom tengok berapa pemimpin negara itu dibayar, dan siapa yang tentukan gaji itu?
1. Berapa gaji PM di negara lain?
Seorang PM biasanya juga Ahli Parlimen, atau MP.
Di beberapa negara, bayaran gaji datang daripada dua bahagian iaitu:
- Bayaran asas sebagai MP
- Gaji tambahan untuk jawatan PM
Ini beberapa contoh daripada lima negara:

Wajar diingatkan, Singapura memasukkan bonus sekali dalam pakej.
UK pula ada satu lagi perbezaan.
PM layak menerima jumlah keseluruhan £182,436 setahun, tetapi hanya menuntut £174,039 apabila dicampur gaji MP.
Maksudnya, kadar yang ditetapkan untuk sesuatu jawatan dan jumlah diambil boleh berbeza.
PM Singapura, Lawrence Wong pula berjanji untuk menderma keseluruhan kenaikan gajinya kepada badan amal selama lima tahun.
Itu keputusan beliau tentang penggunaan wang tersebut namun kadar pakej jawatan PM tetap berubah.
2. Tukar kepada ringgit pun belum cukup
Bila ditukar kepada ringgit, jurang EN: gap jurang BM: The pay gap between leaders and workers is large. gaji PM Malaysia nampak jauh lebih rendah berbanding PM negara lain.
Tetapi kos hidup dan gaji pekerja di setiap negara juga berbeza.
Jadi, kita boleh tengok satu lagi perkara:
Gaji pemimpin itu berapa kali ganda gaji pekerja di negaranya?
Contohnya:
- Bos A dibayar RM30,000 sebulan. Pekerjanya dapat RM3,000. Gaji bos 10 kali ganda gaji pekerja.
- Bos B dibayar RM50,000 sebulan. Pekerjanya dapat RM10,000. Gaji bos 5 kali ganda gaji pekerja.
Walaupun Bos B dibayar lebih tinggi, jurang gajinya dengan pekerja lebih kecil.
Untuk membandingkan gaji pemimpin dengan rakyat, kita juga boleh gunakan gaji penengah EN: median salary gaji penengah BM: Separuh pekerja bergaji lebih rendah daripada angka ini, separuh lagi bergaji lebih tinggi. pekerja.
Perbandingan ini membantu kita faham sejauh mana gaji PM berbeza daripada gaji pekerja di negaranya.
3. Siapa sebenarnya yang jadi “HR negara”?
Kalau pekerja biasa, gaji ditentukan majikan. Untuk PM pula, siapa yang tetapkan?
Setiap negara ada sistem sendiri.
Ada yang menetapkan gaji melalui undang-undang, ada yang menggunakan badan bebas untuk menyemaknya.
- Malaysia: Gaji PM ditetapkan melalui undang-undang. Perubahan kadarnya perlu diluluskan di Parlimen.
- United Kingdom: Independent Parliamentary Standards Authority (IPSA) menetapkan gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji tambahan jawatan PM ditetapkan melalui undang-undang.
- Singapura: Gaji menteri menggunakan pendapatan golongan berpendapatan tertinggi sebagai rujukan, dengan potongan 40%.
Jadi, tengok juga siapa yang tetapkan gaji dan apa asas kiraannya, bukan jumlahnya sahaja.
Jadi, bila menilai gaji PM, kita boleh tanya tiga perkara:
Siapa yang tetapkan? Apa asas kiraannya? Dan siapa yang boleh meluluskan kenaikan?
Singapura: Gaji Menteri Berasaskan Pendapatan 1,000 Teratas
Singapura menggunakan pendapatan penengah 1,000 rakyat Singapura
berpendapatan tertinggi sebagai rujukan untuk gaji menteri peringkat asas.
Penanda aras itu diberi diskaun 40% bagi mencerminkan khidmat awam.
Pakej PM pula ditetapkan pada dua kali penanda aras menteri tersebut.
Sebahagian bayaran turut datang daripada bonus yang dikaitkan dengan hasil ekonomi dan pendapatan rakyat.
Alasannya, gaji yang menarik diharap dapat menggalakkan orang berkebolehan beralih daripada sektor swasta untuk berkhidmat dalam kerajaan.
Australia: Badan Bebas Tetapkan
Di Australia, Remuneration Tribunal, sebuah badan bebas, menetapkan gaji ahli politik persekutuan.
PM menerima gaji asas MP, ditambah bayaran jawatan sebanyak 160% daripada gaji asas itu.
Jadi, jumlahnya ialah 2.6 kali gaji asas MP.
Badan tersebut menilai faktor seperti keadaan ekonomi dan perkembangan gaji sebelum membuat keputusan.
Kanada Ikut Formula Tahunan
Kanada: Gaji MP diselaraskan setiap 1 April mengikut formula berasaskan kenaikan gaji pekerja sektor swasta yang dilindungi perjanjian kolektif.
Pelarasan biasa ini tidak memerlukan undian baharu setiap tahun.
PM menerima gaji MP serta bayaran jawatan yang sama nilainya: jumlahnya dua kali gaji MP.
UK: Gaji MP & Menteri Ditentukan Berasingan
Di UK, gaji MP ditetapkan oleh badan bebas bernama Independent Parliamentary Standards Authority (IPSA).
Gaji jawatan menteri pula tertakluk kepada undang-undang.
Pemegang jawatan boleh memilih untuk menuntut kurang daripada jumlah yang dibenarkan.
Sebab itulah angka “layak terima” dan “dituntut” bagi PM UK berbeza.
Malaysia: Kadar Dalam Akta

Di Malaysia, kadar gaji jawatan PM dan elaun bulanan Ahli Parlimen ditetapkan dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).
Kenapa gaji pokok PM Malaysia lama tak berubah?
Kadar RM22,826.65 sebulan berkuat kuasa sejak 1 Januari 2004.
Pada 2026, sudah 22 tahun kadar itu digunakan.
Bayaran asas MP pula pernah berubah. Pada 2015, kadarnya dinaikkan daripada RM6,508.59 kepada RM16,000 sebulan.
Gaji pokok PM dan bayaran MP ialah dua komponen berasingan.
Jadi, kenaikan satu komponen tidak semestinya menaikkan satu lagi.
Di Malaysia, kenaikan kadar ini memerlukan keputusan politik dan pindaan undang-undang.
Kerajaan perlu menerangkan kepada rakyat mengapa kenaikan itu wajar, terutama ketika kos sara hidup masih menjadi kebimbangan.
Anwar memilih untuk tidak mengambil gaji jawatan PM. Tetapi keputusan itu tidak memansuhkan kadar gaji tersebut daripada akta.
Gaji tinggi boleh jamin pemimpin bagus?
Gaji yang kompetitif boleh membantu menarik individu yang berkualiti untuk menabur bakti kepada masyarakat.
Tetapi, gaji sahaja tidak boleh menjamin seseorang ahli politik akan bekerja dengan baik atau bebas daripada rasuah.
Rakyat masih perlukan cara untuk menilai prestasi, mengesan salah guna kuasa dan meminta penjelasan apabila keputusan kerajaan dipertikaikan.
Kalau korang jadi HR negara, mungkin ada tiga perkara yang korang nak tahu sebelum tetapkan angka:
- Tanggungjawab: Apa beban kerja dan keputusan yang perlu dipikul?
- Kemampuan negara: Berapa bayaran munasabah berbanding pendapatan rakyat dan keadaan kewangan negara?
- Prestasi: Apa hasil yang rakyat patut jangka, dan bagaimana ia dinilai?
Pada korang, siapa patut tentukan gaji PM:
Parlimen, badan bebas atau formula yang ikut perkembangan gaji rakyat?