💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!
Diugut bos, diancam buang kerja, dipaksa resign atau diberitahu gaji akan disekat?
Situasi macam ini memang boleh berlaku di tempat kerja.
Tapi, ramai pekerja tidak tahu bahawa ada perlindungan undang-undang yang boleh digunakan apabila majikan melampaui batas.
Ini 5 perkara asas yang anda patut tahu.
1. Bos Tak Boleh Terus Hukum Sesuka Hati
Kalau anda dituduh melakukan kesalahan, anda sepatutnya diberi peluang untuk menjelaskan keadaan dan mempertahankan diri sebelum tindakan tatatertib EN: Disciplinary action Tindakan tatatertib BM: Tindakan rasmi yang diambil oleh majikan terhadap pekerja yang didakwa melanggar peraturan, polisi atau disiplin tempat kerja. diambil.
Dalam banyak kes, proses ini dibuat melalui siasatan dalaman atau domestic inquiry EN: Domestic inquiry Siasatan dalaman BM: Proses dalaman yang dijalankan oleh majikan untuk menyiasat dakwaan salah laku pekerja .
Maksudnya, ancaman seperti “awak terus kena buang hari ini” tanpa peluang untuk menjawab tuduhan boleh menimbulkan persoalan tentang keadilan proses tersebut.
2. Dipaksa Resign Tak Semestinya Resign Sukarela
Ada pekerja yang akhirnya meletak jawatan bukan sebab mereka mahu, tetapi kerana tekanan daripada majikan sudah terlalu berat.
Contohnya, diugut, ditekan berulang kali atau keadaan kerja dibuat begitu sukar sehingga pekerja merasakan mereka tiada pilihan selain berhenti.
Situasi tertentu seperti ini boleh menjadi isu constructive dismissal atau pembuangan kerja secara membina.
Jika perkara ini berlaku, anda perlu mengemukakan representasi kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam tempoh 60 hari.
3. Gaji Tak Boleh Dijadikan Alat Ugutan
“Kalau tak ikut arahan, saya tahan gaji.”
Majikan tidak boleh sesuka hati menahan atau memotong gaji sebagai hukuman.
Akta Kerja 1955 menetapkan keadaan tertentu sahaja yang membolehkan potongan dibuat.
Jadi, gaji bukan sesuatu yang boleh digunakan untuk menekan pekerja sesuka hati.
4. Anda Boleh Buat Aduan
Jika berlaku ugutan atau pelanggaran hak, pekerja boleh mendapatkan bantuan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
Atau Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), bergantung pada isu yang berlaku.
Aduan boleh dibuat melalui pejabat berkaitan atau saluran rasmi seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan aplikasi Working for Workers.
Paling penting, simpan bukti seperti WhatsApp, e-mel, surat, tarikh kejadian dan nama saksi.
5. Buli Bukan “Normal Culture”
Dimarah sekali-sekala dan dibuli secara berterusan bukan perkara yang sama.
Ugutan, intimidasi EN: Intimidation Intimidasi BM: Perbuatan menakutkan, mengancam atau memberi tekanan kepada seseorang atau tekanan berulang di tempat kerja tidak sepatutnya dianggap normal.
Jika perkara ini berlaku, pekerja boleh mendapatkan bantuan daripada Bahagian Sumber Manusia (HR), kesatuan sekerja, pihak berkuasa buruh atau polis sekiranya melibatkan ancaman jenayah.
Kalau Ini Berlaku Kepada Anda
Jangan terus padam mesej atau perbualan dengan majikan.
Simpan bukti, catat apa yang berlaku dan dapatkan nasihat melalui saluran yang betul secepat mungkin.
Ini terutama jika anda percaya anda dipaksa berhenti kerja kerana sesetengah tuntutan mempunyai had masa.
Artikel ini untuk maklumat umum dan bukan nasihat guaman. Bagi kes khusus, dapatkan nasihat daripada pihak berkuasa berkaitan atau peguam berkelayakan.