💡 Sambil baca, sambil belajar: perkataan yang bergaris oren boleh di-hover atau ditekan untuk maksud. Ada kuiz kecil kat bawah — jangan skip!

Tak perlu lagi tampal road tax di cermin kereta.

Pas pengangkutan awam boleh diperbaharui melalui telefon.

Pelajar yang belajar jauh dari rumah pula boleh memohon bantuan tiket penerbangan.

Ini antara inisiatif sepanjang dua penggal Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.

Pada 10 November lalu, Loke meletakkan jawatan susulan keputusan mahkamah membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman SRC secara tahanan rumah.

1 · Sumbangan dalam ECRL

  • 2019 — Apabila kerajaan bersetuju menyambung semula projek ECRL, Loke mengubah laluan sekali gus mengurangkan bilangan terowong dan landasan bertingkat yang perlu dibina.
  • Hasil rundingan Malaysia dengan pihak China, kos pembinaan yang dipersetujui ketika itu turun daripada RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.
  • 2024 — Loke menyaksikan Pelabuhan Kuantan, Northport dan Malaysia Rail Link menandatangani perjanjian untuk menggunakan ECRL bagi membawa kontena antara Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang.
  • 2026 — ECRL bersedia menerima penumpang. Sepanjang penggal keduanya, Loke memantau persiapan ECRL.
  • Perkhidmatan penumpang antara Gombak dan Kota Bharu dijangka mula beroperasi pada 12 Disember 2026.

2 · Bayar sekali, naik berkali-kali

Bagi pengguna pengangkutan awam harian, tambang pergi balik boleh menelan belanja besar setiap bulan.

Pada penggal pertama Loke, pas My100 dan My50 diperkenalkan pada Disember 2018 dan mula digunakan pada Januari 2019.

My100 berharga RM100 sebulan untuk perjalanan tanpa had menaiki rel dan bas Rapid KL.

My50 ketika itu pula berharga RM50 sebulan untuk bas sahaja, berbeza daripada pas My50 hari ini.

2 · My50 boleh diperbaharui tanpa beratur di kaunter

Pas jimat dah ada. Tapi kalau nak perbaharui pun kena beratur panjang, leceh juga.

Mulai 1 Julai 2025, pengguna boleh memperbaharui My50 melalui TNG eWallet dengan kad Touch ’n Go yang mempunyai fungsi NFC.

Mereka yang masih menggunakan MyKad pula boleh meneruskan urusan di kaunter.

3 · Gangguan tren berkurang daripada 252 kepada 31 kes

Gangguan tahunan perkhidmatan rel Prasarana turun daripada 252 kes pada 2022 kepada 31 kes pada 2025.

Ini menunjukkan pengurangan kira-kira 88%.

Selain itu, peningkatan reliability EN: reliability Kebolehpercayaan. Dalam pengangkutan awam, maksudnya perkhidmatan boleh diharap untuk berfungsi dengan konsisten. "ri-LAI-a-bi-li-ti" BM: kebolehpercayaan perkhidmatan sepanjang tempoh Loke menerajui MOT, hasil kerja pengendali dan pasukan teknikal juga.

Namun, gangguan belum selesai sepenuhnya.

Bagi penumpang, ukurannya tetap mudah: boleh sampai kerja, kelas atau janji temu tepat pada masa atau tidak?

4 · FLYsiswa bantu pelajar beli tiket balik kampung

Untuk pelajar yang perlu merentas Laut China Selatan, balik rumah memerlukan belanja tiket kapal terbang.

FLYsiswa diperkenalkan pada 2023 bagi membantu pelajar yang layak membeli tiket penerbangan untuk laluan melibatkan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bagi pelaksanaan 2026, bantuan itu berbentuk baucar digital RM400, RM100 lebih tinggi berbanding ketika ia mula diperkenalkan.

Pada 2025, seramai 44,741 pelajar menebus baucar tersebut.

Bantuan ini mengurangkan sebahagian kos perjalanan, walaupun tidak semestinya menampung keseluruhan harga tiket.

5 · Subsidi tambang penerbangan waktu perayaan

Nak balik beraya, tetapi harga tiket pula buat fikir dua kali.

Di bawah MOT pimpinan Loke, kerajaan melaksanakan subsidi bagi penerbangan yang layak dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan ketika musim perayaan.

Menjelang hujung 2025, harga siling diturunkan daripada RM599 kepada RM499 sehala.

Harga itu sebelum cukai dan tempoh subsidi dilanjutkan kepada empat hari sebelum perayaan tertentu.

Apa yang rakyat mahu selepas ini?

Pas mampu milik, urusan yang lebih mudah dan bantuan tambang memang memberi manfaat.

Tetapi semuanya perlu disusuli perkhidmatan yang konsisten.

Siapa pun yang menerajui MOT selepas ini, keperluan rakyat tetap sama: perjalanan yang selamat, mampu dibayar dan boleh diharap.