Daripada laungan “Free Palestine” kepada pengunduran beberapa pemuzik, kontroversi jelajah Ed Sheeran mencetuskan perdebatan tentang kebebasan artis bersuara.
Apa sebenarnya yang berlaku?
1. Bermula dengan “Free Palestine”
Ketika membuka konsert Sheeran di MetLife Stadium, New Jersey, pada 4 September, Macklemore menyuarakan sokongan terhadap Palestin sebelum mempersembahkan Hind’s Hall.
Katanya, antara sebab utama beliau menyertai jelajah itu adalah untuk membawa mesej tersebut ke pentas stadium besar.
2. Pemilik stadium beri kata dua
Macklemore mendakwa Robert Kraft, pemilik Gillette Stadium, mempengaruhi pemilik stadium lain untuk memberi kata dua.
Sama ada Macklemore digugurkan atau konsert Sheeran tidak dibenarkan berlangsung di stadium mereka.
Kraft mengesahkan beliau melarang Macklemore membuat persembahan di Gillette kerana kenyataan dan imej yang dianggap sebagai antisemitik, atau berunsur kebencian terhadap orang Yahudi.
Penganjur turut mengesahkan beberapa stadium membantah penyertaan Macklemore.
Namun, dakwaan bahawa Kraft mendalangi tekanan itu belum disahkan.
3. Sheeran kata keputusan bukan di tangannya
Sheeran menegaskan pengguguran Macklemore ialah keputusan penganjur.
Katanya, beliau sudah berbincang dengan pihak stadium dan penganjur untuk mencari penyelesaian.
Sheeran turut mempertahankan pilihannya untuk tidak menyatakan pendirian politik secara terbuka, namun pendekatan itu mengundang kritikan daripada peminat.
4. Pemuzik lain turut menarik diri
Aaron Rowe, Lukas Graham dan Finneas kemudian menarik diri daripada jelajah itu sebagai tanda solidariti dengan Macklemore.
Beoga, kumpulan pengiring Sheeran, turut berundur.
Mereka dijadualkan membuat persembahan pada tarikh berbeza, termasuk Finneas yang sepatutnya menyertai siri konsert di Amerika Selatan.
5. Sumbangan berjumlah AS$5 juta diumumkan
Macklemore berjanji menyumbangkan AS$1 juta pendapatan bersih hasil tour kepada enam organisasi bantuan Palestin.
Kraft kemudian berkata beliau dan Sheeran masing-masing akan menyumbang AS$2 juta bagi menangani krisis kemanusiaan di rantau itu.
Ini menjadikan jumlah yang diumumkan AS$5 juta, tetapi belum disahkan bahawa semuanya sudah disalurkan.
6. Masih ada risiko boikot
Bagi penganjur dan penaja di Malaysia, kontroversi ini boleh menjadi pertimbangan jika mahu membawa Sheeran ke sini pada masa depan.
Kemungkinan boikot EN: boikot Tindakan menolak untuk membeli, menyertai atau menyokong sesuatu produk, acara atau pihak sebagai tanda bantahan. "BOI-kot" BM: boikot itu pula perlu dibezakan daripada kesan sebenar.
Tanpa pengumuman penganjur atau data jualan, belum ada asas untuk menyimpulkan bahawa kontroversi ini sudah menjejaskan industri konsert tempatan.