💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!
Formula 1 kembali lagi ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini.
Kali terakhir Malaysia menganjurkan perlumbaan F1 ialah pada 2017.
Tetapi kepulangan kali ini agak luar biasa. Perlumbaan yang berlangsung di Sepang bukan Grand Prix Malaysia.
Nama rasminya ialah Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia, walaupun semua sesi berlangsung di Sepang.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu-satunya kos yang ditanggung Malaysia ialah kerja menaik taraf litar bernilai sekitar RM11 hingga RM16 juta.
Sementara itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan sekitar 300,000 pengunjung, termasuk 50,000 pelancong antarabangsa.
Sambutannya juga dijangka luar biasa susulan SIC dilaporkan telah menjual kira-kira 95,000 tiket tiga hari.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menjangkakan jumlah itu boleh mencecah sehingga 100,000.
Jelasnya, kira-kira separuh daripada pembeli tiket datang dari luar negara.
Kepulangan F1 menimbulkan dua soalan.
Bagi peminat, berapa bajet yang perlu disediakan untuk menonton secara langsung?
Untuk negara, boleh ke perbelanjaan pelawat mengatasi kos penganjuran jika Malaysia mahu menjadi tuan rumah tetap?
Kenapa Grand Prix Bahrain Diadakan Di Sepang?

Pada 14 Mac, Grand Prix Bahrain dan Arab Saudi dibatalkan akibat konflik di Asia Barat, atas faktor keselamatan pelumba dan kakitangan.
Pada Julai, kerajaan mengumumkan bahawa Sepang akan menjadi tuan rumah EN: host tuan rumah BM: Negara, organisasi atau individu yang menganjurkan dan menerima tetamu bagi sesuatu acara. Grand Prix Bahrain, manakala Grand Prix Arab Saudi kekal dibatalkan.
Selain itu, jadual perlumbaan turut memudahkan pemilihan Sepang, dengan tarikhnya berada antara Grand Prix Azerbaijan pada 26 September dan Grand Prix Singapura pada 11 Oktober.
Dalam pada itu, Bahrain turut membayar yuran hak penganjuran F1 yang dianggarkan antara AS$70 juta hingga AS$80 juta (RM286 juta hingga RM326 juta).
Malah, Bahrain juga dilaporkan menerima hasil jualan tiket.
Berapa Bajet Untuk Menonton F1 Di Sepang?
Tiket tiga hari untuk pemegang MyKad bermula pada RM200 bagi Hillstand G.
Hillstand B atau C pula berharga RM809.60.
Jika peminat nak tempat duduk grandstand, harganya bermula pada RM1,291.40 bagi Grandstand F, diikuti RM1,386 (K1) dan RM2,083.40 (Main Grandstand).
Harga khas ini memerlukan pengesahan MyKad.
Kena ingat, harga tiket ditetapkan oleh Bahrain dan dijual melalui laman web Litar Antarabangsa Bahrain.
Pembayaran diproses dalam dinar Bahrain mengikut kadar pertukaran EN: exchange rate kadar pertukaran BM: Nilai satu mata wang berbanding mata wang lain. ketika pembelian.
Ini bermakna jumlah sebenar ditolak daripada akaun anda mungkin berbeza sedikit daripada harga ringgit yang dipaparkan.
Sesetengah bank juga mengenakan caj transaksi mata wang asing. Semak dengan bank anda sebelum membayar.
Harga Tiket Cuma Sebahagian Daripada Bajet
Bagi yang datang dari jauh, kos hotel boleh membebankan susulan kadar harga hotel di sekitar Sepang, Cyberjaya dan Putrajaya meningkat sekurang-kurangnya tiga kali ganda.
Bagi pengunjung yang tinggal di Suite Studio Eksekutif di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA, ia disenaraikan di Agoda.com pada harga RM4,830 semalam untuk hujung minggu perlumbaan.
Jumlah itu hampir tiga kali ganda kadar biasa hotel yang hanya sekitar RM1,700 semalam.
Semakan di Trip.com (http://trip.com) pula menunjukkan bilik Moxy Queen di Moxy Putrajaya disenaraikan pada RM1,200 semalam untuk hujung minggu perlumbaan, berbanding RM350 pada hujung minggu biasa.
Ini bermaksud peminat dari Lembah Klang yang memilih tiket RM200, dan tidak perlu bermalam mungkin membelanjakan sekitar RM350 hingga RM600 seorang untuk tiket, perjalanan dan makanan asas.
Jika memilih grandstand atau menempah hotel, bajet boleh meningkat kepada RM1,500 hingga RM3,000 atau lebih.
Bagi peminat antarabangsa, tiket tiga hari bermula pada AS$220 (sekitar RM898) untuk Hillstand B atau C, manakala tiket grandstand berharga AS$350 hingga AS$565 (sekitar RM1,428 hingga RM2,305).
Selain tiket, mereka perlu menyediakan bajet penerbangan, penginapan, pengangkutan dan perbelanjaan harian.
Perlumbaan Tiga Hari Boleh Jana Sehingga RM1.3 Bilion?
Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangka Grand Prix Bahrain di Sepang boleh menghasilkan RM1.1 bilion hingga RM1.3 bilion dalam aktiviti ekonomi EN: Economic activity aktiviti ekonomi BM: Kegiatan menghasilkan, membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan. keseluruhan.
HLIB menganggarkan setiap pelancong F1 membelanjakan sekitar RM8,879, iaitu kira-kira dua kali ganda perbelanjaan pelancong biasa.
Namun, tidak semua pihak memberikan anggaran yang tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Bahrain (BIC), Sheikh Salman Isa Al Khalifa, menganggarkan impak ekonomi kepada negara AS$240 juta, atau kira-kira RM979 juta.

Jika RM1.1 bilion hingga RM1.3 bilion ialah hasil selepas pengganda 1.5 hingga 2.1 kali, perbelanjaan langsung pelawat sepatutnya sekitar RM620 juta hingga RM730 juta.
Pada kadar RM8,879 seorang, jumlah itu memerlukan 70,000 hingga 82,000 pelancong asing.
Sedangkan jualan tiket menunjukkan kira-kira 47,500 pembeli dari luar negara, iaitu separuh daripada 95,000 tiket.
Jika angka ini digunakan, perbelanjaan langsung hanya sekitar RM422 juta, dan jumlah aktiviti ekonomi selepas pengganda sekitar RM630 juta hingga RM890 juta.
Kedua, RM1.3 bilion itu bukan semuanya masuk ke poket kerajaan. Wang itu dibelanjakan di hotel, restoran, kedai dan pengangkutan.
Kerajaan hanya menerima sebahagiannya melalui cukai, seperti cukai perkhidmatan dan cukai pelancongan.
Jadi, apabila bertanya sama ada F1 "berbaloi" untuk kerajaan, yang perlu dibandingkan dengan kos ialah hasil cukai, bukan jumlah aktiviti ekonomi.
Ketiga, sebahagian wang mengalir keluar negara.
Contoh paling jelas ialah hasil jualan tiket, yang diterima oleh Bahrain.
Selain itu, sebahagian keuntungan hotel antarabangsa dan pembekal asing juga tidak kekal dalam ekonomi tempatan.
Keempat, sebahagian perbelanjaan hanya berpindah tempat.
Peminat tempatan yang berbelanja di Sepang mungkin mengurangkan perbelanjaan lain pada bulan yang sama.
Pelancong biasa pula mungkin mengelak Lembah Klang pada hujung minggu itu kerana harga hotel melonjak.
Kesan ini dipanggil displacement effect EN: Displacement effect Kesan pengalihan BM: Apabila perbelanjaan atau kegiatan baharu menggantikan yang sedia ada, bukan menambah jumlah keseluruhan. , dan ia jarang dimasukkan dalam anggaran awal.
Kajian terdahulu oleh PwC mendapati Grand Prix Malaysia 2011 menjana RM385 juta kepada ekonomi negara, kira-kira tiga kali ganda pelaburan kerajaan.
Kajian PwC yang lain menganggarkan perlumbaan 2012 menjana lebih RM300 juta dan mewujudkan lebih 4,500 pekerjaan.
Hotel Penuh, Harga Melonjak
Bagi industri perhotelan, kesannya sudah dapat dilihat sebelum perlumbaan bermula.
Menurut Straits Times, Naib Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cs Lim berkata tinjauan awal mendapati sesetengah hotel di Sepang sudah ditempah penuh, manakala yang lain mencatat lonjakan permintaan.
Beliau menjangkakan manfaatnya turut dirasai hotel di seluruh Lembah Klang melalui limpahan permintaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia, Dr Sri Ganesh Michiel, berkata Malaysia mempunyai kapasiti untuk menerima pelawat, tetapi pengangkutan antara hotel dan litar antara cabaran utama.
Jika Bermanfaat, Kenapa F1 Dihentikan Selepas 2017?
Sambutan F1 di Sepang merosot selepas tahun 2013.
Kehadiran sepanjang tiga hari turun daripada 123,400 pada 2013 kepada 92,550 (2014) dan 80,604 (2015).
Namun, jumlah itu kembali meningkat kepada 88,828 pada 2016 dan 110,604 pada perlumbaan terakhir pada 2017.
Kosnya pula terus meningkat.
Kerajaan membelanjakan RM300 juta setahun untuk perlumbaan itu, tetapi tidak berjaya memperoleh semula jumlah tersebut.
Pada April 2017, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, mengesahkan perlumbaan dihentikan kerana pulangan yang rendah berbanding kos penganjuran.
Kos masih menjadi isu hari ini.
Pada tahun lalu, Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan di Parlimen bahawa kontrak selama tiga hingga lima tahu melibatkan yuran hak penganjuran sekitar RM1.5 bilion.
SIC juga memerlukan sekitar RM10 juta setahun untuk mengekalkan standard keselamatan litar dan kemudahan sokongan.
Kos tahun ini jauh lebih rendah kerana perlumbaan tahun ini berlaku dalam keadaan yang berbeza.
Malaysia menjadi lokasi bagi Grand Prix Bahrain yang dipindahkan, bukannya membeli slot tetap dalam kalendar F1.
Kalau Mahu Slot Tetap, Berapa Pelancong Diperlukan?
Kalau kos penganjuran RM300 juta setahun, berapa ramai pelancong yang kita perlukan?
1. Untuk perbelanjaan pelancong menyamai kos
Jika seorang pelancong F1 membelanjakan RM8,879, kira-kira 33,800 pelancong asing diperlukan untuk menghasilkan RM300 juta.
Tetapi wang itu dibelanjakan di hotel, restoran, kedai dan pengangkutan. Ia bukan semuanya masuk kepada kerajaan.
2. Untuk kerajaan menampung kos melalui cukai
Katakan kerajaan menerima 10% daripada perbelanjaan pelancong melalui cukai.
Untuk mendapatkan RM300 juta, jumlah perbelanjaan mereka perlu mencapai RM3 bilion, bersamaan kira-kira 338,000 pelancong asing.
Kadar 10% ini cuma contoh untuk memudahkan kiraan, bukan kadar cukai sebenar.
Jadi, berbaloi atau tidak?
Tidak dinafikan, F1 boleh membawa manfaat melalui peluang pekerjaan, pendapatan perniagaan dan promosi Malaysia.
Namun, sambutan acara sekali sahaja belum menjamin sambutan yang sama setiap tahun.
Perlumbaan tahun ini boleh menjadi ujian.
Sebelum Malaysia kembali menjadi tuan rumah tetap, kita perlu tahu berapa banyak yang dibelanjakan, siapa yang mendapat manfaat dan sama ada pulangan boleh bertahan setiap tahun.