💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Pada September lalu, penutupan sementara 710 sekolah di Sarawak akibat jerebu menjejaskan lebih 238,000 murid.

Pembelajaran diteruskan dari rumah.

Di Kalimantan Barat, Indonesia, sekumpulan rakyat bertindak menyaman Presiden, Prabowo Subianto dan beberapa pihak berkuasa berhubung pengendalian kebakaran hutan dan tanah.

Boleh ke rakyat biasa saman pemimpin?

Boleh memfailkan saman EN: lawsuit saman BM: tindakan undang-undang terhadap seseorang di mahkamah . Tetapi untuk menang, tuntutan itu perlu dibuktikan di mahkamah.

1. Apa yang dituntut?

Gabungan Nafas Kalimantan Barat, memfailkan saman di Pengadilan Negeri Pontianak pada 17 September 2026.

Mereka menamakan 10 defendan utama, termasuk Presiden, Naib Presiden dan beberapa pihak berkuasa. Antara tuntutan mereka:

  • menetapkan kebakaran dan jerebu sebagai bencana kebangsaan
  • memperkukuh bantuan serta penanganan kecemasan
  • memastikan penguatkuasaan dan pencegahan lebih menyeluruh

Mahkamah belum memutuskan tuntutan tersebut.

2. Apa itu saman berkumpulan?

Kalau ribuan penduduk terjejas oleh kejadian yang sama, adakah setiap orang perlu membawa kes sendiri?

Saman berkumpulan ( class action EN: class action saman berkumpulan BM: Saman oleh wakil bagi pihak sekumpulan orang dengan tuntutan serupa ) membolehkan seorang atau beberapa wakil membawa kes bagi pihak kumpulan yang lebih besar.

Di Indonesia, mereka perlu mempunyai persamaan penting dari segi fakta, asas undang-undang dan jenis tuntutan.

Mahkamah akan menilai sama ada kes itu memenuhi syarat.

Mudahnya: tuntutan yang serupa dibawa bersama melalui satu kes.

3. Kenapa kerajaan yang disaman?

Pihak yang membakar hutan boleh dipertanggungjawabkan.

Tetapi ada satu lagi soalan: adakah kerajaan menjalankan tanggungjawabnya untuk mencegah dan menangani kebakaran?

Plaintif mendakwa kerajaan cuai kerana gagal menangani kebakaran yang berulang setiap tahun dengan secukupnya.

Kecuaian ( negligence EN: negligence Kecuaian — kegagalan berhati-hati yang menyebabkan kerosakan atau kemalangan. /ˈneɡ.lɪ.dʒəns/ — "NEG-li-jens" BM: kecuaian ) bermaksud kegagalan mengambil langkah penjagaan yang munasabah untuk mengelakkan kemudaratan.

Namun, kebakaran berulang belum dengan sendirinya membuktikan kecuaian.

Mahkamah perlu menilai tanggungjawab pihak berkuasa, tindakan yang diambil dan kaitannya dengan kemudaratan kepada penduduk.

Kerajaan Indonesia pula melaporkan operasi pemadaman darat dan udara serta tindakan penguatkuasaan.

Prabowo turut mengarahkan pencabutan permit dan siasatan jenayah terhadap syarikat yang terbukti bertanggungjawab.

Sama ada langkah tersebut mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab undang-undang kerajaan lain cerita.

4. Rakyat Malaysia boleh buat perkara sama?

Rakyat Malaysia juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan sendiri, tertakluk pada asas tuntutan dan syarat undang-undang.

Akta Prosiding Kerajaan 1956 menyediakan ruang bagi tuntutan tertentu melibatkan perbuatan salah atau kecuaian pegawai awam.

Tetapi menyaman kerajaan asing atau pemimpinnya lebih rumit. Antara halangan:

  • Bidang kuasa: Adakah mahkamah berkuasa mendengar kes itu?
  • Imuniti negara: Adakah pihak yang disaman dilindungi daripada tuntutan tersebut?
  • Bukti dan penguatkuasaan: Bolehkah punca kemudaratan dibuktikan dan keputusan dilaksanakan di luar negara?

Jadi, “rakyat Malaysia tak boleh saman” terlalu mutlak.

Persoalannya ialah siapa yang disaman, di mahkamah mana dan atas asas apa.

5. Apa peranan ASEAN?

Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2002 menetapkan kerjasama dalam pencegahan, pemantauan, pertukaran maklumat dan bantuan menangani kebakaran.

Namun, ia bukan saluran saman peribadi untuk mendapatkan pampasan.

Singapura pula mempunyai Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2014.

Akta ini membolehkan tindakan tertentu terhadap entiti yang menyebabkan atau menyumbang kepada jerebu di Singapura, walaupun perbuatan berlaku di luar negara.

Apa Kita Boleh Belajar?

Memfailkan saman ialah langkah untuk meminta mahkamah menilai sesuatu tuntutan.

Ia belum bermaksud pihak yang disaman telah terbukti bersalah.

Bagi penduduk yang kehidupan mereka terganggu setiap kali jerebu datang, persoalannya tetap sama: apa yang perlu dibuat supaya kejadian ini tidak terus berulang?

Pada korang, apa yang paling perlu diperkuat tindakan terhadap yang membakar, persediaan kerajaan atau kerjasama antara negara?