💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!
Setiap kali jerebu makin tebal, mesti ada yang tanya, “Kenapa kerajaan tidak 'cipta' saja hujan?”
Sebenarnya, kerajaan dah cuba.
Pada 19 dan 20 September lalu, operasi pembenihan awan dijalankan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk membantu meningkatkan peluang hujan.
Tapi kalau dah buat, kenapa jerebu masih boleh datang balik?
Sebab pembenihan awan bukan butang untuk hidupkan hujan.
Ia hanya boleh membantu apabila keadaan cuaca sesuai.
Mula-mula, kena ada awan
Bayangkan awan yang sudah mengandungi banyak titisan air kecil.
Titisan EN: droplet titisan BM: Titisan air ialah titik air yang sangat kecil. ini perlu bergabung dan menjadi cukup berat sebelum boleh jatuh sebagai hujan.
Semasa pembenihan awan, pesawat melepaskan bahan seperti larutan garam EN: salt solution larutan garam BM: campuran garam yang telah larut di dalam air di kawasan berawan.
Bahan itu membantu proses pembentukan dan pembesaran titisan air, sekali gus meningkatkan peluang untuk hujan turun.
Perkataan penting di sini ialah “berawan”. Kalau awan yang sesuai tiada, operasi itu tidak boleh menghasilkan hujan daripada langit kosong.
Kalau hujan turun, jerebu akan hilang?
Hujan boleh membantu membersihkan udara dengan membawa sebahagian zarah pencemar turun ke permukaan.
Sebab itu udara kadangkala terasa lebih segar selepas hujan.
Tetapi kesannya bergantung pada tempat hujan turun dan keadaan selepas itu.
Jika asap daripada kebakaran masih dihasilkan dan angin terus membawanya ke kawasan kita, bacaan pencemaran udara boleh meningkat semula.
Maksudnya, pembenihan awan boleh membantu mengurangkan jerebu buat sementara waktu di kawasan tertentu, tetapi ia tidak menghentikan sumber asap.
Jadi, kenapa kerajaan tetap buat?
Kerana apabila jerebu sudah menjejaskan kualiti udara, hujan ialah salah satu cara untuk memberi kelegaan segera jika keadaan awan mengizinkan.
Bagi operasi di Lembah Klang pada 20 September, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengambil kira bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) bagi PM2.5 yang melebihi 150 selama lebih 24 jam.
NADMA juga memaklumkan cuaca panas dan hujan yang berkurang ketika Monsun Barat Daya sebagai sebahagian daripada keadaan semasa.
Operasi kemudian menyasarkan kawasan yang berpotensi mempunyai awan sesuai.
Pembenihan awan bukan digunakan untuk jerebu sahaja.
Operasi di Sarawak pada awal September turut menyasarkan kawasan empangan dan tadahan air EN: water catchment tadahan air BM: Kawasan yang mengumpul air hujan dan menyalurkan ke sungai, tasik atau empangan. , kerana hujan juga diperlukan untuk menambah bekalan air di situ.
Macam mana kita tahu ia berkesan?
Ini bahagian yang agak rumit.
Kalau hujan turun selepas pembenihan awan, kita tak boleh terus kata, “Haa, operasi itu berjaya!”
Awan tersebut mungkin memang sudah hampir menghasilkan hujan.
Untuk mengetahui kesan sebenar pembenihan awan, saintis perlu membandingkan data daripada keadaan cuaca sesuai, termasuk awan yang dibenihkan dan yang tidak.
Sebab itulah satu kejadian hujan sahaja bukan bukti yang cukup.
Anda penat dengan jerebu? Borak Dengan Awan dan berpeluang menang penapis udara!
Layari https://kelassekejap.com/haze/udara-kita/ untuk maklumat lanjut.